Sinar OnLine
Edisi : 3

UNTUKMU MUSLIMAH 

 
 
Koleksi Sinar
 Sumbangan Muslimah Kepada Ummah
Tangan yang menghayun buaian, Bisa menggegar pelosok dunia , Digegar oleh sebuah umat, Diasaskan oleh keluarga bahagia
Di atas merupakan serangkap lirik dari lagu nasyid yang bertajuk `Keluarga cemerlang umat gemilang' dendangan kumpulan Syahdu. Di dalam rangkap lagu itu, di sebut betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh kaum hawa sehingga mampu menggoncangk dunia (Mesti ramai yang dah tahu apa yang dimaksudkan dengan `phrase' tersebut). Siapa sangka di sebalik insan yang dianggap lema Lihatlah contoh muslimah teladan, Sayidatina Asma' binti Abu Bakar, seorang yang berjaya mendidik anaknya Sayidina Abdullah Ibn Zubair menjadi seorang yang berkeperibadian tinggi dan hanya takutkan Allah SWT. Kita lihat pula peranan yang dimainkan oleh Sayidatina Fatimah Az-Zahra, puteri Rasulullah yang mempunyai peribadi yang unggul hasil asuhan dan didikan ibunya, Ummul Mukminin Sayidatina Khadijah binti Khuwailid. Contoh-contoh di atas telah memperlihatkan dengan jelasnya sumbangan muslimah. Walau bagaimanapun ianya tidak hanya terhad di dalam rumahtangga sahaja. Hendaklah kita sentiasa ingat bahawa tugas amar ma'ruf nahi munkar juga merupakan antara kewajipan setiap manusia. Ini telah dijelaskan oleh Allah dengan sejelas-jelasnya di dalam Al-Quran, "Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian dari mereka (adalah) menjadi penolong kepada sebahagian yang lain, mereka menyuruh mengerjakan yang ma'ruf, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan mereka taat kepada Allah SWT dan RasulNya, mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Bijaksana. (At-Taubah:71) Begitu ramai yang beranggapan bahawa tugas berdakwah ini sebagai tugas orang-orang yang tertentu sahaja seperti ustaz-ustaz dan ulama', padahal semua manusia ialah seorang daei'/daei'ah. Marilah kita menteladani wanita-wanita solehah yang menyumbangkan bakti dalam menegakkan Islam. Seperti kata-kata Sayidatina Asma' Abu Bakar, "Bagiku tidak ada masalah untuk mengotorkan kaki dengan debu-debu, demi perjuangan fi sabilillah". Gelanggang muslimah bukan hanya bertumpu di rumah tetapi turut merangkumi tugas menaikkan kalimah Allah di muka bumi ini. Jangan disebabkan oleh kesibukan dengan keluarga, ditinggalkan pula tugas ini. Puteri Sayidina Abu Bakar As-Siddiq ini telahpun membuktikan bahawa muslimah perlu dan mampu turut sama berganding bahu dengan para muslimin dalam menjalankan da'wah. Di kala dunia digegarkan dengan gerakan Ikhwanul Muslimun di Mesir yang amat aktif memperjungkan Islam pada awal tahun 1920-an, kaum muslimat juga tidak ketinggalan memikul tanggungjawab tersebut apabila Zainab Al-Ghazali, ketua yang menerajui gerakan muslimat memberikan baia'h (oath) kepada As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, presiden Ikhwanul Muslimun. Mereka turut sama merasai kesusahan dan kekejaman rejim Mesir yang begitu `aktif' memburu dan membunuh para ikhwan. Pengalaman yang dirasai oleh Zainab Al-Ghazaliadalah pengalama muslimah sejati bukan pendokong Women's Lib atau persatuan wanita yang tidak tunduk kepada garis-garis syara', bukan juga Miss World atau Ratu Cantik yang memperagakan keindahan tubuhnya tetapi mereka adalah wanita Islam yang mengadakan isi Bai'a Annisa' iaitu perjanjian wanita dengan Rasulullah seperti yang dinyatakan di dalam firman Allah SWT; Hai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia, bahawa mereka tidak akan mersekutukan sesuatupun dengan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya ,tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan da kaki mereka dan tidak akan menderhakakan dalam sesuatu urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan mohonlah keampunan Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [ Al-Mumtahinah:12] Tidak perlulah kita mengagungkan atau mengikut fahaman gerakan Women's Lib yang kononnya ingin memperjuangkan persamaan hak antara lelaki dengan perempuan seperti yang telah ditunjukkan oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka Sisters In Islam di Malaysia. Kumpulan sebegini bukan sahaja berpotensi merosakkan aqidah kaum muslimah, malah dengan lantang sekali menafsir Al-Quran mengikut kehendak mereka. Sila lihat Berita Harian yang bertarikh 5 Ogos 1997 yang memuatkan komen mereka mengenai isu aurat wanita. Terlalu banyak sumbangan yang boleh diberikan oleh muslimah dalam menjamin kekuatan ummah. Seperti kata Hukama', Wanita adalah ibarat tiang negara, apabila sejahtera wanita, maka sejahteralah negara dan apabila rosaknya wanita maka akan pincanglah negara Oleh itu, marilah kita bersama-sama turut berganding bahu, berjuang bersama-sama dalam menegakkan sebuah keluarga, masyarakat negara dan ummah yang cemerlang.