KAEDAH KAWALAN MINDA

MAKMAL DAN KAUNSELOR

Kita memerlukan tempat yang khas untuk sesuatu benda sama ada sebagai tempat simpanan ataupun tempat melakukan sesuatu kerja yang khusus. Begitulah juga halnya dengan dunia roh atau subjektif, kita juga memerlukan tempat khas untuk melakukan kerja- kerja kita secara subjektif. Untuk mengadakan makmal secara subjektif turun ke tahap Alfa dengan Kaedah 3 - 1 .

 Apabila sampai di sana kira mengundur dari 10 -1 untuk ke dimensi kreatif. Ketika berada di sana katakan kepada diri anda pada kiraan 3 anda akan membentuk sebuah bilik . Kira perlahan- lahan satu dua dan tiga. Apabila sebut sahaja tiga anda sudah membentuksebuah bilik yang mempunyai saiz warna dan bentuk yang anda ingini. Di dalam makmal tersebut adakan apa sahaja benda yang anda fikirkan perlu dan letakkannya di mana- mana sahaja yang anda suka di dalam bilik itu. kecuali di dindiong sebelah selatan ( ia adalah untuk Layar Mental). 

Dalam kiraan tiga perlahan- lahan bentuk sebuah kerusi malas, meja, jam, kalendar, kabinet dengan maklumat tentang mengatasi masalah lelaki dan wanita, bahan- bahan dan peralatan, ubat dan cecair kimia untuk menyelesaikan masalah ddengan lebih berkesan. Setelah selesi membentuk makmal dan peralatan yang berkaitan anda boleh keluar dengan kiran 1 - 10 kemudian keluar dengan Teknik 1 - 5. 

Kita sering berhdapan dengan rakan dan teman yang bermasalah secara fizikal dan mosi. Dalam kebanyakan kes kita sering terpanggil untuk membantu mereka. Maka dengan sebab itu kita perlukan pembantu yang pakar. Kita boleh memilih dua orang dari jabtina yang berbeza untuk menjadi kaunselor kita apabila mengendalikan kes- kes subjektif kita. Bayangkan kedua- dua mereka muncul daripada dinding sebelah selatan yang bertindak sebagai Layar mental kita. Bayangkan ada lif di sana dan pintunya akan terbuka ke awah perlahan- lahan mendedahkan kaunselor kita. Punat untuk mengawal pinti lif itu ada di lengan kerusi malas kita. 

Tentukan siapakah yang akan menjadi kaunselor kita dari kalangan yang orang yang kita kenali sebagai pakar di dalam bidang pengubatan rohani. Setelah itu masuk ke tahap Asas anda dengan Kaedah 3 -1 . Apabila berada di sana turun ke dimensi makmal anda dengan kiraan 10 - 1. Pada kiraaan perlahan sebanyak tiga anda akan membentu layar Mental di dinding sebelah selatan makmal anda. Pada kiraan perlahan tiga anda akan membentuk lif yang akan membawa kaunselor anda masuk ke dalam makmal. Bayangkan pintu lif tertutup dan anda mengawalnya dengan punat di engan kerusi malas anda. Bayangkan pintu itu terbuka dengan tenggelam ke lantai perlahan-lahan beberapa inci setiap saat. Gunakan daya imaginasi anda untuk menggambarkan keadaan ini seperti benar- benar berlaku. 

Pada kiraan perlahan tiga keseluruhan pintu akan tenggelam ke dalam lantai dan mendedahkan kauselor lelaki anda. Bayangkan kaunselor anda itu hidup dan bergerak masuk ke dalam makmal anda . Bayangkan anda mengenalkan diri dan cuba berkenalan dengan kaunselor anda. Tutup kembali pintu lif tadi dan ulang kembali proses yang sama untuk membawa masuk kaunselor wanita anda. Yakinkan diri anda bahaw kedua- dua mereka adalah pakar dan boleh membantu anda menyelesaikan sebarang masalah . 

Mulai sekarang apabila anda masuk sahaja ke dalam makmal anda , kedua- dua kaunselor anda akan sedia menanti untuk membantu anda menyelesaikan apa jua masalah. Apabila anda menyelesaikan masalah lelaki, kaunselor lelaki akan berada di belakan tangan yang biasa anda gunakan dan akan membantu anda menggunakan tangan anda itu. Apabila anda cuba menyelesaikan masalah wanita, kaunselor wanita pula yang akan berada di belakan tangan yang biasa anda gunakan dan membantu anda untuk mengerakkannya. 

Rutin yang perlu dilakukan untuk tiba ke tahap ini ialah dengan menutup mata menggunakan Kaedah 3 -1 dan bilangan menurun 10 - 1 untuk ke tahap makmal anda. Apabila berada di sana anda akan berjumpa dengnkaunselor- kaunselor anda dan eriucap selamat atau menyebutkan kalimat yang positif bersama- sama dan ini adalah masa yang sesuai untuk bertindak sebagai Psikik. Jika anda telah menyelesaikan sesuatu kes dan berjaya seratus peratus, jangan lupa untuk meningatinya kembali sebagai titik rujukan dan ini akan membantu anda mendapatkan ketepatan yang sama dan mengendalikan kes- kes berikutnya. Setelah menyelesaikan sesuaut kes jangan lupa mengucapkan terima kasih dan ucap selamat kepada mereka dan keluar dengan mengira 1 - 10 dan 1 - 3 . Pada keika itu petik jari anda perlahan- lahan dan katakan di dalam hati : “ Betul- betul sedar, berasa segar dan sihat sempurna .” 

