    
Koleksi
Sinar
|
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, "Wahai orang-orang yang
beriman, makanlah dan minumlah daripada rezeki yang baik yang kami berikan
kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah." (Al Baqarah,172) "Wahai orang-orang
yang beriman, makanlah apa-apa yang ada dibumi ini yang halal dan baik."(Al-Baqarah
168) Untuk keseimbangan antara keperluan badan dan jiwa, Allah telah mengaturkan
beberapa peraturan diet yang sesuai.. Islam telah mengaturkan kepada penganutnya
agar memakan benda-benda yang baik dan berkhasiat. Tetapi Allah telah mengharamkan
beberapa kategori makanan yang memudaratkan manusia. Semua jenis makanan
adalah halal di sisi Islam melainkanlah telah jelas diharamkan di dalam
AlQuran. Berikut adalah senarai jenis-jenis makanan yang diharamkan oleh
Allah: 1.Daging bangkai binatang. 2.Daging binatang yang mati tercekik.
3.Binatang yang mati kerana dipukul. 4.Binatang yang mati kerana terjatuh
dari tempat yang tinggi. 5.Binatang yang mati kerana terluka. 6.Haiwan
yang mati kerana dibunuh oleh binatang buas. 7.Darah yang tercerai dari
tubuh, daging dan organ binatang. 8.Binatang yang dibunuh selain dari nama
Allah. 9.Binatang yang dikorbankan untuk berhala. 10.Khinzir termasuk 'by-products'
nya. 11.Benda-benda yang memabukkan.
Senarai-senarai tersebut ada dinyatakan oleh Allah dalam surah Al Maidah
ayat 3-4, 93-94 dan 90-91.
PENGHARAMAN BANGKAI Allah telah mengharamkan binatang yang mati secara
semulajadi tanpa di sembelih atau diburu.Semuanya ini dinyatakan oleh Allah
dalam surah Albaqarah,172-173, Al Maidah,3-4 dan Al An'am 145. Memakan
bangkai adalah suatu perbuatan yang amat berlawanan dengan sifat kemuliaan
manusia. (Bangkai membawa erti binatang yang dibunuh selain penyembelihan
dengan nama Allah). Selain itu, ia membawa kesan buruk kepada kesihatan
manusia. Dr Kazim (Medical Aspects of Forbidden Food in Islam) menerangkan
bahawa penyakit akan dapat dipindahkan kepada manusia melalui tiga perkara;
sentuhan, memakan daging atau organ dan vector seperti serangga dan lain-lain.
PENGHARAMAN KHINZIR Pengharaman khinzir di dalam Islam adalah dinyatakan
di dalam Al Quran di dalam surah Al Baqarah ,173; surah Al Maidah,3-4;
surah Al An'am,dan surah An Nahl,115. Oleh kerana ruangan ini ruangan sains
dalam Islam, maka penulis hanya akan memperkatakan tentang hikmah berdasarkan
fakta sains. Menurut "Islamic Dietry laws and Practices" karangan Mohammad
Mazhar Hussain, di dalam daging khinzir itu terdapat pelbagai jenis parasites
dan bacteria yang bila di makan akan dapat memudharatkan manusia. Antaranya
ialah tapeworms, round worms, hook worms, faciolopsis buski, paragonimus
dan clonorchis. Ada sejenis parasite yang di beri nama Taenia dan ia mempunyai
dua species. Satu ialah Taenia Saginata yang berada di dalam binatang ternak
seperti lembu dan kerbau dan sejenis species lagi ialah Taenia Solium yang
berada di dalam daging khinzir. Terdapat perbezaan di antara bentuk dan
kitaran hidupnya. Contohnya, Saginata berada di dalam usus manusia dan
melengkapkan kitaran hidupnya di sana. Tetapi ia dapat dimusnahkan dengan
menggunakan beberapa jenis ubat. Tetapi Taenia Solium tidak boleh melengkapkan
kitaran hidupnya di dalam usus manusia dan ia akan terserap ke dalam darah
manusia melalui dinding usus tersebut ke seluruh tubuh manusia. Parasit
ini boleh memberi kesan kepada organ penting manusia seperti otak, mata,
kulit,hati, paru-paru dan jantung. Ia menyebabkan berlakunya ketumbuhan
kepada organ-organ tersebut. Didalam sebuah buku yang di tulis oleh Rizvi,
"Secara ringkasnya, khinzir adalah pembawa kuman yang paling utama yang
merupakan penyebab kepada penyakit-penyakit yang membawa maut seperti penyakit
usus,trichinosis, cacing pita, cacing bulat, jaundice (penyakit mata),
pneumonia (penyakit paru-paru), paru-paru membesar, taun,emaciation, demam
panas, bantut, sudden death dan banyak lagi…….
|