PEJABAT KESIHATAN DAERAH BALING
Kesihatan Asas & Keluarga

Home

GAKI | Pengenalan | CDC | Misi | Pentadbiran | Kesihatan Persekitaran | PROMOSI KESIHATAN | Kawalan Mutu Makanan | KESIHATAN PEKERJAAN & ALAM SEKITAR | Kesihatan Asas & Keluarga | Berita Semasa
Kesihatan Asas & Pembangunan Keluarga:
Red Rose, Spinning

OBJEKTIF

  • Memberi perkhidmatan kesihatan dan mengekalkan tahap kesihatan diri kepada penduduk khasnya di kawasan luar bandar melalui rawatan perubatan asas dan perkhidmatan kesihatan keluarga.
  • Untuk mengurangkan kadar kematian dan morbiditi ibu, bayi dan kanak-kanak

SKOP AKTIVITI

1. Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak

2. Perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar

3. Perkhidmataan Kesihatan Sekolah

 PROGRAM PENJAGAAN KESIHATAN ASAS DAN PEMBANGUNAN KELUARGA

PROGRAM

1. Kesihatan Remaja

2. Kesihatan Warga Tua

3. Kesihatan Mental

4. Kurang Zat Makanan

5. Pemulihan Ibu Mengandung Termiskin

6. Kawalan Gangguan Kekurangan Iodin

7. Promosi Penyusuan Ibu

8.   Program Saringan HIV dikalangan Ibu    Mengandung

9.   Kempen Cara Hidup Sihat

10. Program Pencegahan Kanser - Pap Smear

PENJAGAAN KESIHATAN ASAS DAN PEMBANGUNAN KELUARGA BALING 2000.

1 PENGENALAN

Bahagian kesihatan keluarga adalah bertanggungjawab didalam menyediakan perkhidmatan rawatan pesakit luar, pemeriksaan tapisan kesihatan ibu, anak dan kanak-kanak sekolah serta mempromosi penjagaan kesihatan diri melalui aktiviti pencegahan. Aktiviti perkhidmatannya adalah:

            1.Penjagaan pranatal/intranatal/postnatal

            2. Perkhidmatan klinik wanita sihat

            3.Perkhidmatan penjagaan kanak-kanak

            4.Perkhidmatan lawatan kerumah

            5.Perkhidmatan pemakanan

6.Perkhidmatan kesihatan sekolah

7.Rawatan pesakit luar

8.Program khusus seperti warga tua/PDK

 Aktiviti ini diberikan di 7 Klinik Kesihatan. sebuah Klinik Ibu dan Anak dan 35 Klinik Desa

2 PENJAGAAN PRANATAL / INTRANATAL / POSTNATAL

 Seramai 3048 ibu (70.3% dari anggaran ibu mengandung) mendapat perkhidmatan pemeriksaan ibu mengandung sepanjang tahun 2000 dengan purata kedatangan keklinik sebanyak 11 kali setiap ibu. Cuma 0.9 % dari ibu ini adalah warga negara asing. Majoriti ibu mengandung adalah Melayu kerana 77% dari penduduk Baling adalah Melayu. Sebanyak 3007 (98.6%) ibu ini telah ,mendapat suntikan ATT bagi perlindungan tetanus. Kedatangan awal keklinik sebelum 12 minggu kandungan adalah 61.5%.secara puratanya untuk kesemua klinik di Daerah Baling. Walaupun begitu terdapat 1.9% ibu yang datang agak lewat untuk pemeriksaan pertama iaitu setelah melebihi 25 minggu kandungan. Ianya berlaku terutamanya di kawasan operasi Klinik Kesihatan Kuala ketil(3.2%) dan Klinik Kesihatan Tawar (3.5%).