 JASAD DAN PERASAAN MANUSIA

 Mengujudkan titik rujukan adalah penting sama pentingnya dengan mengujudkan titik rujukan terhadap benda dan haiwan. Ini dapat membantu kita menyelesaikan masalah ang ujud di dalam badan dan perasaan manusia. Bagi mendapatkan keadaan ini anda perlu ke tahap asas denga Kaedah 3 - 1. Kemudian kira menurun 10 - 1 untuk ke tahap makmal anda. Ucapkan selamat atau ungkapan positif kepada kaunselor anda.

 Selepas kiraan perlahan tiga anda akan membayangkan seseorang yang amat anda kenali dan bayangkannya di atas Layar Mental anda yang terletak di dinding sebelah selatan makmal anda. Dalam kiraan tiga- tiga bayangkan anda membawa orang itu semakin hampir kepada anda sehingga dapat anda menyentuh dan meneliti mukanya. selepas mengkaji mukanya secara mental masuk kedalam tengkorak dan otak, rangka, organ bahagian dalam badan, kulit ,untuk mengesan penyakit atau jangkitan otak secara mental belah tengkorak orang itu dan cuba perbaiki masalah yang timbul disana.

 Apabila anda dapat mengesan sebarang masalah sedarlah bahawa anda dapat memperbaikinya. Walau bagaimana serius sekalipun penyakit orang itu anda tidak akan terkena jangkitannya. Untuk membesarkan saiz atau emndapatkan bantuan menyelesaikan masalah anda hanya perlu memetik jari disebalah kanan dan ia akan terjadi seperti yang anda ingini. Begitu juga halnya untuk mengecilkan saiz. Mengesan penyakit fizikal dan emosi secara subjektif sama seperti anda menonton proses pembedahan yang dilakukan oleh para doktor. 

Jika anda bekerja berpasangan berikut adalah Arahan kepada Orientologis ( Pemandu ) 

1. Masuk ke makmal anda dengan Kaedah - kaedah 3 - 1 dan 10 - 1 

2. Jika anda pernah menjalani latihan sebelum ini ulang kembali kes yang berjaya anda kendalikam dengan tepat sebelum mengendalikan kes yang baru. 

3. Beritahu saya apabila anda sudah beredia ( Jika sudah bersedia boleh mulakan )

 4. Sekarang saya akan membilang dari 10 ke 1 untuk membenarkan minda anda mendapatkan tahap yang spesifik untuk membolehkan anda mengendalikan kes ini dengan tepat untuk menyelesaikan masalah yang akan saya bentangkan kepada anda nanti. 10-9-8-7-6-5-4-3-2--1. Minda anda sekarangh telah berada di tahap yang tertentu dimana anda akan menyelesaikan dengan betul dan tepat masalah yang akan saya kemukakan kepada anda nanti. 

5. Pada kiraan 3 , imej badan ( nama, umur, alamat dan jantina) akan berada di layar anda . 

6. 1-2-3 (petik jari ). Imej badan (nama,umur,alamat dan jantina) sekarang berada di layar anda 

7. Rasakan kehadirannya, (diam), bayangkannya (diam), ujudkannya (diam) ketahui bahawa dia disitu (diam) anggap sahaja dia berada disitu.

 8. Lakukan imbasan dengan kebijaksanaan anda dari kepala ke kaki beberapa kali dengan cepat.

 9. Sewaktu mengimbas itu izinkan kebijaksanaan anda secara tidak langsung memilih tiga kawsan yang mempunyai tarikan yang kuat ( diam)

 10.Kekalkan kadar imbasan dari kepala ke kaki sekali sesaat dan beritahu saya kawasan tarikan apabila ia muncul 

11.Ini adalah sesi latihan, sekarang biarkan pengalaman anda yang bekerja. Ketepatan ankan datang melalui latihan. 

12.Anda akan merasakan seolah- olah anda mengadakan cerita, beritahu saya apa sahaja yang terlintas di dalam minda anda. 

13. Sekarang pergi ke tiga kawasan yang mempunyai tarikan yang lebih dan pada kadar satu imbasan sesaaat pilih kawasan yang memberikan tarikan yang lebih kepada anda Apabila telah terpilih, teruskan ) 

14. Besarkan kawasan yang anda pilih itu dengan memetik jari kanan anda perlahan - lahan dan izinkan kemungkinan berlakunya kesakitan atau kerosakan di kawasan ini dikesan oleh minda anda. Ingat! Apabila dapat sahaja dikesan anda akan dapat memulihkannya. 

15. Teruskan bercakap sewaku mememriksa, terangkan kepada saya apa sahaja yang ingin anda ucapkan, anda akan merasakan seolah-olah membuat- buat cerita, inilah perasaan yang sebenar, terangkan kepada saya sama ada anda memikirnya betul ataupun salah.

