azi_asmar.tripod.com
[My Personal Site]
(Laman ini bukan untuk tatapan umum, hanya untuk diriku saja... tapi kalau nak baca.. suka hatilah, tak siapa tanggung kalau wrong information atau sebaliknya)


                                                                                                                                     Copyright © 1996
Menu
Biodata
Bola Oh Bola....
Virus .. kenapa kau...
Kota London
Malunya aku..Malangnya aku...
Letihnya aku...
Anugerah Khidmat Cemerlang
Anugerah Kualiti RTM
Definasi Virus Vs Worm
Senyum
User Policy
Mesyuarat ASEAN COCI
Transcending The Divide
Transforming M'sia into K
Anugerah HP
Politik..oh politik
Masalah Dalam Era Komputer
Tracing-IP
ICT in Agriculture
Semoga Allah cucuri rahmat..
Technological change
Langkah Menuju Kesempurnaan Iman
Bagaimana nak buat Neon Glow
Communication is more than email.
Perkamusan Melayu Dalam Era IT
Pembelajaran Bahasa Melayu SMART
Securing the Corporate Network: Internet Firewalls
Security: Keeping Hackers Out
Merdeka..Merdeka...
Sukom 98....letihnya
What Is Firewall
Apa itu Rangkaian?
Syukur
Good Security Usage Policy
Ya Rasulullah
Access to Intenet : an example Policy
WWW -definasi
ISDN
Internet - definasi
Alamat Internet boleh guna nama sendiri
Rumah Pintar
Bagaimana Internet Berfungsi
Bridge
Cipher
Cryptography
Digital Certificate
Dilema Eksploitasi melalui Internet
DMZ
Denial of Service
Encryption
FTP
Gateway
Antara Gembar-Gembur Dan Realiti Internet
Ghost imaging
HTTP
Hub
Invasion of Privacy
Destruction of Properties
Infrared radiation
Internet: Dunia Tanpa Sempadan
Siapa Yang Patut Disalahkan? Internet, maklumat atau manusia?
Kafe Siber: Pengusaha, Remaja dan Internet
Melindungi katalaluan
Apa itu Komuniti Maya?
Layer 3
Masalah pentadbir teknologi maklumat
NAT
NFS
Penyalahgunaan Siber
PKI (public key infrastructure)
Proxy Server
Kecenderungan remaja sekolah memilih hiburan di Internet
Repeater
Risiko Kesihatan dalam Penggunaan Komputer
Router

 

Antara Gembar-Gembur Dan Realiti Internet

 

 

SEJAK soal pepijat Y2K selesai,perkembangan teknologi maklumat bergerak tanpa halangan psikologi mahupun teknikal yang serius Isu keselamatan e-dagang kian diuruskan oleh gergasi IT dunia dan tidak lama akan menjadi lebih nyata.

Maka harga syarikat dotcom semakin memuncak dan dunia bergerak ke arah integrasi penuh sebagai dunia tanpa sempadan - satu tetingkap dengan peralatan hebat, seperti telefon WAP dan webTV.

Bagi seseorang yang kurang arif tentang apa sebenarnya implikasi Internet akan memandang rendah kenyataan ini sebagai penuh dengan hype atau gembar-gembur sahaja.

Lihatlah masalah Y2K di mana pakar IT mengaut keuntungan berbilion ringgit tetapi disaksikan bahawa tiada apa jua masalah pepijat yang dikatakan itu berlaku secara serius.

Apakah mereka yang mengetahui tentang kod komputer ini telah menipu orang ramai yang tidak mengetahui?

Jawapannya ialah lebih baik kita berusaha mengetahui bahasa dan paradigma komputer supaya tidak timbul persoalan ini lagi. Ini merupakan langkah lebih bijak dan proaktif.

Untuk ini, terokalah kami model perniagaan yang berasaskan Internet. Kemudian lihatlah perbezaan kritikal yang ada dalam model tersebut.

Perbezaan inilah yang merevolusikan perniagaan dan e-dagang.

Bermula dengan soalan asas iaitu apakah perbezaannya daripada kaca mata perniagaan biasa? Bolehkah perniagaan Internet didekati dengan pertimbangan yang sama dalam
perniagaan konvensional?

Mula-mula lebih baik lihat model perniagaan konvensional. Tujuan perniagaan yang diajar dalam sekolah perniagaan dan pengurusan ialah untuk mencapai keuntungan. Tetapi dalam semua kes kajian model perniagaan yang maju, ia tertakluk kepada dua aspek.

Pertama, sistem yang maju memerlukan organisasi tersusun dan mantap.Tetapi satu lagi aspek yang menjayakan perniagaan iaitu keusahawanan adalah berlawanan dengan segala yang bersifat organisasi. Keusahawanan memerlukan tindakan yang pantas dan individualistic berlawanan dengan organisasi yang lebih lambat dan memerlukan pelbagai tahap kelulusan secara berkelompok sebelum sesuatu idea itu dilaksanakan.

Maka itu sebabnya negara yang maju secara luar biasa memerlukan keseimbangan organisasi yang mantap dengan usahawan yang berani dan
kreatif.

Eropah Barat dan Jepun mempunyai organisasi perniagaan korporat mega yang mantap tetapi kekurangan usahawanan individual.

Maka mereka maju dan kaya tetapi tidak teramat kaya sepertimana yang dihasilkan oleh paradigma niaga berasaskan Internet. Paradigma Internet boleh dilihat dengan membuat perbandingan antara CEO konvensional dan CEO Internet.

