azi_asmar.tripod.com
[My Personal Site]
(Laman ini bukan untuk tatapan umum, hanya untuk diriku saja... tapi kalau nak baca.. suka hatilah, tak siapa tanggung kalau wrong information atau sebaliknya)


                                                                                                                                     Copyright © 1996
Menu
Biodata
Bola Oh Bola....
Virus .. kenapa kau...
Kota London
Malunya aku..Malangnya aku...
Letihnya aku...
Anugerah Khidmat Cemerlang
Anugerah Kualiti RTM
Definasi Virus Vs Worm
Senyum
User Policy
Mesyuarat ASEAN COCI
Transcending The Divide
Transforming M'sia into K
Anugerah HP
Politik..oh politik
Masalah Dalam Era Komputer
Tracing-IP
ICT in Agriculture
Semoga Allah cucuri rahmat..
Technological change
Langkah Menuju Kesempurnaan Iman
Bagaimana nak buat Neon Glow
Communication is more than email.
Perkamusan Melayu Dalam Era IT
Pembelajaran Bahasa Melayu SMART
Securing the Corporate Network: Internet Firewalls
Security: Keeping Hackers Out
Merdeka..Merdeka...
Sukom 98....letihnya
What Is Firewall
Apa itu Rangkaian?
Syukur
Good Security Usage Policy
Ya Rasulullah
Access to Intenet : an example Policy
WWW -definasi
ISDN
Internet - definasi
Alamat Internet boleh guna nama sendiri
Rumah Pintar
Bagaimana Internet Berfungsi
Bridge
Cipher
Cryptography
Digital Certificate
Dilema Eksploitasi melalui Internet
DMZ
Denial of Service
Encryption
FTP
Gateway
Antara Gembar-Gembur Dan Realiti Internet
Ghost imaging
HTTP
Hub
Invasion of Privacy
Destruction of Properties
Infrared radiation
Internet: Dunia Tanpa Sempadan
Siapa Yang Patut Disalahkan? Internet, maklumat atau manusia?
Kafe Siber: Pengusaha, Remaja dan Internet
Melindungi katalaluan
Apa itu Komuniti Maya?
Layer 3
Masalah pentadbir teknologi maklumat
NAT
NFS
Penyalahgunaan Siber
PKI (public key infrastructure)
Proxy Server
Kecenderungan remaja sekolah memilih hiburan di Internet
Repeater
Risiko Kesihatan dalam Penggunaan Komputer
Router

 

Risiko Kesihatan dalam Penggunaan Komputer  

 

Adakah anda sedar bahawa komputer yang anda sediakan di rumah,
sekolah atau perpustakaan mungkin tidak bersesuaian untuk
kanak-kanak dari segi kesihatan?. Lihat kerusi dan meja di mana anda
letakkan komputer, ia mungkin terlalu tinggi untuk kanak-kanak.

Dengan bertambahnya penggunaan komputer di rumah-rumah dan
sekolah-sekolah, faktor kesihatan kanak-kanak patut diambil kira supaya
mereka tidak menghadapi sakit belakang, mata yang penat, sakit
pinggang dan sakit tengkuk. Kebanyakan kanak-kanak menghabiskan
lebih dari 2 jam berada di depan komputer untuk membuat kerja rumah
atau melayari laman web.

Sesetengah sekolah ada juga menyediakan kerusi dan meja yang sesuai
untuk kanak-kanak tetapi kebanyakannya tidak boleh diubah ketinggian
dan rendahnya mengikut kesesuaian kanak-kanak. Oleh kerana
kebanyakan kanak-kanak menghabiskan lebih dari 2 jam berada di depan
komputer untuk membuat kerja rumah atau melayari laman web, ini akan
menambahkan risiko kepada tangan, kaki dan kepala.

Malangnya, di rumah mungkin keadaan lebih teruk. Tidak ramai
ibu bapa yang sanggup membeli kerusi dan meja yang sesuai untuk anak
mereka. Ini mungkin disebabkan anak-anak berkongsi komputer dengan
ibu bapa mereka. Kerusi dan meja untuk anak-anak tidak sesuai untuk
ibu bapa begitu juga sebaliknya.

Dennis Ankrum, pengarah penyelidikan faktor manusia di Nova Solution,
syarikat yang membuat perabot sekolah di Texas berkata kajiselidik yang
telah dibuat menunjukkan bahawa kanak-kanak yang menggunakan
komputer akan mengalami masalah penglihatan dan sakit belakang.

Neal Taslitz, peguam dari Chicago menyatakan bahawa pergelangan
tangan kanak-kanak adalah lebih kecil dari oarang dewasa, menaip
dengan menggunakan papan kekunci akan menyebabkan kerosakan
pada urat saraf tangan. Kekunci pada papan kekunci bukan dicipta untuk
kanak-kanak, oleh itu ia tidak bersesuaian dengan fizikal kanak-kanak.

Perkara yang patut diambil berat ialah berapa hampirnya mata
kanak-kanak dari skrin komputer.Vicki Napper, pensyarah dari Weber
State Universiti membuat kajian bagaimana kanak-kanak berinteraksi
dengan komputer. Dari kajian yang dibuat didapati bahawa kanak-kanak
akan berada dekat dengan skrin komputer seolah-olah mereka ingin
menyentuh bahagian dalamnya tetapi mereka tidak boleh menyentuh
bahagian dalam menyebabkan mereka akan berada sehampir yang boleh
dengan skrin komputer.

Napper juga membuat kajian rambang kepada pelajar yang menggunakan
komputer dan dari kajian yang dibuat 26 dari 30 pelajar mengadu mereka
ada mengalami sakit belakang.

Untuk mengelakkan dari risiko sakit belakang, sakit tangan dan
sebagainya ibu bapa harus peka dengan masalah yang dihadapi oleh
anak-anak. Sediakan kerusi meja yang sesuai dan juga peralatan yang
perlu untuk mengelakkan dari risiko-risiko yang berkaitan dengan
kesihatan. Di sekolah juga perlu ada kemudahan yang sesuai untuk
kanak-kanak.

Persoalannya, adakah komputer yang ada dipasaran sekarang ini sesuai
untuk kanak-kanak ataupun adakah ia direka untuk kegunaan orang
dewasa sahaja?