    
Koleksi
Sinar
|
Bismillahirrahmaanirrahiim… "Hai manusia, apakah yang memperdayakanmu terhadap
tuhanmu yang pemurah? Yang telah menciptakanmu lalu menyempurnakan kejadianmu
dan menjadikan anggota-anggotamu seimbang." (surah Al-Infithar:6-7) Di
dalam ayat di atas Allah mengajukan persoalan kepada manusia, mengapakah
mereka ini sering melupakan tuhannya sedangkan tuhannyalah yang telah menjadikannya
dengan penuh kasih sayang dan belas kasihan. Tuhan yang telah memberikan
segala keperluan kepada manusia untuk keselesaan manusia di muka bumi ini.
Rasulullah sallallahualaihi wasallam telah diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan
mesej kepada manusia agar menyembah tuhan yang satu iaitu Allah. Tidak
ada satu penyembahan yang lebih utama daripada SOLAT kerana itulah tunggak
kepada Islam itu sendiri. Tanpa solat, runtuhlah agama. Tanpa solat, tiadalah
agama. Islam amat menitik beratkan setiap penganutnya agar menunaikan solat
dan barangsiapa yang engkar dengan perintah ini, maka termasuklah ia dalam
golongan orang yang terkeluar dari Islam. Kalau ditinjau dari segi sejarah,
cara Allah ingin mewajibkan perintah solat ini adalah amat unik. Peristiwa
itu berlaku semasa isra' mi'raj di mana rasulullah sallallahualaihiwasallam
telah di jemput oleh Allah ke langit untuk menerima perintah tersebut.
Ini berlainan sekali dengan perintah-perintah Allah yang lain yang mana
hanya di turunkan wahyu melalui malaikat Jibril. Di dalam Al Quran ada
menceritakan akan perintah wajib solat sepertimana terjemahan ayat dibawah.
"Peliharalah semua solat dan solat pertengahan dan berdirilah kerana Allah
serta mentaatinya." (Al Baqarah 238) Dalam AlQuran, Allah subhanahu Wataala
telah mentaeru manusia supaya mendirikan solat. Allah bukannya menyeru
manusia supaya bersolat tetapi mendirikan atau menunaikan solat. Ini membawa
maksud bahawa seseorang yang mendirikan solat itu akan merealisasikan apa-apa
pengajaran yang ada pada solat itu di dalam keseluruhan kehidupannya. Contohnya
jika dalam solat, kita sentiasa mengingati Allah, maka sepatutnyalah diluar
solat juga kita mesti sentiasa mengingati Allah. Jadi, sekiranya semua
orang Islam mendirikan solat, maka nescaya hidup kita akan sempurna kerana
kita telah merealisasikan solat dalam kehidupan kita. Rasulullah sallallahualaihi
wasallam ada bersabda bahawa perkara yang mula-mula sekali di di hisab
di hari akhirat ini adalah solat. Jika baik solatnya, maka semuaperkara
baiknya akan diterima dan sesiapa sahaja yang buruk solatnya, maka semua
perbuatannya dikira buruk. Daripada apa yang rasulullah sallallahualaihi
wasallam katakan, solat ini merupakan penyuci segala dosa-dosa kita . Tetapi
apa yang
lebih utama ialah dengan solat, kita akan dapat mengingati Allah dan itulah
keutamaan yang amat besar sekali dari solat ini.. Tidak ada satu alasan
pun yang boleh dikemukakan olaeh setiap muslim untuk melewat-lewatkan solat
apatah lagi meninggalkannya. Samaada kita sedang bekerja atau sedang dalam
musafir, atau sedang bersukan, atau sedang mengulangkaji pelajaran ataupun
sebagainya. Walaupun kita tidak dapat menemukan air untuk bersuci, maka
kita dibolehkan untuk bertayammum tetapi tidak sekali-kali meninggalkan
solat. Sehinggakan dalam permusafiran ataupun didalam peperangan pun kita
diwajibkan menunaikan solat. Perkara ini terkecuali kepada perempuan yang
didalam haidh atau selepas melahirkan anak. Solat adalah amat penting sehinggakan
nabi Muhammad sallallahualaihi wasallam ketika hampir kewafatannya, baginda
menyebut As-Solah..As-Solah beberapa kali mengingatkan akan umatnya agar
jangan sesekali meninggalkan solat.Ada banyak juga hadis nabi yang menerangkan
akan sesiapa yang meninggalkan solat ini adalah dikatakan sebagai kafir
(hadis riwayat Ahmad dan Muslim). Sabda nabi sallallahualaihi wasallam,
"Perjanjian antara kami dan mereka adalah menunaikan solah, maka sesiapa
yang tidak menunaikan solah,maka dia adalah termasuk orang yang kafir.
|