KM 23 JALAN KOTA TINGGI 80300 ULU TIRAM JOHOR MALAYSIA TEL : 006 07 8616901 FAKS : 006 07 8613217 (Ditubuhkan pada tahun Hijrah 1332 bersamaan Masihi 1913) |
||||
|
||||
. |
|
. | Perpindahan
Madrasah Al Attas
Dalam jangka masa yang pendek, nama madrasah ini telah tersebar luas meyebabkan bertambah jumlah permohonan untuk memasukinya. Pertambahan muridnya menyebabkan, Al Habib Hassan terpaksa memindahkan Madrasah Al Attas ke tempah yang baru. Tapak baru madrasah ini juga di atas sebuah bukit, iaitu Bukit Seri Kopi berhampiran dengan Sekolah Melayu Air Molek, Johor Baharu. Kemudiannya, buat kali yang ketiga Madrasah Al Attas terpaksa dipindahkan lagi, kali ini pula dibangunan sementara yang lebih besar sesuai untuk menampung pertambahan pelajar-pelajarnya. Bangunan sementara ini terletak bersebelahan dengan Sekolah SIGS yang ada pada hari ini. Pada tahun 1925, jumlah pelajarnya meningkat lagi kepada 300 orang. Dan untuk perpindahan kali yang ke empat, ia telah dipindahkan berdekatan dengan rumah Al Habib Hassan sendiri iaitu di kampung Habib Hassan yang kini dikenali sebagai kampung Wadi Hassan. Al Habib Hassan akan solat berjemaah bersama-sama dengan pelajar-pelajar Madrasah Al Attas di sebuah masjid yang didirikan di kampung tersebut. Sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau telah membeli sebidang tanah seluas 10 ekar. Di atas bukit Sekolah Arab inilah seterusnya Madrasah Al Attas dibangunkan dengan kemudahan sekolah, asrama, rumah guru-guru, rumah pekerja, surau dan perpustakaan. Selepas
pemergian beliau, Madrasah Al Attas telah ditadbir dan dijaga oleh pewaris-pewaris
beliau sehingga ke hari ini. Namun perpindahannya tetap tidak dapat dielakkan
apabila ia telah dipindahkan lagi pada tahun 1993, kali ini Madrasah Al
Attas dipindahkan di atas sebuah bukit di Km 23 Jalan Kota Tinggi, Ulu
Tiram. |