azi_asmar.tripod.com
[My Personal Site]
(Laman ini bukan untuk tatapan umum, hanya untuk diriku saja... tapi kalau nak baca.. suka hatilah, tak siapa tanggung kalau wrong information atau sebaliknya)


                                                                                                                                     Copyright © 1996
Menu
Biodata
Bola Oh Bola....
Virus .. kenapa kau...
Kota London
Malunya aku..Malangnya aku...
Letihnya aku...
Anugerah Khidmat Cemerlang
Anugerah Kualiti RTM
Definasi Virus Vs Worm
Senyum
User Policy
Mesyuarat ASEAN COCI
Transcending The Divide
Transforming M'sia into K
Anugerah HP
Politik..oh politik
Masalah Dalam Era Komputer
Tracing-IP
ICT in Agriculture
Semoga Allah cucuri rahmat..
Technological change
Langkah Menuju Kesempurnaan Iman
Bagaimana nak buat Neon Glow
Communication is more than email.
Perkamusan Melayu Dalam Era IT
Pembelajaran Bahasa Melayu SMART
Securing the Corporate Network: Internet Firewalls
Security: Keeping Hackers Out
Merdeka..Merdeka...
Sukom 98....letihnya
What Is Firewall
Apa itu Rangkaian?
Syukur
Good Security Usage Policy
Ya Rasulullah
Access to Intenet : an example Policy
WWW -definasi
ISDN
Internet - definasi
Alamat Internet boleh guna nama sendiri
Rumah Pintar
Bagaimana Internet Berfungsi
Bridge
Cipher
Cryptography
Digital Certificate
Dilema Eksploitasi melalui Internet
DMZ
Denial of Service
Encryption
FTP
Gateway
Antara Gembar-Gembur Dan Realiti Internet
Ghost imaging
HTTP
Hub
Invasion of Privacy
Destruction of Properties
Infrared radiation
Internet: Dunia Tanpa Sempadan
Siapa Yang Patut Disalahkan? Internet, maklumat atau manusia?
Kafe Siber: Pengusaha, Remaja dan Internet
Melindungi katalaluan
Apa itu Komuniti Maya?
Layer 3
Masalah pentadbir teknologi maklumat
NAT
NFS
Penyalahgunaan Siber
PKI (public key infrastructure)
Proxy Server
Kecenderungan remaja sekolah memilih hiburan di Internet
Repeater
Risiko Kesihatan dalam Penggunaan Komputer
Router

 

Kecenderungan remaja sekolah memilih hiburan di Internet 

 

WiredNews telah melaporkan bahawa pelajar-pelajar sebuah sekolah tinggi di Henrico County Public School Virginia mula memasukkan gambar-gambar pornografi ke dalam laptops iBooks Epal yang telah diagih-agihkan oleh pihak sekolah kepada setiap pelajarnya. Pelajar-pelajar ini juga telah mula bermain permainan Internet di dalam kelas dan terus leka mendengar pelbagai jenis lagu serta menonton filem melalui Internet.

Bagi pelajar yang lebih bijak pula, mereka mula menyalahgunakan kemudahan ini dengan cuba mengubah markah peperiksaan yang telah disediakan oleh guru melalui talian komputer peribadinya.

Ternyata tindakan ini telah mengundang pelbagai permasalahan di kalangan para pelajar sekolahnya. Pelajar-pelajar bebas memasukkan apa sahaja perisian yang mereka mahu tanpa memikirkan bahawa kemudahan yang disediakan itu perlu digunakan untuk tujuan pembelajaran. Ekoran itu, pihak pentadbiran Virginia telah mengambil keputusan untuk menilai semula pemberian komputer laptop ini kepada pelajar sekolah tingginya.

Sistem kawalan perlu dijalankan agar pelajar dapat mengfokuskan kegiatan mereka kepada aktiviti pembelajaran di sekolah tanpa melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti negatif. Untuk mengawal penggunaan komputer di kalangan pelajarnya, pihak pentadbiran Virginia telah memperkenalkan tiga sistem penggunaan komputer kepada para pelajarnya yang diberi nama kawalan persekitaran ujian, kawalan persekitaran rumah dan juga kawalan persekitaran sekolah.

Kawalan persekitaran ujian akan digunakan apabila semua pelajar di daerah itu mengambil ujian peperiksaan secara talian. Manakala kawalan persekitaran sekolah dijalankan apabila pelajar mula menggunakan komputer mereka di sekitar sekolah, bermakna mereka hanya boleh melayari laman-laman pendidikan sahaja. Dan seterusnya sekiranya pelajar-pelajar berkenaan ingin melayari Internet di rumah, maka mereka perlu menggunakan ISP di rumah yang akan melibatkan penyertaan ibu bapa untuk mengawal lokasi Internet yang akan dilayari.

Pelajar dilarang untuk membuat sebarang pindaan terhadap komputer mereka dan juga tidak dibenarkan untuk berkongsi sebarang dokumen dengan rakan-rakan. Pelajar juga tidak dibenarkan memasukkan sebarang perisian tanpa kebenaran dan sekiranya perlu ia perlu dilakukan untuk tujuan pendidikan ia akan diawasi oleh kakitangan sekolah. Aktiviti melayari laman-laman web juga akan ditapis. Pihak sekolah sedang berusaha untuk mendapatkan perisian yang terbaik untuk digunakan di sekolah tersebut.

Pelbagai langkah diambil untuk memastikan penggunaan Internet oleh pelajar-pelajar dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Tetapi adakah ini merupakan jalan penyelesaian kepada permasalahan sosial yang begitu ketara melanda anak-anak remaja kita? Kita boleh mengenakan pelbagai kekangan untuk menghalang remaja menyalahgunakan kemudahan yang ditawarkan. Namun sampai bilakah kita mampu bertahan?

Adakah fenomena kejatuhan moral remaja hanya perlu di selesaikan dengan kekangan tanpa menilai kembali mengapa remaja kita bersikap demikian? Ibu bapa dan guru-guru sebenarnya memainkan peranan yang penting untuk menerapkan nilai-nilai akhlak dan syaksyiah yang terpuji ke dalam diri remaja sebagai benteng yang paling anjal untuk mencegah mereka dari melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral.

Sekiranya kita terus mencegah dan mencegah, lambat laun remaja akan bangun memberontak dan mungkin melakukan perkara-perkara yang lebih buruk lagi. Sebaliknya, sekiranya kita cuba memperbetulkan cara didikan kepada anak-anak dengan menerapkan nilai-nilai luhur dan murni agama maka dengan sendirinya anak-anak kita mampu membina benteng pertahanan dalam diri mereka sekaligus berusaha untuk menjauhkan diri dari gejala-gejala yang akan merosakkan ini.