    
Koleksi
Sinar
|
NASYID SATU PERKEMBANGAN SIHAT
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana nikmat Allah yang dikurniakan
kepada kita tidak terkira-kira banyaknya. Allah memberikan kepada kita
banyak perkara namun kadang-kadang kita ni, sebagai manusia yang banyak
kelemahan jarang mensyukuri nikmat tersebut . "Apa yang ada jarang disyukuri,
apa yang tiada, sering dilupakan …" (Antara Dua Cinta - The Zikr). Allah
kurniakan kepada kita pancaindera; seperti mata untuk kita melihat, tangan
untuk memegang, hidung untuk kita mencium bau, otak untuk kita berfikir
dan tak lupa juga telinga untuk kita mendengar. Tapi masalah yang melanda
diri kita sekarang tanpa kita sedari ialah….. kadang-kadang cara kita mensyukuri
nikmat tersebut salah atau bukan cara yang Islamic.
Dalam bahagian ini, kita akan cuba membincangkan tentang nikmat pendengaran
yang Allah kurniakan kepada kita. Nikmat mendengar. Banyak benda kita boleh
dengar, tapi yang mana satu yang seeloknya kita dengarkan ??? Dengar ceramah
ilmu, dengar rancangan di television dan mendengar muzik, semua ini dibolehkan
dalam Islam tapi setiap aspek tersebut banyak pula cabangnya. Contohnya
mendengar muzik.
Dengar muzik ??? Hai, kenapa??? Siapa pulak yang mengatakan muzik tu tak
boleh didalam Islam??? Kan Islam membenarkan umatnya berhibur. Muzik itu
adalah salah satu daripada caranyalah. Jangan fikir Islam tu jumud sangat.
Tapi apa yang penting jenis muzik yang kita dengar itu. Bab ni yang islam
ada panduannya. Bukan untuk menyusahkan kita tapi untuk mengajar kita yang
mana muzik yang elok didengar dan yang mana tidak. Rentak lagu tu, mestilah
yang tidak akan membuatkan hati kita ni lalai dan leka……syaitan punya kerja
tu. Kemudian mengenai liriknya pula. Kalau lirik lagu yang kita dengari
itu melanggari syariat …HARAM, kalau tak secara jelas pun kadang2 ada yang
secara tak zahir….., ini boleh merosakkan iman dan pegangan kita. Contohnya
pada tahun 1992, pusat Islam telah menyenaraikan beberapa lagu yang boleh
dikatakan memuja syaitan. Ini dah jelas kategori muzik yang tak sepatutnya
kita dengari. Kan baik kalau kita ambil langkah berhati-hati.
Di zaman sekarang ni, banyak pilihan muzik yang boleh didapati. Ada tu
jenis rocklah, baladalah dan sebagainya. Ada pulak tu satu jenis yang alhamdulillah
sedang menambat hati para penduduk Malaysia, yakni, muzik yang di namakan
'NASYID'. Kan elok kalau muzik yang kita dengar tu berunsurkan sesuatu
yang baik. Biarlah liriknya tu sesuai dengan hati seorang muslim. Memang
apa sahaja lirik dalam sebuah lagu tu okay tapi, kalau asyik dengan tema
cinta dan yang sewaktu dengannya, ia sebenarnya menjadi antara punca kejatuhan
akhlak kita sekarang. Tak salah kalau pengarang mengatakan bahawa ia mungkin
punca tanpa disedari, kepada perbuatan zina, nauzubillah minzalik.Bukankah
kita tahu zina tu bukan sahaja perhubungan lelaki dan perempuan secara
tidak halal, malah ada juga yang dinamakan zina kecil. Kalau nak tahu pasal
zina kecil ni…. Bacalah SINAR yang akan datang. Insyaallah kalau ada kesempatan
nanti.
Sekarang perkembangan nasyid khususnya di Malaysia amat membanggakan. Alhamdulillah
akhirnya pandai juga kita menilai mana yang baik dan mana yang lebih baik.
Terbitnya album Raihan, yang diterbitkan oleh Warner Muzik , telah menambat
hati ramai rakyat Malaysia untuk menerima jenis muzik ini. Walaupun sebelum
keluarnya albuum tersebut, telah banyak kaset-kaset nasyid didalam pasaran,
edaran OVA productions namun album Raihan tetap dikatakan sebagai perintis
lagu berunsurkan nasyid ini kerana ia adalah yang pertama yang dipromosikan
secara besar-besaran. Malahan kumpulan Raihan juga telah berjaya memegang
tempat kedua didalam Muzik-muzik selama 3 minggu. Kemudian ekoran daripada
sambutan yang hangat daripadanya, syarikat-syarikat muzik lain seperti
BMG, Ampang Klasik, EMI dan FMC pun turut mengikut langkah Warner Muzik
untuk menerbitkan kaset yang berunsurkan nasyid. Banyak kaset2 yang ada
dalam pasaran sekarang. Antaranya, Brothers, Raihan, Hijjaz dan Rabbani.
Dengar-dengarkanlah…..
Pada pendapat pengarang ini adalah satu perkembangan yang sihat. Yelah,
takkan kita nak maju dari segi ekonomi dan taraf hidup aje, kan sedap kalau
kita juga maju dari segi kerohanian hati, Ha, ini salah satu daripada caranyalah.
Kita sekarang harus peka yang kita ni bukanlah perfect dan sentiasa melakukan
kesilapan. Oleh itu, apa yang baik tu….terimalah. Jangan jadikan ia seperti,
sampah yang tiada nilai. Anggaplah nasihat tu seperti mutiara yang free.
Tak diambil….rugi !!!
|