Siti Writes
Syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya juga maka lahirlah album
pertama daripada CT untuk anda semua.
Di kesempatan ini, CT ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada
mereka yang selama ini nbersusah payah dalam membantu CT di dalam bidang yang sudah
menjadi darah daging CT, tak lain dan tak bukan ialah bidang seni. Ucapan terima kasih CT
pertama kali buat seluruh ahli keluarga terutama ibu dan ayah CT yang banyak memberi
sokongan dan semangat kepada CT, ayah saudara CT iaitu En. Rahim bin Bachik yang banyak
memberi tunjuk ajar kepada CT, abang CT ( Ayie), Kak Zie, seluruh ahli keluarga Polis di Kuala
Lipis. Especially Tuan Lufti (bekas KPD Lipis) sekeluarga yang banyak membantu CT, Tuan
Hasbullah & Puan Aida (isteri) serta keluarga, Kombo Polis Kuantan serta seluruh ahli PERKEP.
Tak lupa juga kepada keluarga Sek. Men. Clifford iaitu guru-guru CT yang understanding,
teman-teman sekolah serta seluruh kakitangan kebudayaan Yayasan Pahang.
To my sporting produser, Mr. Adnan Abu Hassan, Mr. Sham Hussain pegurus artis, Abang Bard
dan Kak Azura serta kakitangan yang lain. Thank you so much!!! Begitu juga para komposer,
penulis-penulis lirik, Hentjie, backing vocalist, Vincent yang sama-sama bersusah payah di
Studio Big Boss kita Mr. Tan, terima kasih.
Terima kasih yang tak terhingga juga kepada pihak RTM yang telah menaikkan nama CT, TV3,
Media cetak dan elektronik, para wartawan, DJ-DJ yang sentiasa ceria serta semua individu
yang telah menjayakan dalam pembikinan album CT, sokongan anda amat CT hargai dan
untuk itu terimalah……………..
Untuk bakal peminat-peminat CT. Tanpa anda siapalah CT.
(signed)
Siti Nurhaliza