azi_asmar.tripod.com
[My Personal Site]
(Laman ini bukan untuk tatapan umum, hanya untuk diriku saja... tapi kalau nak baca.. suka hatilah, tak siapa tanggung kalau wrong information atau sebaliknya)


                                                                                                                                     Copyright © 1996
Menu
Biodata
Bola Oh Bola....
Virus .. kenapa kau...
Kota London
Malunya aku..Malangnya aku...
Letihnya aku...
Anugerah Khidmat Cemerlang
Anugerah Kualiti RTM
Definasi Virus Vs Worm
Senyum
User Policy
Mesyuarat ASEAN COCI
Transcending The Divide
Transforming M'sia into K
Anugerah HP
Politik..oh politik
Masalah Dalam Era Komputer
Tracing-IP
ICT in Agriculture
Semoga Allah cucuri rahmat..
Technological change
Langkah Menuju Kesempurnaan Iman
Bagaimana nak buat Neon Glow
Communication is more than email.
Perkamusan Melayu Dalam Era IT
Pembelajaran Bahasa Melayu SMART
Securing the Corporate Network: Internet Firewalls
Security: Keeping Hackers Out
Merdeka..Merdeka...
Sukom 98....letihnya
What Is Firewall
Apa itu Rangkaian?
Syukur
Good Security Usage Policy
Ya Rasulullah
Access to Intenet : an example Policy
WWW -definasi
ISDN
Internet - definasi
Alamat Internet boleh guna nama sendiri
Rumah Pintar
Bagaimana Internet Berfungsi
Bridge
Cipher
Cryptography
Digital Certificate
Dilema Eksploitasi melalui Internet
DMZ
Denial of Service
Encryption
FTP
Gateway
Antara Gembar-Gembur Dan Realiti Internet
Ghost imaging
HTTP
Hub
Invasion of Privacy
Destruction of Properties
Infrared radiation
Internet: Dunia Tanpa Sempadan
Siapa Yang Patut Disalahkan? Internet, maklumat atau manusia?
Kafe Siber: Pengusaha, Remaja dan Internet
Melindungi katalaluan
Apa itu Komuniti Maya?
Layer 3
Masalah pentadbir teknologi maklumat
NAT
NFS
Penyalahgunaan Siber
PKI (public key infrastructure)
Proxy Server
Kecenderungan remaja sekolah memilih hiburan di Internet
Repeater
Risiko Kesihatan dalam Penggunaan Komputer
Router

 

Melindungi katalaluan

 

Ada beberapa cara seseorang itu boleh mengetahui atau mendapatkan maklumat katalaluan orang lain. Salah satu cara yang sering dilakukan ialah menggunakan teknik yang dipanggil 'social engineering' atau lebih dikenali sebagai scam. Teknik scam mengambil peluang ke atas pekerja syarikat ISP (penyedia khidmat internet) yang kurang terlatih untuk mendapatkan maklumat katalaluan pelanggan ISP. Kadangkala, ia juga dapat menipu pelanggan yang kurang pengetahuan tentang pentingnya katalaluan untuk mendedahkan maklumat katalaluan mereka.

Di bawah adalah panduan-panduan yang boleh diikuti untuk melindungi katalaluan dari orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

1) Rahsiakan katalaluan anda dari orang lain walaupun kepada orang yang rapat dengan anda. Adalah diingatkan katalaluan anda adalah rahsia.

2) Jangan beritahu katalaluan anda secara lisan mahupun secara elektronik. Walaupun memberi hanya bayangan kepada katalaluan anda kepada orang lain, perbuatan ini juga akan membenarkan orang lain meneka katalaluan anda.

3) Jangan rakamkan (record) secara online katalaluan anda. Merakamkan katalaluan di PC adalah sama bahayanya dengan merakamkannnya ketika 'off-line' di mana orang lain boleh mencari dan mendapatkan katalaluan anda dari PC yang anda tinggalkan walaupun seketika. Menggunakan 'screen saver' yang menggunakan katalaluan mungkin dapat melindungi katalaluan tetapi penggunaannya tidak digalakkan.

4) Jangan menulis katalaluan anda di atas kertas, di dalam buku, diari atau di mana-mana yang boleh dijumpai dan dibaca oleh orang lain. Cara yang paling mudah dan selamat sekali ialah menghafal katalaluan anda.

5) Jangan biarkan orang lain berada berdekatan dengan anda ketika anda sedang menulis (menaip) atau memasukkan katalaluan. Orang lain meungkin dapat melihat gerak tangan anda ketika memasukkan (menaip) katalaluan. Jika rakan anda berada berdekatan dengan anda, anda boleh menyuruhnya berada jauh sedikit supaya dia tidak dapat melihat katalaluan yang ingin anda masukkan.

6) Jangan terlalu cepat memberikan maklumat yang berkaitan dengan katalaluan jika diminta. Siasat dahulu orang yang meminta maklumat berkenaan katalaluan anda.

Di atas adalah beberapa langkah yang perlu anda ambil untuk melindungi katalaluan dari diketahui oleh orang lain. Jika anda risau katalauan anda telah diketahui orang lain, tukarkan sahaja katalaluan baru.