azi_asmar.tripod.com
[My Personal Site]
(Laman ini bukan untuk tatapan umum, hanya untuk diriku saja... tapi kalau nak baca.. suka hatilah, tak siapa tanggung kalau wrong information atau sebaliknya)


                                                                                                                                     Copyright © 1996
Menu
Biodata
Bola Oh Bola....
Virus .. kenapa kau...
Kota London
Malunya aku..Malangnya aku...
Letihnya aku...
Anugerah Khidmat Cemerlang
Anugerah Kualiti RTM
Definasi Virus Vs Worm
Senyum
User Policy
Mesyuarat ASEAN COCI
Transcending The Divide
Transforming M'sia into K
Anugerah HP
Politik..oh politik
Masalah Dalam Era Komputer
Tracing-IP
ICT in Agriculture
Semoga Allah cucuri rahmat..
Technological change
Langkah Menuju Kesempurnaan Iman
Bagaimana nak buat Neon Glow
Communication is more than email.
Perkamusan Melayu Dalam Era IT
Pembelajaran Bahasa Melayu SMART
Securing the Corporate Network: Internet Firewalls
Security: Keeping Hackers Out
Merdeka..Merdeka...
Sukom 98....letihnya
What Is Firewall
Apa itu Rangkaian?
Syukur
Good Security Usage Policy
Ya Rasulullah
Access to Intenet : an example Policy
WWW -definasi
ISDN
Internet - definasi
Alamat Internet boleh guna nama sendiri
Rumah Pintar
Bagaimana Internet Berfungsi
Bridge
Cipher
Cryptography
Digital Certificate
Dilema Eksploitasi melalui Internet
DMZ
Denial of Service
Encryption
FTP
Gateway
Antara Gembar-Gembur Dan Realiti Internet
Ghost imaging
HTTP
Hub
Invasion of Privacy
Destruction of Properties
Infrared radiation
Internet: Dunia Tanpa Sempadan
Siapa Yang Patut Disalahkan? Internet, maklumat atau manusia?
Kafe Siber: Pengusaha, Remaja dan Internet
Melindungi katalaluan
Apa itu Komuniti Maya?
Layer 3
Masalah pentadbir teknologi maklumat
NAT
NFS
Penyalahgunaan Siber
PKI (public key infrastructure)
Proxy Server
Kecenderungan remaja sekolah memilih hiburan di Internet
Repeater
Risiko Kesihatan dalam Penggunaan Komputer
Router

 

Apa itu Komuniti Maya?


Perkataan komuniti maya mungkin jarang didengar oleh sesetengah orang. Apakah sebenarnya komuniti maya? Ada pelbagai anggapan dan andaian yang telah dibuat berkaitan dengan makna sebenar komuniti maya.

Komuniti maya boleh didefinasikan sebagai sekumpulan manusia yang berada di atas talian (online), berinteraksi, berhubung dan mengenali antara satu sama lain. Komuniti maya yang yang telah dibina bergantung kepada ahli-ahli komuniti yang telah mewujudkannya.

Mengapa membina komuniti maya? Pengguna telah menggunakan ruang atas talian (online space) sejak wujudnya Internet lagi. Sebelum adanya World Wide Web, pengguna sudah menggunakan papan buletin atau emel untuk berkenalan dan menjalinkan hubungan antara mereka. Berkenalan dan menjalinkan hubungan antara satu sama lain mungkin adalah sebab-sebab mengapa wujudnya komuniti maya.

Selain dari itu, aktiviti-aktiviti yang yang boleh dilakukan oleh komuniti maya juga dapat menggambarkan mengapa ia perlu wujud. Di bawah adalah sebahagian aktiviti yang dilakukan oleh komuniti maya:-

Sosial- berkenalan, bertukar-tukar pendapat, berkongsi masalah, berkongsi kegemaran, bertukar-tukar cerita dan sebagainya. Komuniti yang suka bersosial suka mengunjungi bilik borak (chat room) dan papan buletin.
Bekerjasama (perniagaan)- syarikat-syarikat yang mempunyai banyak cawangan akan mewujudkan komuniti maya yang terdiri daripada pekerja-pekerja cawangan dari syarikat yang sama. Mereka boleh bekerjasama walaupun berada di tempat yang berlainan.
Bekerjasama (komuniti)- kumpulan komuniti seperti komuniti bolasepak, komuniti sekolah, komuniti ibu bapa boleh menggunakan komuniti maya sebagai medium untuk berdiskusi dan bertukar-tukar maklumat. Ini dapat merapatkan lagi hubungan antara komuniti.
Bekerjasama (isu dan maklumat)- bagi mereka yang ingin mencari maklumat dan isu-isu pilihan, komuniti maya adalah tempat merujuk sesuatu masalah dan persoalan. Ahli-ahli komuniti maya yang mungkin datangnya dari pelbagai bidang tugas dan latar belakang akan membina kumpulan kecil di dalam komuniti maya untuk menjadi rujukan oleh mereka yang memerlukan.
Perbualan bertopik- Terdapat forum diskusi khas untuk mereka yang mengemari perbualan bertopik dan berkongsi pendapat.
Bertambahnya kadar penggunaan internet di dunia telah menambahkan komuniti maya. Malangnya bukan semua di dunia ini dapat menikmati internet. Jika masyarakat sesebuah negara terlebih dahulu menikmati internet, oleh itu komuniti yang telah diwujudkan akan dipengaruhi dan berkait dengan buday atau isu yang berkaitan negara itu sahaja. Bagaimana hendak mewujudkan komuniti maya untuk mereka yang tiada perkhidmatan internet? Bagaimana ingin menghapuskan jurang antara meraka yang tiada dan tidak tahu tentang internet dengan mereka yang telah lama menggunakan internet? Selain dari itu, apa yang perlu diketahui ialah komuniti maya mempunyai kesan buruk terhadap kehidupan sebenar. Adakah pendapat ini dipersetujui semua orang?