KAEDAH KAWALAN MINDA 

TEKNIK TANGAN TERAPUNG 

Teknik ini berasal daripada teknik Dr . Milton Erikson, seorang pakar hipno-analis yang menggunakan teknik ini untuk membantu pesakitnya berada pada tahap relax yang mendalam. Dalam teknik ini pesakit diarahkan supaya menumpukan sepenuh erhatiannya kepada salah satu daripada tangannya dan merasakan tangannya itu begitu ringan dan terangkat sehingga belakang tangannya menyentuh pipinya dan kembali ke tempat salnya di atas peha.

 Ketika itulah Dr. Erikson menggunakan sepenuh masa yang singkat itu untuk mengubati pesakitnya. Kadangkala ia mengambil masa sehinga satu setengah jam. Dalam Kaedah kawalan Minda Silva, versi ini telah dimurnikan sehingga proses itu mengambil masa yang singkat sahaja. Apabila tangan menyentuh muka dan kembali ke tempat asalnya kita akan merasa relax yang mendalam. Ini adalah satu cara lain untuk sampai ke tahap asas. Telah dibincangkan sebelum ini Kaedah 3 - 1 , Teknik Tiga Jari dan sekarang ini Tekik Tangan Terapung. Teknik ini mudah dan berkesan.

 Untuk menggunakan teknik ini, duduk dengan selesa dan tumpukan sepenuh perhatian kepada tangan yang paling biasa digunakan. Jangan mengalihkan pandangan daripadanya. Tangan kita mungkin akan kelihatan ganjil atau berlainan. memang egitulah halnya kepada apa jua benda yang diperhatikan dengan lama akan menjadi ganjil dan berlainan. Bilang 10 hingga satu perlahan - lahan dan rasakan tangan anda menjadi begitu ringan dan sensitif sehingga salah satu daripada jari anda digerakkan . Bayangkan jari itu bergerak dan membawa kepada tangan anda pula terangkat daripada peha ada. Apabila menghampiri satu rasakan tangan anda terangkat dan belakang tangan anda menyentuh pipi anda. Apabila tangan menyentuh sahaja pipi anda maka anda akan menutup mata, menarik nafas dalam-dalam dan sewaktu menghembuskannya tangan anda akan kembali ke tempat asalanya. Katakan kepada diri anda bahawa anda akan berada di dalam tahap minda yang lebih dalam dan menyegarkan. Sewaktu membilang itu anda boleh meyakinkan diri anda bahawa belon sedang mengapungkan tangan anda ataupun tangan anda akan merasa ringan seringan bulu.

 Saranan ini akan membantu tangan anda merasa ringan dan terangkat dengan epat. Ini adalah salah satu cara untuk mencapai tahap asas dan gunakanlah agar dapat anda rasakan perbezaannya dengan teknik- teknik yang lain. 

 TEKNIK SARUNG TANGAN KEBAS ( STK)

 Teknik STK ini ialah perasaan yang dibentuk ke atas tangan yang kurang biasa digunakan untuk mengawal kesakitan fizikal dan dalam kebanyakan kes ialah pendarahan. Perasaan yang terbentuk ialah perasaan selain daripada perasaan yang biasa dialami seperti sejuk , panas . Untuk mengunakan teknik ini duduk dengan tegak dan turun ke tahap Asas dengan Kaedah 3 - 1. 

Sebaik sahaja berada di sana bayangkan anda mencelupkan tangan anda yang biasa digunakan ke dalam timba yang berisi air panas yang berada di sebelah anda. Air itu panas tetapi tidaklah sampai ke tahap kepanasan yang tidak dapat ditanggung. Ingatkan kembali pengalaman masa lalu ketika tangan anda terendam atau tersimbah dengan air panas sehingga dapat anda rasakan pengalaman itu seperti sedang berlaku. Rasakan bagaimana panasnya di celah- celah jari anda. Angkat tangan anda dan rehatkannya di atas peha anda. 

