KAEDAH KAWALAN MINDA 

MENGAWAL KEMARAHAN

Kemarahan adalah sifat semulajadi manusia yang ada baiknya jika digunakan pada tempat dan keadaan yang sesuai, kita orang dewasa akan berhadapan dengan banyak masalahsekiranya menunjukkan kemarahan kepada keadaan, orang dan tempat yang salah. Tidak seperti kanak- kanak, mereka boleh bermain dengan orang yang mereka marahi atau yang menimbulkan kemarahan mereka dalam masa yang singkat seolah- olah perkara itu tidak pernah berlaku antara mereka.

 Apabila marah ujud walau apapun puncanya, jantung akan berdegup dengan lebih pantas, tekanan darah akan semakin tinggi dan kimia di dalam badanpun berubah. Ini boleh membawa kesan kepada badan contohnya sakit kepala. Ia juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan di dalam cecair gastrik di dalam perut dan boleh menyebabkan berlakunya barah di dalam perut. Semakin tinggi kefahaman kita tentang punca stres semakin baik taraf kesihatan kita. 

Apabila kita berada di dalam keadaan marah pergi ke tahap anda dengan Teknik 3 - 1 dan apabila berada di sana bayangkan punca kemarahan anda sama ada ia orang, keadaan atau benda dan bayangkan bahawa anda dapat menanganinya dengan baik. Bayangkan anda kelihatan gembira kerana berjaya menanganinya dan kemudian keluar dengan Teknik 1 - 5. 

TEKNIK TIGA JARI

 Teknik ini dapat digunakan dengan mempertemukan hujung tiga jari pertama kedua- dua belah tangan ( jari- jari ibu, telunjuk dan hantu ). Teknik ini berkesan untuk pergi ke tahap minda yang lebih dalam untuk pemprograman semula tanpa menggunakan Teknik 3 -1 . Ia akan memudahkan untuk mengingat semula maklumat dan menajamkan memori. 

Untuk menggunakan teknik ini anda perlu ke tahap anda dengan menggunakan Kaedah 3 1. Apabila selesai ingatkan diri anda bahawa anda akan mengira satu hingga tiga dan pada kiraan tiga anda akan membuka mata dan membaca buku. tambahkan:” Kebisingan tidak akan mengganggu saya . Saya akan mempunyai kefahaman dan kensentrasi yang tinggi. ” Kemudian kira satu, dua dan tiga dan buka mata sertakan mulakan pembacaan. Setelah selesai membaca, turun ke tahap anda dengan Kaedah 3 - 1 . apabila berada di sana katakan kepada diri anda :” Pelajaran yang baru sahaja saya baca sebentar tadi ( nyatakan nyatakan tajuk dan perkara ) akan mudah saya ingat kembali bila- bila masa pada masa hadapan dengan Teknik Tiga Jari saya.”

 Sekiranya anda mendengar ceramah atau syarahan , pergi ke tahap anda dengan Kaedah 3 - 1. Apabila berada di sana ingatkan diri anda bahawa anda akan mendengar syarahan, ceramah ataupun kuliah. Nyatakan Tajuk perkara dan nama pensyarah. Katakan kepada diri anda :”Saya akan menggunakan Teknik Tiga Jari dan dengan mata terbuka sepanjang syarahan ini. Kebisingan tidak akan mengganggu saya. Saya akan mempunyai konsetrasi dan kefahaman yang tinggi. Saya akan mengingati syarahan ini ( sebutkan tajuk, perkara dan nama pensyarah) pada bila- bila masa pada masa hadapan dengan menggunakan Teknik Tiga Jari.” 

Dengan menggunakan teknik ini anda akan mudah mengingati semula sebarang perkara. Dengan teknik ini maklumat dilabelkan, diindekskan dan difailkan ke atas sel otak dengan teratur dan tersusun. Teknik ini akan memudahkan minda mencapai tahap berfungsi yang lebih dalam, fizikal dan minda anda akan berasa lebih rehat. Apabila minda berada dalam keadaan rehat pemikiran akan bergerak dengan lebih bebas dan lancar. Tentu anda pernah berhadapan dengan soalan yang anda tahu jawabannya tetapi terlupa walaupun anda mencuba dengan sepenuh upaya untuk mengingatinya. Tetapi apabila anda pulang ke rumah sambil berehat dan menonton tv, ketika itulah jawaban itu muncul dengan tiba- tiba. Mengapa ? Kerana minda anda berada dalam keadaan yang tenang adi pemikiran anda lebih lancar dan anda dapat mengingat dengan lebih mudah. 

