KM 23 JALAN KOTA TINGGI 80300 ULU TIRAM JOHOR MALAYSIA TEL : 006 07 8616901 FAKS : 006 07 8613217 (Ditubuhkan pada tahun Hijrah 1332 bersamaan Masihi 1913) |
||||
|
||||
. |
|
. | Penukaran
Sistem Pendidikan
Perkembangan Madrasah Al Attas sebagai sebuah institusi pendidikan mendapat sokongan yang kuat daripada harta wakaf Habib Hassan Al Attas. Perkembangnnya yang begitu maju, telah membolehkannya menubuhkan Kuliah Al Attas pada tahun 1927. As Syeikh Muhammad Fadlullah Suhaimi Al Azhari adalah sebagai guru besarnya yang pertama. Kuliah Al Attas ini juga telah berjaya menerbitkan majalah sekolahnya sendiri yang di beri nama 'Buah Kuliah'. Pada tahun 1948, Persekutan guru-guru Agama dan Bahasa Arab seluruh negeri Johor telah ditubuhkan di Madrasah Al Attas. Namun begitu tidak banyak kejayaan yang dicapai oleh persekutuan ini memandangkan pergolakkan politik yang berlaku pada ketika itu menyukarkan usaha-usaha yang telah dirancangkan dapat dijalankan. Perkembangan
madrasah dan sekolah-sekolah Arab lainnya terbantut apabila Dasar Pelajaran
Negara telah menyisihkannya sekolah Arab sebagai salah satu institusi pendidikan.
Oleh itu, pada tahun 1970-an, Madrasah Al Attas telah menukar posisinya
dari aliran Arab dan Agama kepada aliran Akademik. Tujuannya adalah untuk
mengelakkan dari madrasah ini ditutup.
Seterusnya Madrasah Al Attas juga telah mengadakan hubungan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Yayasan Islam Kelantan juga dengan Jabatan Agama Islam Johor. Usaha-usaha untuk memajukan Madrasah Al Attas sentiasa dibuat dari masa ke semasa. Kini madrasah telah berjaya menubuhkan Pusat Bahasa Arab Al Attas dan dan seterusnya mengeluarkan sendiri sijil Madrasah Al Attas dimana ia telah diiktiraf oleh Universitri Al Azhar Mesir. |