azi_asmar.tripod.com
[My Personal Site]
(Laman ini bukan untuk tatapan umum, hanya untuk diriku saja... tapi kalau nak baca.. suka hatilah, tak siapa tanggung kalau wrong information atau sebaliknya)


                                                                                                                                     Copyright © 1996
Menu
Biodata
Bola Oh Bola....
Virus .. kenapa kau...
Kota London
Malunya aku..Malangnya aku...
Letihnya aku...
Anugerah Khidmat Cemerlang
Anugerah Kualiti RTM
Definasi Virus Vs Worm
Senyum
User Policy
Mesyuarat ASEAN COCI
Transcending The Divide
Transforming M'sia into K
Anugerah HP
Politik..oh politik
Masalah Dalam Era Komputer
Tracing-IP
ICT in Agriculture
Semoga Allah cucuri rahmat..
Technological change
Langkah Menuju Kesempurnaan Iman
Bagaimana nak buat Neon Glow
Communication is more than email.
Perkamusan Melayu Dalam Era IT
Pembelajaran Bahasa Melayu SMART
Securing the Corporate Network: Internet Firewalls
Security: Keeping Hackers Out
Merdeka..Merdeka...
Sukom 98....letihnya
What Is Firewall
Apa itu Rangkaian?
Syukur
Good Security Usage Policy
Ya Rasulullah
Access to Intenet : an example Policy
WWW -definasi
ISDN
Internet - definasi
Alamat Internet boleh guna nama sendiri
Rumah Pintar
Bagaimana Internet Berfungsi
Bridge
Cipher
Cryptography
Digital Certificate
Dilema Eksploitasi melalui Internet
DMZ
Denial of Service
Encryption
FTP
Gateway
Antara Gembar-Gembur Dan Realiti Internet
Ghost imaging
HTTP
Hub
Invasion of Privacy
Destruction of Properties
Infrared radiation
Internet: Dunia Tanpa Sempadan
Siapa Yang Patut Disalahkan? Internet, maklumat atau manusia?
Kafe Siber: Pengusaha, Remaja dan Internet
Melindungi katalaluan
Apa itu Komuniti Maya?
Layer 3
Masalah pentadbir teknologi maklumat
NAT
NFS
Penyalahgunaan Siber
PKI (public key infrastructure)
Proxy Server
Kecenderungan remaja sekolah memilih hiburan di Internet
Repeater
Risiko Kesihatan dalam Penggunaan Komputer
Router

 

Siapa Yang Patut Disalahkan? Internet, maklumat atau manusia?

Seperti yang diketahui umum, maklumat yang ada di dalam internet bukan semuanya sesuai untuk tontonan atau kegunaan anak-anak. Walaupun banyak laman-laman yang sesuai untuk anak-anak tetapi anak-anak dapat juga mencapai laman-laman yang tidak sesuai untuk mereka terutamanya yang mengancam keselamatan dan mempengaruhi tingkah laku mereka.

Di pasaran, begitu banyak perisian dan alat bantu yang dapat mengawal anak-anak dari mencapai laman-laman yang tidak sesuai ini. Tetapi berapa ramaikah ibu bapa yang sanggup mengeluarkan wang untuk membeli perisian dan alat bantu ini? Apa yang menyedihkan, tidak ramai ibu bapa sedar akan kewujudan perisian dan alat bantu yang dapat mengawal laman-laman yang tidak sesuai ini dari dicapai oleh anak-anak mereka.

Adakah kita harus haramkan penggunaan internet kepada anak-anak supaya mereka tidak diancam keselamatn mereka ketika berada di atas talian? Ini mungkin bercanggah dari saranan kerajaan dalam usaha menambahkan celik IT dikalangan masyarakat Malaysia.

Apa yang pasti internet dan maklumat tidak patut dipersalahkan dalam hal ini. Mereka yang patut disalahkan ialah penyumbang maklumat dan pereka laman-laman yang tidak sesuai untuk anak-anak.

Walaupun mereka beranggapan laman-laman yang mereka reka adalah untuk tontonan dan dicapai oleh orang dewasa tetapi mereka lupa anak-anak pun terdedah dengan maklumat yang mereka siarkan melalui laman web. Contohnya pembelian senjata api boleh dilakukan di atas talian dan anak-anak juga tidak ketinggalan untuk memebeli senjata api di atas talian dengan mengggunakan kad kredit ibu bapa mereka jika mereka dapat mencapai laman tersebut.