CEO biasa berumur 45 ke atas. CEO Internet adalah 28 ke bawah. CEO biasa adalah pelbagai lapisan organisasi untuk mendapat keputusan. CEO Internet buat keputusan secara berbual di gerai minum dengan rakan-rakan. Kalau CEO biasa adalah kaya, CEO Internet amat kaya.

Sebagai contoh, pengasas yang melahirkan Yahoo! berumur 20-an semasa menciptanya dan dalam dua tahun selepas itu diapungkan di papan saham, NASDAQ dengan nilai AS$45 juta.

Pencipta Netscape, Marc Anderseen berumur 24 tahun semasa mencipta browser tersebut dan dua tahun kemudian telah diapungkan Netscape dalam NASDAQ dengan harga AS$75 juta.

Pemilik Hotmail, seorang penuntut berasal dari Bangalore, India yang berusia 28 tahun baru-baru ini dibeli oleh Microsoft dengan harga AS$440 juta.

Bukankah itu buktinya alam usahawan ini adalah berbeza dengan alam perniagaan korporat dan bukankah mereka ini jauh lebih kaya dengan modal permulaan yang hampir kosong dan organisasi mahupun pelan bisnes yang hampir tidak wujud boleh menggugat dunia korporat dengan sekelip mata.

Cuba lihat segenap kekuasaan yang ada pada pengerusi perniagaan terkaya dunia iaitu Bill Gates. Kuasa beliau lebih dari Presiden Amerika dan Microsoft mempunyai belanjawan yang lebih besar dari beratus negara secara dilonggokkan.

Tetapi pemikirannya adalah berbeza,beliau begitu cerdik secara individu tetapi kurang cerdik dari segi korporat sehingga dikalahkan oleh mahkamah kerajaan yang ingin memecah monopolinya dalam alam teknologi maklumat.

Beliau hidup dalam paradigma tersendiri dan agak tidak senang dengan paradigma kerajaan yang tidak menghormati ideanya.

Dalam satu dialog mempertahankan diri, beliau ada memberi kenyataan kepada mahkamah bahawa 'mana-mana budak dengan cuma satu idea sahaja boleh menerjun masuk Internet dan mempengaruhi orang ramai dan menjadi kaya.'

Dari sini dapat difahami bahawa model perniagaan dalam Internet adalah berbeza.


Model perniagaan konvensional mengenai pemasaran ialah hukum 4P -Product, Price, Place dan Promotion atau barangan, harga, tempat dan promosi sebagai 4 unsur penting dalam mana-mana pertimbangan perniagaan.

Dalam Internet beberapa aspek dalam hukum ini akan berkecai dan tidak boleh dipandang dengan konteks asal mereka. Contohnya tempat - setiap perniagaan mesti ada tempat atau tapak. Dalam Internet, ia bukanlah tempat tetapi ruang atau halaman maya seperti alamat halaman web yang tidak bertempat tetapi sampai juga
tanpa halangan jarak jauh.

Kemudiannya, aspek barangan yang lebih bersifat idea, maklumat dan tidak fizikal. Produk ini disifatkan sebagai info-products atau produk maklumat seperti e-mel, laporan, pesanan dan gambar.

Produk ini adalah amat relevan dalam hidup harian semua manusia terutama bagi golongan berkerja dan organisasi.

Dengan menggunakan Internet,penghantaran produk sedemikian tidak lagi perlu kepada orang tengah dan perlengahan masa yang terlibat.

Tiada kos simpanan dan penjagaan juga. Maka bukankah ini menurunkan harganya secara mendadak.

Malah bagi produk fizikal juga, seperti buku oleh Amazon.com, ia boleh dijual pada harga bawah paras di kedai kerana hilangnya halangan tersebut.

Amazon.com tidak perlu memikirkan tapak di bandar raya mahal tetapi boleh ditempatkan di Bombay yang harga operasi di sana adalah 43 kali lebih murah.

Dengan sendirinya harga akan jatuh sehingga hampir percuma. Hukum keempat yang amat kritikal dan merevolusikan paradigma ini ialah promosi.

Cuba bayangkan menghantar e-mel memaklumkan barangan anda kepada seorang atau sejuta orang adalah berharga sama - iaitu beberapa sen sahaja.

Dalam kaedah fizikal lebih banyak promosi akan menelan lebih banyak kos. Dalam alam siber, sesuatu produk info misalannya e-mel yang percuma seperti Hotmail atau perisian chat seperti MIRC akan disebarkan macam kilat tanpa usaha oleh pembuatnya.

Apabila penggunaan produk mereka mencapai jutaan, iaitu lebih 50 peratus pengguna Internet, yang terdiri daripada golongan muda-mudi yang berkebolehan serba-serbi dari segi cita rasa dan tahap hidup - maka sudah tentu ia menjadi sasaran yang menggila bagi pengiklan-pengiklan besar.

Maka perhubungan jenama akan memperkayakan pembuat produk maya ini dalam sekelip mata sahaja.
Ini semua dicapai tanpa mendirikan sebuah syarikat pun.

Banyak organisasi telah cuba menjanakan usahawan yang sebegini dengan mewujudkan inkubator untuk menjemput individu yang mempunyai idea tetapi tidak ada pengalaman lain dalam perniagaan.

Namun untuk benar-benar mewujudkan suasana yang wujud di Lembah Silicon yang melahirkan bilionair berumur 28 tahun ke bawah, kita perlu perhati tempat itu yang berada di California, Amerika Syarikat dengan lebih dekat lagi.