KAEDAH KAWALAN MINDA 

TEKNIK KAWALAN BERAT BADAN DAN TABIAT BURUK 

Masalah berat badan yang berlebihan atau obesiti merupakan satu fenomena biasa kebelakangan ini. Ia bukan lagi merupakan masalah kesihatan semata- mata tetapi telah menjangkau lebih jauh kerana menimbulkan pelbagai masalah sosial dan komunikasi.

 Orang yang gemuk sering menjadi bahan ketawa orang lain dan sering merasa tersisih an dan disisihkan oleh rakan- rakan. Obesiti atau kegemukan mungkin berpunca daripada tabiat makan yang keterlaluan. Tabiat pula merupakan satu perasaan yang begitu lama dan mendalam tertanam di dalam inda. Ketika bayi menangis, perasaan yang pertama terlintas di dalam hati kita ialah dia merasa lapar dan kita berikannya susu. Ini berlaku berulang kali dan bayi itu berhenti menangis apabila disuapkan susu. Apabila bayi itu menangis yang kita tahu ialah berikannya susu dan dia akan diam. 

Apa yang berlaku ketika kanak- kanak dahulu kita terluka dan dilukakan fizikal dan perasaan kita ? Bagaimana ibubapa kita menenangkan kita ? Adakah dengan emberikan kita makanan yang kita gemari ? Apakah yang diberikan oleh ibubapa kita apabila kita melakukan sesuatu yang membanggakan atau menggembirakan mereka ? Adakah kita akan diberikan makanan yang kita gemari juga ? Mungkin inilah punca masalah obesiti yang kita alami sekarang ini. Sesuatu yang dilakukan berulang- ulang sehingga makanan menjadi punca atau jalan penyelesaian kepada masalah dan stres yang kita hadapi. 

Untuk mengatasi masalah ini ialah dengan pergi ke tahap asas dengan Kaedah 3 - 1. ada tahap asas cuba bayangkan makanan yang menjadi punca kepada masalah obesiti kita itu. Bayangkan kita menanda pangkah berwarna merah ke atas setiap item yang menjadi unca kepada masalah obesiti kita. Programkan diri kita bahawa sebiji buah- buahan boleh menghilangkan keinginan kita kepada makanan yang bukan pada masanya. Bayangkan anda menolak atau meninggalkan makanan yang boleh membawa kepada kegemukan di dalam pinggan . 

Boleh juga menggunakan Teknik Cermin Minda dengan meletakkan tanda berat badan ng diinginI di penjuru cermin berbingkai putih itu dan saiz pakaian yang ingin dipakai di penjuru yang lain. Programkan diri dengan ukuran dan berat badan yang dingini di dalam tahap asas setiap malam sebelum tidur. Pada setiap kali hendak makan bayangkan keinginan anda di sebelah kiri Layar Mental. Teknik yang sebaliknya boleh digunakan untuk mereka yang mengalami masalah kekurangan berat badan dan inign menambah selera makan dan berat badan.

 Disamping itu jangan lupa untuk melihat rekod kesihatan keluarga anda. Mungkin ia adalah masalah keturunan. Jangan paksa diri anda untuk menurunkan berat badan dengan banyak dalam masa yang singkat. Lakukan perlahan - lahan dan selalulah berhubung dengan pakar kesihatan jika perlu.

e-mail: azaman1310hotmail.com

muka hadapan:

https://members.tripod.com/manmat/azamanindex.html

sambungan:

azamankkm1.htm  azamankkm2.html  azamankkm3.html

azamankkm4.html  azamankkm5.html  azamankkm6.html

azamankkm7.html  azamankkm8.html  azamankkm9.html

azamankkm10.html  azamankkm12.html azamankkm13.html