Terdapat 151 (5%)  dari ibu mengandung ini mengalami darah tinggi. Daripada yang mengalami darah tinggi ini 17.9% menjadi teruk (severe PIH). Satu kes telah menjadi eklamsia. Prevelan anemia sewaktu mengandung pula agak tinggi. Terdapat 22.3% ibu pernah mengidap anemia (Hb < 10 gm%) pada jangka kandungan sebelum 36 minggu. Keadaan ini agak membimbangkan kerana ada 1% dari keseluruhan ibu ini mempunyai Hb kurang dari 8 gm%. Walaupun selepas 36 minggu, masih terdapat 18.3% ibu lagi yang masih mempunyai Hb kurang dari 10 gm%. Peratusan Hb kurang dari 8 gm% menurun kepada 0.36% sahaja pada jangka kandungan lebih dari 36 minggu ini. Ibu dari kawasan Klinik Kesihatan Kupang adalah yang paling tinggi mempunyai masalah anemia(Hb < 10gm%) sebelum 36 minggu kandungan iaitu 64.6%. Ianya berjaya dikurangkan kepada 15.4% sahaja pada  kandungan 36 minggu atau lebih . KK Kuala Ketil menghadapi masalah 34.5% ibu mengandung masih anemia pada POA ibu melebihi 36 minggu. (jadual 4.1). Masalah anemia teruk dan PIH yang masih prevalen ini memerlukan kajian lanjutan dan langkah pencegahan yang lebih kukuh dalam menanganinya.

 Jadual 4.1: Anemia Di Kalangan Ibu MengandungMengikut Klinik dan POA Di Baling

klinik

Bil antenatal baru

 Antenatal < 36 POA

Antenatal > 36 POA

Hb<8gm%

Hb 8-10gm

Hb<8gm%

Hb 8-10

KIA

572

2 (0.3%)

101(17.6%)

1(0.2%)

57(10%)

KKetil

556

5(0.9%)

100(17.9%)

3(0.5%)

192(34.5%)

Kupang

507

8(1.6%)

78(15.4%)

3(0.6%)

69(12.4%)

Kg Lalang

341

4(1.2%)

34(10%)

2(0.6%)

22(6.4%)

Tawar

368

-

47(12.8%)

-

25(6.8%)

P.Panjang

351

7(2.0)

220(62.6%)

2(0.6%)

52(14.8%)

Malau

353

4(1.1)

116(32.9%)

1(0.3%)

25(7.1%)

 

 

 

 

 

 

Daerah

3048

30(1%)

696(22.8%)

11(0.36%)

442(14.5%)

Penjagaann intranatal tertumpu kepada kelahiran selamat. Kelahiran berdaftar adalah 2903 dimana 98.9% darinya ditakrifkan sebagai kelahiran selamat. Kelahiran selamat menunjukkan tren meningkat berbanding dengan tahun tahun lepas. Walaupun begitu ianya masih rendah berbanding dengan pencapaian Negeri Kedah iaitu 99.3% adalah kelahiran selamat.Daripada 1.1% (32 kes )kelahiran tidak selamat, satu kes adalah disambut oleh Bidan Kampung manakala 31 kes lainnya adalah BBA. Semua Klinik Kesihatan di Daerah Baling mempunyai kelahiran tidak selamat.Peratusan tertinggi adalah di klinik Kesihatan Parit Panjang(1.8%). Terdapat 122 kes (4.2%) adalah kelahiran di rumah (78 kes ) dan ABC (44 kes). 1.4% dari kelahiran dirumah mengalami koyak selapaha  tahap dua atau tiga.

Perkhidmatan selepas bersalin(post natal) untuk ibu tertumpu kepada pemeriksaan ketinggian uterus, buah dada, luka episiotomy, cairan nifas dan keadaam umum ibu. Ianya dilakukan semasa lawatan kerumah dan sewaktu ibu datang keklinik.

Kedatangan baru ibu selepas bersalin ke klinik klinik kesihatan adalah 3219 orang iaitu 110.8% daripada jumlah kelahiran. Ini menunjukkan 10.8 % kes post natal adalah kes luar kawasan yang balik untuk berehat selepas bersalin ke Baling. Keseluruhan lawatan postnatal adalah 5726 kali iaitu dengan purata lawatan adalah 2 kali. Tiada kejadian perperal sepsis dikesan.

Terdapat 2 kematian ibu sepanjang tahun 2000. Kedua-dua kes kematian ini adalah di bawah kawasan jagaan  Klinik Kesihatan Kupang. Kematian berlaku di Hospital Sungai Petani. Rujuk jadual 4.2. Nisbah kematian ibu dengan kelahiran hidup adalah 0.62 per 1000 kelahiran hidup.

Thank you for visiting our web site!
by: Ik.Hamzah Ahmad