azi_asmar.tripod.com
[My Personal Site]
(Laman ini bukan untuk tatapan umum, hanya untuk diriku saja... tapi kalau nak baca.. suka hatilah, tak siapa tanggung kalau wrong information atau sebaliknya)


                                                                                                                                     Copyright © 1996
Menu
Biodata
Bola Oh Bola....
Virus .. kenapa kau...
Kota London
Malunya aku..Malangnya aku...
Letihnya aku...
Anugerah Khidmat Cemerlang
Anugerah Kualiti RTM
Definasi Virus Vs Worm
Senyum
User Policy
Mesyuarat ASEAN COCI
Transcending The Divide
Transforming M'sia into K
Anugerah HP
Politik..oh politik
Masalah Dalam Era Komputer
Tracing-IP
ICT in Agriculture
Semoga Allah cucuri rahmat..
Technological change
Langkah Menuju Kesempurnaan Iman
Bagaimana nak buat Neon Glow
Communication is more than email.
Perkamusan Melayu Dalam Era IT
Pembelajaran Bahasa Melayu SMART
Securing the Corporate Network: Internet Firewalls
Security: Keeping Hackers Out
Merdeka..Merdeka...
Sukom 98....letihnya
What Is Firewall
Apa itu Rangkaian?
Syukur
Good Security Usage Policy
Ya Rasulullah
Access to Intenet : an example Policy
WWW -definasi
ISDN
Internet - definasi
Alamat Internet boleh guna nama sendiri
Rumah Pintar
Bagaimana Internet Berfungsi
Bridge
Cipher
Cryptography
Digital Certificate
Dilema Eksploitasi melalui Internet
DMZ
Denial of Service
Encryption
FTP
Gateway
Antara Gembar-Gembur Dan Realiti Internet
Ghost imaging
HTTP
Hub
Invasion of Privacy
Destruction of Properties
Infrared radiation
Internet: Dunia Tanpa Sempadan
Siapa Yang Patut Disalahkan? Internet, maklumat atau manusia?
Kafe Siber: Pengusaha, Remaja dan Internet
Melindungi katalaluan
Apa itu Komuniti Maya?
Layer 3
Masalah pentadbir teknologi maklumat
NAT
NFS
Penyalahgunaan Siber
PKI (public key infrastructure)
Proxy Server
Kecenderungan remaja sekolah memilih hiburan di Internet
Repeater
Risiko Kesihatan dalam Penggunaan Komputer
Router

 

Bagaimana Internet Berfungsi?


Internet adalah suatu contoh jaringan jejaring komputer antarabangsa. Walaupun ia bukan jaringan pertama atau tunggal, namun ia nyata menyerlah kerana sifatnya yang "tiada pemilik". Selain dari komuniti sains dan ahli akademik, orang "biasa", orang persaorangan dan golongan peniaga juga turut menggunakan Internet secara meluas dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Keadaan ini menyebabkan peningkatan mendadak bilangan komputer yang disambungkan ke Internet . Berbeza dengan jaringan tradisional seperti penyiaran, Internet digerakkan oleh pengguna. Begitu juga sebahagian besar kandungan maklumatnya adalah dijana oleh pengguna berbanding terbitan oleh penerbit ternama.

Suatu sifat Internet yang unik ialah ia berfungsi serentak sebagai media penerbitan dan komunikasi. Berbeza dengan media tradisional, Internet mampu menyokong pelbagai cara komunikasi: satu-kepada-satu, satu-kepada-banyak, banyak-kepada-banyak. Pengguna Internet boleh samada "bercakap" atau "mendengar" secara silih berganti. Dalam suatu masa, seseorang pendengar boleh menjadi pembekal maklumatnya sendiri atau mengirim semula maklumat dari pihak ketiga. Nyatalah Internet jauh berbeza daripada bidang penyiaran dan perkhidmatan telekomunikasi tradisional. Peranan sebagai "penerbitan" dan "komunikasi " yang silih berganti ini secara tradisinya dikawal oleh suatu perundangan tersendiri - yang mana menjadi cabaran utama peraturan Internet.

Kepelbagaian cara penyebaran kandungan maklumat ini menggambarkan struktur dan sejarah tersendiri jaringan Internet. Keupayaan teknikal untuk mengesan, menjejak atau memintas kandungan haram dan memudaratkan jelas berbeza dari satu aplikasi ke aplikasi lain. Kebanyakan pengguna perseorangan tidak mempunyai capaian terus secara tetap. Capaian mereka dibuat melalui pembekal capaian. Di antara istilah berkaitan Internet ialah:

"Pembekal Capaian Internet" (Internet Access Providers), mengkhusus dalam menawarkan capaian ke Internet;

"Pembekal Perkhidmatan Internet" (Internet Service Providers) , menawarkan perkhidmatan tambahan seperti mengendalikan kandungan maklumat yang diterbitkan sendiri, atau yang diterbitkan oleh pihak ketiga (mereka yang menyediakan kandungan dikenali sebagai pembekal kandungan);

"Pembekal Perkhidmatan Dalam Talian" (Online Service Providers), menyediakan perkhidmatan kandungan maklumat dengan menggunakan sistem sendiri dan hanya dibuka untuk langganan sahaja . Perkhidmatan ini juga menawarkan capaian ke Internet .

Istilah "Pembekal Perkhidmatan Internet" digunakan secara am, tanpa perbezaan jelas di antara perkhidmatan membekalkan capaian ke Internet dengan perkhidmatan mengendalikan kandungan maklumat. Istilah "pembekal capaian" dan "pembekal perkhidmatan" akan digunakan di sini untuk membezakan antara keduanya.

Kedua-dua "pembekal capaian" dan "pembekal perkhidmatan " disambungkan ke Internet melalui talian suwa (lease line), iaitu sambungan telekomunikasi yang disediakan oleh "pengendali jaringan", seperti Telekom Malaysia.

Selain dari istilah-istilah di atas, istilah seperti World Wide Web, Kumpulan Berita (news group), emel (electronik mail) dan Bilik Sembang (Internet Relay Chat) juga sering di gunakan untuk menunjukkan perkhidmatan dalam talian.