Satu lagi contoh ialah apabila menggunakan enjin carian yang sedia ada seperti excite, alta vista dan sebagainya untuk mencari laman web yang mempunyai katakunci 'cartoon'. Apa yang termasuk juga dalam senarai ialah laman-laman prono yang sengaja memasukkan katakunci 'cartoon' di dalam laman web mereka supaya laman web mereka mempunyai ramai pengunjung ('hitrate' yang tinggi).

Mengapa mereka ini berbuat demikian? Adakah ia satu kepuasan bila dapat mengancama keselamatan anak-anak ketika berada di atas talian.. Apa yang dikesalkan mereka yang sanggup mengancam keselamatan anak-anak ini adalah tergolong dari golongan celik IT.

Malangnya tiada undang-undang yang dapat menyekat laman-laman web yang tidak sesuai dari disiarkan apatah lagi untuk menghalang mereka dari terus mengancan keselamatan anak-anak.

Akhirnya,
Siapa yang patut disalahkan? Internet, maklumat atau manusia?

lebih berbentuk interaktif membolehkan anak-anak berhubung dan berkomunikasi lebih daripada satu hala. Mereka boleh melayari dan berkomunikasinya sama ada di rumah, sekolah ataupun di kafe siber.
Membolehkan mana-mana pengguna menghantar apa-apa mesej yang boleh mempengaruhi ataupun mengganggu pemikiran anak-anak.
Iklan yang tiada batasan dan tapisan – berhati-hati dengan nombor kad kredit anda, jika sekali-kali diberikan atau membenarkan anak-anak menggunakannya ketika melayari internet. Laporan terbaru dari ChooseYourMail.com pada tahun 1999 mendapati bahawa hampir satu pertiga atau 30 peratus daripada ‘emel yang tidak diundang’ mengandungi unsur-unsur lucah dan pornografi dan 29.6 peratus emel yang mengandungi tawaran skim ‘cepat kaya’.
Sifat kanak-kanak sendiri yang mudah terpengaruh dengan sesuatu yang diminati serta yang dilihat melalui internet. Pembabitan mereka juga dalam pertukaran emel, perbincangan dalam kumpulan perbincangan yang dikhaskan kepada kanak-kanak, laman web dan bilik sembang (chat) kanak-kanak dan remaja adalah antara elemen yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada ibu bapa jika tidak dikawal. Banyak kegiatan jenayah wujud seperti kes perculikan dan peras ugut yang berlaku bermula daripada elemen-elemen tersebut.
Tetapi, sebagai ibu bapa juga anda tidak seharusnya menyekat anak-anak anda mempelajari dan mengetahui perkembangan teknologi semasa yang berkembang seiring dengan persekitaran mereka di zaman digital ini jika kita tidak mahu dikatakan ketinggalan. Di saat bangsa dan masyarakat lain sedang maju seiring dengan perkembangan teknologi adalah sesuatu yang menyedihkan bagi masyarakat kita jika kita jauh ketinggalan di belakang mereka. Apatah lagi, perkembangan ini sekaligus juga membuka banyak peluang pekerjaan di masa hadapan.
Jadi, anda sebagai pengguna atau ibu bapa perlu mengambil langkah yang sekurang-kurangnya boleh menghalang kegiatan yang tidak sihat berlaku disebabkan oleh teknologi internet. Antaranya;

Mempelajari hal-hal mengenai internet – ibu bapa perlu mendapatkan pengetahuan melalui bahan-bahan bacaan ataupun perbincanagn sama ada dengan rakan-rakan ataupun masyarakat sekitar
Ambil bahagian atau turut serta – luangkan masa anda untuk bersama-sama anak sama ada di rumah, pusat masyarakat atau kafe siber
Sentiasa mengambil tahu maklumat mengenai perisian atau alatan yang sesuai untuk mengawal anak anda dan membiarkan mereka selamat ketika melayari internet. Anda juga perlu mengambil tahu tentang kuburukan serta jenis-jenis bahaya dan risiko yang wujud ketika melayari internet.
Selain daripada cadangan di atas, anda juga boleh melakukan perkara berikut untuk mengawal anak anda daripada membuat perkara-perkara yang tidak sepatutnya ketika melayari internet;
Berkongsi kata laluan mana-mana emel anak-anak anda
Berbincang dengan anak anda mengenai orang-orang yang mereka berkomunikasi di internet
Menyediakan peraturan kepada anak anda dan melarang mereka berjumpa dengan sesiapa sahaja yang mereka berhubung melalui internet tanpa pengetahuan dan kebenaran anda.