  (Orientologis : Pastikan maklumat dituliskan padaawal sesi. Pada mulanya galakkan supaya pasangan anda bercerita semuanya. Jangan beritahu betul atau salah sehingga akhir sesi. kemudian nilaikan maklumat yang diberikan dan terngakkan maklumat yang telah diberikannya dengan betul sebelum keluar ke tahap asas untuk menjadikannya sebagai titik rujukan. Bagi maklumat yang salah katakan:” Saya tidak mempunyai maklumat tentang itu, mungkin ia betul!” Jika semuanya salah, mungkin pasngan anda mengkaji orang yang lain. Suruh pasangan anda mengingati kembali kes lalu yang telah berjaya diselesaikannya dengan tepat.. Pastikan pasangan anda membetulkan kesilapan yang berlaku sebelume keluar dengan berkata :”Pastikan orang di dalam minda anda seorang yang sihat dan gembira dan sampaikan pemikiran itu kepadanya.” Katakan ini denga keras ketika hampir selesai.) 

16. “Setiap kali anda memamsuki dimensi ni dengan keinginan yang ikhlas untuk membantu kemanusiaan, seperti yang anda lakukan sekarng, anda menolong diri anda sendiri; bakat anda akan terserlah dan anda akan bertambah tepat setiap kali. inilah yang berlaku”.

 17. Terima kasih. Anda boleh keluar 1- 10, 1- 3 , dengan sihat sempurna.

 18. Bincangkan dengan ringkas kes ini bersama- sama.

 PERHATIAN

 1. Kita tidak melakukan diagnosa. Hanya orang yang pakar dalam bidang perubatan sahaj yang layang m emelakukannya untuk tujuan mengubat. Kita melakukan penyiastan secara psikik untuk mengesan dan membetulkan masalah pada tahap psikik dari jarak jauh.

2. Kes tidak dilakukan ke atas orang yang hadir dalam majlis itu.

 3. Kita tidak menjadikan diri kita sebagai kes sewaktu kita hadir di sana 

4. Kita mengelakkan ikatan atau hubungan yang boleh menghalang keupayaan kita untuk berfungsi 

5.. Kita tidak mengujudkan masalah tetapi menyelesaikannya. 

6. Jangan bercakap tentang perkara yang negatif ketika seseorang itu berada pada tahap yang lebih dalam. 

7. Lakukan terhadap manusia dahulu sebelum melakukannya trhdap benda dan binatang kerana manusia lebih penting. dalah disyorkan anda melakukannya terhadp ahli keluarga anda pada sebeah malam sebelum melelapkan mata. 

TEKNIK IBUJARI DI DAHI 

Teknik ini biasanya digunakan kepada kanak- kanak selepas menjalani latihan mental sekurang- kurangnya lima jam keseluruhan. Ia diprogramkan sebelum kanak- kanak itu keluar daripada tahap asas. Apa yang perlu dilakukan ialah apabila kanak- kanak itu mengalami kecederaan atau bantuan katakan kepadanya:” Bila anda perlukan bantuan saya untuk ke tahap minda yang lebih dalam dan menyihatkan, apa yang perlu saya lakukan ialah letakkan ibujari ke atas dahi anda seperti yang akan saya lakukan nanti. Sekarang saya akan meletakkan ibujari saya ke atas dahi anda. ( Letakkan ibujari anda ke atas dahinya dan ulangi arahan). 

Bila sahaja anda mahukan saya membantu anda memasuki tahap minda yang lebih dalam dan menyihatkan, apa yang perlu saya lakukan ialah meletakkan ibujari saya ke atas dahi anda seperti yang saya lakukan sekarang ini.” Pada ketika itu anda akan memejam mata dan menarik nafas dalam - dalam dan sementara menghembuskannya perlahan-lahan anda akan memasuki tahap minda yang lebih dalam dan menyihatkan daripada tahap sekarang ini.” Selepas pemprograman ini kanak- kanak itu boleh keluar dengan Teknik 1- 5. 

Pada masa hadapan sekiranya anak anda perlukan bantuan untuk memasuki tahap asasnya apa yang perlu anda lakukan ialah arahkannya supaya duduk dengan selesa dan letakkan ibujari anda di dahinya untuk mengunakan teknik ini. Apabila berada di tahap asas anda bolehlah memnggunakannya untuk program yang tertentu seperti menghilangkan kesakitan , menghentikan pendarahan , mengawal kemarahan dan lain- lain yang dirasakan perlu. Teknik ini telah diamalkan di seluruh dunia dengan keputusan yang memberangsangkan. Keluarga anda tidak terkecuali di dalam hal ini. Amalkanlah!.

e-mail: azaman1310hotmail.com

muka hadapan:

https://members.tripod.com/manmat/azamanindex.html

azamankkm1.htm  azamankkm2.html  azamankkm3.html

azamankkm4.html  azamankkm5.html  azamankkm6.html

azamankkm7.html  azamankkm8.html  azamankkm9.html

azamankkm10.html  azamankkm11.html azamankkm12.html