Bayangkan pula anda mencelupkan tangan anda yang kurang biasa digunakan ke dalam bekas berisi pecahan air batu. Bayangkan pengalaman lalu ketika tangan anda terendam atau memegang air batu sehingga dapat anda rasakan sejuknya air batu itu sekarang ini. Cuba rasakan bagaimanan sejuknya air batu itu di celah - celah jari anda. Angkat tangan anda daripada bekas berisi airbatu itu sehingga berada di belakang kepala anda tetapi tidak menyentuhnya. Keringkan ia dalam kedudukan ini selama yang anda mahu. Kemudian rehatkan tangan anda di atas riba anda dan cuba uji dengan cara mencubit atau menepuknya.

 Untuk menghilangkan rasa selain daripada yang biasa anda boleh menghilangkannya dengan menggosokkannya daripada pergelangan hingga ke jari - jemari tiga kali dan tangan anda akan kembali normal. Untuk keluar gunakan Kaedah 1- 5. Apabila anda telah pernah mengalami teknik ini anda boleh memindahkannya ke tangan yang lain. Anda juga boleh memindahkannya ke mana- mana bahagian badan yang anda ingini. Untuk menggunakannya anda hanya perlu meletakkan salah satu tangan anda ke bahagian badan yang sakit dan katakan :”HILANG!”, ketidakselesaan itu akan hilang.

 Sehubungan dengan ini juga ada satu lagi latihan yang ringkas untuk menguji sejauhmanakah kuasa kita dipancarkan melalui telapak tangan. Caranya ialah gosokkkan kedua- dua belah tapak tangan dengan kuat dan pantas sehingga anda merasa epanasan. Selepas itu berdiri saling berhadapan dengan pasanagan anda yang telah melakukan latihan yang sama dalam jarak tiga kaki. Pejamkan mata dan cuba bergerak perlahan- lahan dengan mengangkat kedua belah tapak tangan ke hadapan agar saling erhadapan dengan kedua belah tapak tangan pasangan anda. Apabila anda dapat rasakan kuasa tapak tangan pasangan anda berhenti , buka mata dan perhatikan jarak di antara anda berdua. Latihan ini cuba membuktikan bahawa tengan boleh diarahkan kepada orang lain dengan keinginan untuk mengubati atau menyembuhkan orang lain. 

Untuk menggunakan kedua - dua teknik STK dan menggosokkan tangan anda tidak perlu turun ke tahap asas. Memadai meletakkan tangan anda ke tempat yang sakit atau tidak selesa dan perhatikan kesannya. Latihan yang lalu telah meneguhkan perasaan sama seperti ketika berada di tahap asas. Menggunakan teknik- teknik ini membuktikan kepada kita bahawa kita boleh mengawal ketidak selesaan yang ujud di dalam badan kita dan boleh memberhentikan pendarahan. Jika terluka letakkan tangan and di tempat yang luka an tumpukan konsentrasi untuk menghentikan pendarahan. Jika ia begitu serius lakukan tindakan yang sama sementara anda dikejarkan ke hospital. 

Cubaan yang berjaya walaupun sekali akan meneguhkan keyakinan untuk menggunakannya lagi pada masa hadapan. ni juga boleh dilakukan keatas ketidakselesaan di dalam badan yang lain seumpama sakit gigi. Teknik Kawalan Sakit Kepala juga boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan di dalam badan. Walaubagaimanapun ada kemungkinannya ketidak selesaan itu akan berulang dan teknik ini bukanlah bertujuan untuk mengambil alih tugas doktor. Ia membantu mengurangkan kesakitan disamping menambahkan lagi keberkesanan kerja para doktor. Dapatkan nasihat dan rawatan yang yang sebaik mungkin daripada pakar untuk memastikan ketidakselesaan itu tidak berulang ataupun jika ia bertambah serius.

e-mail: azamanmuhammad@hotmail.com

muka hadapan:

https://members.tripod.com/manmat/azamanindexintro.html

sambungan:

azamankkm1.htm  azamankkm2.html  azamankkm3.html

azamankkm4.html  azamankkm5.html  azamankkm6.html

azamankkm7.html  azamankkm8.html  azamankkm9.html

azamankkm11.html  azamankkm12.html azamankkm13.html