LAPORAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MMP
Pergerakan Puteri Islam MMP ini adalah salah satu badan beruniform yang diadakan di sekolah ini. Walaupun baru sahaja 2 tahun, PPI diperkenalkan di sekolah ini, penyertaan daripada para pelajar amatlah menggalakkkan. PPI mempunyai bilangan ahli seramai 150 orang. Manakala guru penasihat seramai 8 orang yang telah banyak membantu para ahli PPI untuk menjadi pelajar yang bejaya sekaligus menjadi muslimah yang solihah.
Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah dirancangkan sepanjang tahun ini. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ialah seperti perkhemahan, rehlah, kawad, gubahan, memasak dan sebagainya. PPI ini telah merancang satu aktiviti perkhemahan kepada ahlinya dan memenuhi sukatan-sukatan yang telah ditetapkan oleh pergerakan Puteri Islam Malaysia.
Perkhemahan yang julung-julung kali diadakan di luar skolah ini di rancang akan diadakan selama 3 hari 2 malam di taman rehlah Semarak. Di sana plbagai aktiviti menarik akan dijalankan seperti berkhemah, melalui halangan dan lain-lain.
Akhir kalam, adalah menjadi harapan PPI agar aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ini akan dapat menyediakan ahli-ahlinya ke arah membentuk mukminah solihah yang menjadi tunjang kepada ummah betaqwa di samping mencapai matlamat PPI sendiri yang berpegang teguh kepada motto " Berilmu, beriman,berkhidmat"