azi_asmar.tripod.com
[My Personal Site]
(Laman ini bukan untuk tatapan umum, hanya untuk diriku saja... tapi kalau nak baca.. suka hatilah, tak siapa tanggung kalau wrong information atau sebaliknya)


                                                                                                                                     Copyright © 1996
Menu
Biodata
Bola Oh Bola....
Virus .. kenapa kau...
Kota London
Malunya aku..Malangnya aku...
Letihnya aku...
Anugerah Khidmat Cemerlang
Anugerah Kualiti RTM
Definasi Virus Vs Worm
Senyum
User Policy
Mesyuarat ASEAN COCI
Transcending The Divide
Transforming M'sia into K
Anugerah HP
Politik..oh politik
Masalah Dalam Era Komputer
Tracing-IP
ICT in Agriculture
Semoga Allah cucuri rahmat..
Technological change
Langkah Menuju Kesempurnaan Iman
Bagaimana nak buat Neon Glow
Communication is more than email.
Perkamusan Melayu Dalam Era IT
Pembelajaran Bahasa Melayu SMART
Securing the Corporate Network: Internet Firewalls
Security: Keeping Hackers Out
Merdeka..Merdeka...
Sukom 98....letihnya
What Is Firewall
Apa itu Rangkaian?
Syukur
Good Security Usage Policy
Ya Rasulullah
Access to Intenet : an example Policy
WWW -definasi
ISDN
Internet - definasi
Alamat Internet boleh guna nama sendiri
Rumah Pintar
Bagaimana Internet Berfungsi
Bridge
Cipher
Cryptography
Digital Certificate
Dilema Eksploitasi melalui Internet
DMZ
Denial of Service
Encryption
FTP
Gateway
Antara Gembar-Gembur Dan Realiti Internet
Ghost imaging
HTTP
Hub
Invasion of Privacy
Destruction of Properties
Infrared radiation
Internet: Dunia Tanpa Sempadan
Siapa Yang Patut Disalahkan? Internet, maklumat atau manusia?
Kafe Siber: Pengusaha, Remaja dan Internet
Melindungi katalaluan
Apa itu Komuniti Maya?
Layer 3
Masalah pentadbir teknologi maklumat
NAT
NFS
Penyalahgunaan Siber
PKI (public key infrastructure)
Proxy Server
Kecenderungan remaja sekolah memilih hiburan di Internet
Repeater
Risiko Kesihatan dalam Penggunaan Komputer
Router

 

Kafe Siber: Pengusaha, Remaja dan Internet


Perkembangan IT yang begitu pantas telah menarik lebih ramai golongan remaja untuk menggunakan internet dan perkhidmatan yang disediakan internet seperti emel dan IRC. Pekembangan IT juga mempelawa ramai peniaga untuk menceburi bidang perniagaan yang berasaskan IT contohnya kafe siber.

Walaupun kafe siber masih baru di Malaysia tetapi ia tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Berlainan pula di negara barat seperti Amerika Syarikat dan Eropah, kafe siber telah lama diperkenalkan. Perniagaan kafe siber ini memberi peluang kepada golongan yang tidak berkemampuan untuk memiliki komputer peribadi untuk turut menikmati kemudahan Internet dan meneroka teknologi maklumat.

Ini adalah satu perkembangan yang positif sealiran dengan hasrat kerajaan untuk memperkenalkan dan menggalakkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi kepada rakyat terutama mereka yang di luar bandar.

Kebanyakan pengunjung kafe siber ini terdiri dari golongan remaja. Biasanya kafe siber dikunjungi oleh golongan masyarakat yang berumur dalam linkungan 10 hingga 25 tahun, khususnya pelajar sekolah dan institusi tinggi. Walaupun ada pelanggan dari golongan orang dewasa tetapi peratusannya rendah. Ini mungkin disebabkan golongan dewasa mampu untuk memiliki komputer peribadi atau mereka kurang minat dan masa untuk berada di kafe siber.

Dengan adanya kafe siber, remaja tidak lagi gemar untuk melepak di pusat membeli belah. Suasana yang dingin serta alunan muzik di dalam kafe siber ini dapat menarik ramai remaja berkunjung ke kafe siber berbanding dengan melepak di pusat membeli belah. Kebanyakan remaja yang berkunjung ke kafe siber ini terdiri dari remaja lelaki. Ini mungkin disebabkan remaja lelaki mempunyai lebih banyak masa yang terluang.

Kafe siber juga telah membawa tumpuan remaja dari peti televisyen ke skrin komputer. Malangnya apa yang ditakuti ialah golongan remaja ini akan terdedah kepada unsur-unsur yang negatif seperti maklumat yang berunsur lucah, penyebaran unsur-unsur fitnah dan propaganda jahat pihak tertentu.

Kerajaan berpendirian tidak akan menapis kandungan dalam internet. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap pengguna untuk menggunakan internet dengan cara yang lebih bijak dan terkawal.

Walaubagaimanapun pengusaha kafe siber harus mengambil inisiatif memantau kegiatan para pengunjung yang melayari internet, terutamanya golongan pelajar dan remaja. Ia boleh dilaksanakan melalui pemerhatian dari jauh bagi memastikan tiada sebarang penyalahgunaan kemudahan internet di kafe siber.