PEJABAT KESIHATAN DAERAH BALING
KESIHATAN PEKERJAAN & ALAM SEKITAR

Home

GAKI | Pengenalan | CDC | Misi | Pentadbiran | Kesihatan Persekitaran | PROMOSI KESIHATAN | Kawalan Mutu Makanan | KESIHATAN PEKERJAAN & ALAM SEKITAR | Kesihatan Asas & Keluarga | Berita Semasa
Excavator, Digging 2
1 :   Objektif
 
1.1:  Untuk mengelakkan sebarang pengaruh yang tidak sihat kepada alam sekitar dimana secara amnya diberikan perhatian serius dan ini akan dapat meninggikan taraf kebersihan alam sekitar.
 
1.2:  Untuk memastikan agar mutu kebersihan alam sekitar sentiasa memuaskan (conducive), diawasi dan dikekalkan mengikut kehendak-kehendak sepertimana yang telah ditetapkan.
 
1.3:  Untuk membentuk cara hidup sihat di kalangan masyarakat menerusi keseimbangan dalam pembangunan sosial dan ekonomi yang lebih teratur mengikut landasan yang telah ditetapkan. 
 
1.4:  Keseluruhannya bagi mengelakkan kejadian (Morbidity) dan kematian (Mortality) akibat daripada pengaruh alam sekitar yang terkawal.
 

2:    Strategi

 

2.1:  Memastikan agar premis makanan dan perdagangan tidak berkemungkinan menimbulkan sebarang kacau ganggu atau pencemaran keatas alam sekitar.

2.2:  Memastikan cadangan bangunan baru perlu memiliki segala kemudahan asas yang sesuai dengan matlamat Jabatan Kesihatan.

2.3:  Mengawasi taraf kesihatan dan kemudahan asas di kalangan penduduk di kawasan perumahan ladang.

.2.4:  Mengawasi suasana persekolahan yang sempurna serta memiliki segala kemudahan perlu bagi sebuah sekolah, samada sekolah kerajaan ataupun milik swasta.

.2.5:  Memastikan semua bakal-bakal haji samada menerusi Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH) ataupun swasta memperolehi pemeriksaan kesihatan dan rawatan pelalian dengan sempurna.

2.6:  Mengurangkan kemungkinan wujudnya sebarang kes-kes impot akibat daripada pergerakan penduduk (migrasi) yang semakin ketara di masa ini, termasuk aktiviti ekspot dan impot mayat.

 2.7:  Bekerjasama dengan Majlis Kerajaan Tempatan dalam perancangan sesuatu aktiviti pembangunan agar tidak berkemungkinan mendatangkan sebarang masalah kesihatan.

2.8:  Memastikan semua aduan mendapat layanan serta tindakan segera yang sewajarnya di kalangan pengguna dan masyarakat amnya.  

 

3 :   Aktiviti Utama

 

3.1:  Mengadakan pemeriksaan ke atas tapak cadangan pembangunan baru di Baling.

3.2:  Mengawasi dengan teliti semua permohonan kelulusan lesen perniagaan dan perdagangan yang dirujuk kepada Jabatan Kesihatan oleh agensi-agensi kerajaan.

3.3:  Ulasan serta komen ke atas pelan-pelan cadangan pembinaan bangunan agar sentiasa mematuhi kehendak-kehendak am Jabatan Kesihatan.

3.4:  Pemeriksaan bersamadengan Majlis Kerajaan Tempatan (MDB) dalam aktiviti kelulusan Sijil Layak Menduduki bagi bangunan yang telah siap dibina. 3.5:  Membuat pemeriksaan menyeluruh ke atas sekolah-sekolah termasuk sekolah swasta dalam daerah Baling khasnya bagi permohonan lessen baru. 3.6:  Bekerjasama dengan Jabatan Buruh dalam mengawasi dari masa ke semasa keadaan kesempurnaan kawasan perumahan ladang dan kemudahan asas yang perlu disediakan.

3.7:  Membantu Pegawai Kesihatan Daerah dalam aktiviti pemeriksaan kebersihan hospital kerajaan dan swasta.

3.8:  Membuat pemeriksaan dan siasatan dengan segera ke atas semua aduan yang diterima dari orang awam berkaitan dengan kesihatan alam sekitar.

3.9:  Perlaksanaan program Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS)

3.10.Membantu Pegawai Kesihatan Daerah dalam aktiviti projek pembangunan dibawah.

3.11. Mengawasi aktiviti pengeluaran Sijil Kesihatan Antarabangsa dan suntikan vaksin bagi bakal-bakal haji

3.12. Pemeriksaan premis  bagi pengeluaran Lesen Makhluk Perosak

3.13. Aktiviti pengeluaran Sijil Ekspot dan Impot Mayat

3.14. Pengawasan tapak penglupusan sisia pepejal pihak berkuasa tempatan. 3.15. Pemeriksaan Tadika,Taska dan pusat asuhan kanak-kanak termasuk permoonan Lesen baru dan pemeriksaan rutin tahunan.

3.16.Promosi Kesihatan menjadi Stiausaha Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan di peringkat daerah

 

4          Kawasan Operasi

Kawasan operasi bagi unit Kesihatan Am adalah merangkumi keseluruhan

Daerah Baling dan termasuk juga kawasan-kawasan dibawah kuasa Kerajaan

Tempatan iaitu Majlis Daerah Baling, dimana mempunyai keluasan 1,529 km

persegi. 16.2 % drpd keseluruhan Negeri Kedah) melebihi 50 % dari nya berbukit

-bukau dan hutan ,sempadan dengan bersempadan kan,Daerah Kulim,  Kuala

Muda,  Sik ,Kulim, Negeri Perak dan Negara Thailand.

 

Jumlah Penduduk sehingga (2000): 140,000

  • 42.6 % berumur 0-14 tahun

  • 57 % berumur 15 - 64 tahun

  • 0.4 % atas 64 tahun

 

Komposisi penduduk :

  • 77 % Melayu

  • 10.5 % Cina

  • 10.7 % India

  • 1.8 % lain-lain (Thais..)

We encourage anybody interested to participate in one of the events listed above!