azi_asmar.tripod.com
[My Personal Site]
(Laman ini bukan untuk tatapan umum, hanya untuk diriku saja... tapi kalau nak baca.. suka hatilah, tak siapa tanggung kalau wrong information atau sebaliknya)


                                                                                                                                     Copyright © 1996
Menu
Biodata
Bola Oh Bola....
Virus .. kenapa kau...
Kota London
Malunya aku..Malangnya aku...
Letihnya aku...
Anugerah Khidmat Cemerlang
Anugerah Kualiti RTM
Definasi Virus Vs Worm
Senyum
User Policy
Mesyuarat ASEAN COCI
Transcending The Divide
Transforming M'sia into K
Anugerah HP
Politik..oh politik
Masalah Dalam Era Komputer
Tracing-IP
ICT in Agriculture
Semoga Allah cucuri rahmat..
Technological change
Langkah Menuju Kesempurnaan Iman
Bagaimana nak buat Neon Glow
Communication is more than email.
Perkamusan Melayu Dalam Era IT
Pembelajaran Bahasa Melayu SMART
Securing the Corporate Network: Internet Firewalls
Security: Keeping Hackers Out
Merdeka..Merdeka...
Sukom 98....letihnya
What Is Firewall
Apa itu Rangkaian?
Syukur
Good Security Usage Policy
Ya Rasulullah
Access to Intenet : an example Policy
WWW -definasi
ISDN
Internet - definasi
Alamat Internet boleh guna nama sendiri
Rumah Pintar
Bagaimana Internet Berfungsi
Bridge
Cipher
Cryptography
Digital Certificate
Dilema Eksploitasi melalui Internet
DMZ
Denial of Service
Encryption
FTP
Gateway
Antara Gembar-Gembur Dan Realiti Internet
Ghost imaging
HTTP
Hub
Invasion of Privacy
Destruction of Properties
Infrared radiation
Internet: Dunia Tanpa Sempadan
Siapa Yang Patut Disalahkan? Internet, maklumat atau manusia?
Kafe Siber: Pengusaha, Remaja dan Internet
Melindungi katalaluan
Apa itu Komuniti Maya?
Layer 3
Masalah pentadbir teknologi maklumat
NAT
NFS
Penyalahgunaan Siber
PKI (public key infrastructure)
Proxy Server
Kecenderungan remaja sekolah memilih hiburan di Internet
Repeater
Risiko Kesihatan dalam Penggunaan Komputer
Router

 

Alamat Internet boleh guna nama sendiri

 

ALAMAT akhiran Internet menggunakan nama individu untuk digabungkan dengan domain biasa iaitu '.com' dan '.org' sudah mula diperkenalkan secara eksklusif kepada individu yang ingin meletakkan laman web mereka di atas rangkaian sistem Internet.
Pada masa ini, pengguna Internet dengan laman web masing-masing menggunakan '.org' yang biasa digunakan oleh organisasi tidak berasaskan keuntungan.

Namun, kebanyakan pengendali alamat atau domain Internet berharap individu terbabit akan mula mengumpan atau menarik perhatian pengunjung menggunakan alamat e-mel atau web berasaskan nama mereka sendiri seperti '.nama'.

Pendaftar nama global yang berpangkalan di London mula mencadangkan isu ini pada 2000 dan sudah mendapat hak mengurus alamat akhiran itu, selain mendapat hak melebarkan rangkuman '.nama' kepada telefon mudah alih atau lain-lain peralatan tahun ini.

Nama akhiran '.nama' adalah satu daripada tujuh perkara yang diluluskan oleh Internet Corporation for Assigned and Numbers, iaitu badan pengawal selia Internet. Ia perubahan besar pertama seumpamanya ke atas sistem nama domain sejak diperkenalkan pertengahan 1980-an.

Penggunaan nama individu pada domain diluluskan bagi membantu mengurangkan kesesakan pada nama domain '.com', '.net' dan '.org' yang meningkat lebih tiga kali ganda pada 2000 kepada 28.2 juta.

Tetapi pertumbuhan nama domain menggunakan nama baru itu agak perlahan akibat aliran ekonomi lembap, dan nama terbabit kehilangan nilai daripada nilai sebenarnya.

Jumlah pendaftaran hanya meningkat 13.5 peratus saja tahun lalu kepada 32 juta.

Kos perkhidmatan ialah kira-kira AS$30 setahun bagi kedua-dua alamat e-mel dan web. Tetapi itu hanyalah yuran untuk nama saja, sedangkan pengguna masih perlu membuat akaun e-mel atau membeli ruang web daripada pembekal perkhidmatan.

Dua lagi nama akhiran iaitu '.biz' untuk perniagaan dan '.info' bagi laman web berasaskan maklumat turut mengalami perubahan mendadak dengan 1.2 juta nama alamat didaftarkan.

Sementara itu, '.museum' mula beroperasi November lalu dan '.coop' untuk perniagaan koperasi mula diperkenalkan 9 Januari lalu. Beberapa ribu permohonan nama domain sudah diterima.

'.aero' untuk industri angkasa dan '.pro' untuk professional akan diperkenalkan tahun ini.