TEKNIK TIGA JARI DAN PEPERIKSAAN 

Sebelum memulakan jawaban cubalah untuk merehatkan diri anda dengan menarik nafas dengan mendalam beberapa kali. Ini akan membantu anda mengawal keadaan dan pemikiran anda. Anda juga boleh mengingatkan sesuatu perkara yang melucukan untuk merehatkan pemikiran anda. Berikut adalah tiga langkah yang boleh anda ambil untuk memastikan anda menjawab dengan baik dan berkesan. 

Langkah Pertama Baca soalan seperti biasa dan jangan terlalu lama bagi setiap soalan. Sekiranya anda mempunyai jawaban, tuliskan dengan ringkas. Sekiranya tidak ada jawaban yang anda ingati, teruskan dengan soalan berikutnya Langkah Kedua Gunakan langkah yang pertama tetapi pada kali ini dengan menggunakan Teknik Tiga Jari dan tunggu lama sedikit bagi soalan yang tidak diketahui jawabannya. Sekiranya jawaban tiba-tiba muncul, tuliskannya. Sekiranya masih tidak ada jawaban pergi ke soalan berikutnya 

Langkah Ketiga Gunakan Teknik Tiga Jari dan baca soalan yang masih belum berjawab, pejamkan mata dan jeling ke atas sedikit dan bayangkan pensyarah anda di atas Layar Mental. Tanyakan jawaban daripada beliau dan kemudian tenangkan fikiran dan kembali berfikir untuk mendapatkan jawaban. Jawaban yang akan muncul adalah jawaban daripada pensyarah itu secara mentalnya. Jika ini berlaku tuliskannya dan jangan sekali- kali menghantarkan kertas kosong.

 Sentiasa ingat tentang konsep Pembersihan Mental. Mengatakan :” Saya lupa” tidak akan membantu untuk mengingati semula maklumat. Ingatkan kembali tentang keadaan apabila anda ditanyakan soalan dan anda menjawab ,: ‘Saya terlupa!,” adakah dapat anda mengingati semula jawabannya.? Sudah tentu tidak !. Sebaliknya ingatkan kembali keadaan apabila anda ditanya dan anda menjawab:” Baru sebentar tadi saya ingat ! Tidak mengapa , sekejap lagi saya akan mengingatinya kembali .” Tidak lama kemudian anda akan mengingatinya kembali . Mengapa ? Ini adalah kerana minda anda terus mencari maklumat tersebut. Apabila anda mengatakan “Saya terlupa”, minda anda tidak akan berbuat apa- apa untuk mengingatinya kembali. 

Konsep Layar Mental juga boleh digunakan di dalam menjawab peperiksaan. Jadikan gambaran mental apa sahaja yang anda baca sama seperti klip video atau wayang gambar dan mainkannya semula untuk mengingati kembali apa yang telah anda baca untuk menjawab soalan. Kegunaan lain Teknik Tiga Jari ialah untuk mengawal emosi yang negatif. Apabila berhadapan dengan emosi yang negatif apa yang perlu anda lakukan ialah temukan tiga jari anda di kedua- dua belah tangan dan menarik tiga kali nafas dalam- dalam dan anda akan dapat mengawal atau mengubahnya menjadi yang lebih positif. 

Dalam Teknik Tiga Jari kita menggunakan jari -jari ibu, telunjuk dan tengah/hantu kerana di hujungnya apabila ditemukan akan menutup kitaran tenga daripada terlepas keluar dan kekal di dalam badan untuk apa jua pemprograman diri yang lebih baik. sebab yang lain ialah tiga itu mengingatkan kita kepada keinginan, keyakinan dan harapan yang merupakan kunci terpenting untuk memastikan proses pemprograman semula dapat berjalan dengan berjaya dan berkesan. Ibu jari mewakili keinginan, telunjuk mewakili keyakinan dan jari tengah/hantu mewakili harapan. Teknik ini telah terbukti berkesan untuk tujuan mengingati semula maklumat, relax , kawalan dan pemprograman semula. Anda akan merasai faedahnya jika mengunakannya berulang- ulang.

e-mail: azaman1310hotmail.com

muka hadapan:

https://members.tripod.com/manmat/azamanindex.html

sambungan:

azamankkm1.htm  azamankkm2.html  azamankkm3.html

azamankkm4.html  azamankkm5.html  azamankkm6.html

azamankkm7.html  azamankkm8.html  azamankkm10.html

azamankkm11.html  azamankkm12.html azamankkm13.html