azi_asmar.tripod.com
[My Personal Site]
(Laman ini bukan untuk tatapan umum, hanya untuk diriku saja... tapi kalau nak baca.. suka hatilah, tak siapa tanggung kalau wrong information atau sebaliknya)


                                                                                                                                     Copyright © 1996
Menu
Biodata
Bola Oh Bola....
Virus .. kenapa kau...
Kota London
Malunya aku..Malangnya aku...
Letihnya aku...
Anugerah Khidmat Cemerlang
Anugerah Kualiti RTM
Definasi Virus Vs Worm
Senyum
User Policy
Mesyuarat ASEAN COCI
Transcending The Divide
Transforming M'sia into K
Anugerah HP
Politik..oh politik
Masalah Dalam Era Komputer
Tracing-IP
ICT in Agriculture
Semoga Allah cucuri rahmat..
Technological change
Langkah Menuju Kesempurnaan Iman
Bagaimana nak buat Neon Glow
Communication is more than email.
Perkamusan Melayu Dalam Era IT
Pembelajaran Bahasa Melayu SMART
Securing the Corporate Network: Internet Firewalls
Security: Keeping Hackers Out
Merdeka..Merdeka...
Sukom 98....letihnya
What Is Firewall
Apa itu Rangkaian?
Syukur
Good Security Usage Policy
Ya Rasulullah
Access to Intenet : an example Policy
WWW -definasi
ISDN
Internet - definasi
Alamat Internet boleh guna nama sendiri
Rumah Pintar
Bagaimana Internet Berfungsi
Bridge
Cipher
Cryptography
Digital Certificate
Dilema Eksploitasi melalui Internet
DMZ
Denial of Service
Encryption
FTP
Gateway
Antara Gembar-Gembur Dan Realiti Internet
Ghost imaging
HTTP
Hub
Invasion of Privacy
Destruction of Properties
Infrared radiation
Internet: Dunia Tanpa Sempadan
Siapa Yang Patut Disalahkan? Internet, maklumat atau manusia?
Kafe Siber: Pengusaha, Remaja dan Internet
Melindungi katalaluan
Apa itu Komuniti Maya?
Layer 3
Masalah pentadbir teknologi maklumat
NAT
NFS
Penyalahgunaan Siber
PKI (public key infrastructure)
Proxy Server
Kecenderungan remaja sekolah memilih hiburan di Internet
Repeater
Risiko Kesihatan dalam Penggunaan Komputer
Router

 

Internet: Dunia Tanpa Sempadan


Sesetengah orang suka memanggilnya sebagai alam siber, tetapi ada juga yang memanggilnya sebagai web, dan lebih ramai suka menggunakan perkataan internet; tak kurang juga ada yang merujuknya sebagai lebuhraya maklumat. Bermacam-macam nama diberikan, dan apa sahaja anda panggil untuk merujuk kepada teknologi dan pembangunan internet ini, yang pasti manusia kini sedang berlumba-lumba untuk menerokai ‘alam talian’ untuk pelbagai tujuan. Internet kini menjadi alat berkomunikasi terpenting untuk bertukar emel, melayari World Wide Wide (WWW), menghantar, mewujud dan membaca mesej-mesej dalam kumpulan perbincangan ataupun papan buletin (BBS), dan yang paling digemari, bersembang di bilik chatting. Namun, di negara-negara maju, nampaknya mereka lebih suka membeli-belah menggunakan teknologi ini.

Tidak dinafikan juga kebanyakan pengguna internet menggunakan komputer peribadi untuk megakses internet, tetapi kini internet boleh diakses menggunakan televisyen dengan penambahan alatan tertentu tanpa perlu penggunanya memiliki sebuah komputer, dan inilah sebenarnya yang dinamakan teknologi.

Tahukah anda, terdapat pelbagai cara untuk kita menerokai atau menggunakan perkhidmatan internet ini? Untuk perkhidmatan yang lebih komersial, internet sebenarnya disediakan oleh beribu Penyedia Khidmat Internet atau Internet Service Provider (ISP) yang menyediakan perkhimatan mengakses internet di seluruh dunia. Ada yang terdiri daripada syarikat telekomunikasi, syarikat suratkhabar dan ada juga perkhimatan yang ditawarkan oleh syarikat tv kabel. Di negara kita ada empat Penyedia Khidmat Internet (ISP), bermula dengan perkhidmatan Jaring yang disediakan oleh MIMOS Berhad, TM Net oleh Telekom, Maxis serta TimeDotCom.

Secara amnya ISP akan melakukan apa sahaja untuk menarik pelanggan supaya mereka lebih berminat, berasa selamat dan mendapat ganjaran lain ketika menggunakan perkhidmatan mereka , tetapi sebagai pengguna, anda harus beringat tidak mungkin syarikat-syarikat ini akan mengawal atau menyekat mana-mana pelanggan mereka berdasarkan polisi yang digarapkan oleh kerajaan. Ketika anda menggunakan khidmat internet, anda sebenarnya boleh bertukar maklumat dengan orang yang berdaftar dengan ISP lain dan anda patut tahu juga yang internet adalah jaringan dunia tanpa sempadan yang tidak dikawal oleh mana-mana syarikat ataupun kerajaan.

Sesiapa sahaja di dunia –syarikat, kerjaan, organisasi ataupun individu boleh menerbitkan apa-apa bahan di internet. Walaupun sebenarnya ISP yang menghubungkan anda dengan dunia internet, tetapi mereka sebenarnya tidak boleh mengawal apa yang ada di internet. Ia adalah bergantung kepada individu itu sendiri bagi memastikan yang mereka berada di jalan yang selamat ketika sedang melayari internet.