UNIT BERUNIFORM

 

Unit-unit beruniform di S.M.K. Majakir terdiri daripada agensi kerajaan(GO), bukan kerajaan(NGO) dan sekolah. Taraf pencapaiannya adalah amat membanggakan pihak sekolah yang telah mencapai ke peringkat kebangsaan. Aktiviti yang dijalankan pada setiap minggu, menampakkan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pelajar di dalam aktiviti unit beruniform. Pelbagai program sering dijalankan oleh guru-guru penasihat untuk meningkatkan dan memajukan unit beruniform yang dipimpin aktif dan mampu menonjol sebagai unit beruniform yang terbaik.

Antara unit-unit beruniform yang terdapat di sekolah ini adalah :

 

·        PASUKAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

·        PERSATUAN KADET BERSATU MALAYSIA (PKBM)

·        PERSATUAN KADET BOMBA

·        PERSATUAN KARATE-DO

·        PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

·        PERSATUAN PENGAKAP DARAT

·        PERSATUAN PENGAKAP MUDA/REMAJA LAUT

·        PERSATUAN PUTERI ISLAM

·        PERSATUAN SENI SILAT

·        PERSATUAN TAE KWON-DO

·        PERTUBUHAN ST. JOHN AMBULANS

>>