Pemuda Pas Bukit Bendera
PERGGAJIAN PEKERJA WANITA
Home
MELAYU TERPINGGIR PULAU PINANG 1
Majlis Ramah Mesra &Dailog bersama Pemangku Presiden PAS
FORUM PERDANA SAR
Kuliah Agama
BN Undur BA Masuk
MENANGANI ISU TANGKAPAN POLIS
Umno kebas dewan orang ramai
MASJID DI PULAU PINANG
Memorandum SAR kepada Raja-Raja Melayu
Jangan Percaya Apa Kata BN Tentang SAR
Debat - SAR
Penerangan isu SAR anjuran Umno tidak dapat sambutan
Pemuda PAS kesal polis tangkap macam penjenayah
KOMPLEK TERMINAL BAS TANJUNG BUNGAH RM 4.38 JUTA
Pemuda PAS Pulau Pinang tubuh BARA
Memorandum Merayu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja-Raja Melayu
web info Pilihan Raya
KEHAKIMAN ( 2 )
KEHAKIMAN ( 3 )
YANG DI-PERTUAN AGONG
BAGAIMANAKAH PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG DILAKUKAN?
KEHAKIMAN ( 1 )
EKSEKUTIF
KEM KECEMERLANGAN JATIDIRI PELAJAR
Prosuder beli hartanah / rumah
Prosedur Perhimpunan
MASJID LENGANG SELEPAS KETUA UMNO AMBIL ALIH
Hari Kelepasan Am
PAS Pulau Pinang tambah 14 cawangan baru
Penduduk bantah Umno bina bangunan atas kubur
MEMORANDUM MEMBANTAH SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Perutusan Tahun Baru 2003
TOLAK TOL ( PORR )
JEMPUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI
PORR ( PROJEK ZALIM BN 1 )
PROJEK ZALIM BN ( PORR &BORR)
MASALAH MELAYU P.PINANG BUKAN SALAH KETUA MENTERI
MANTAPKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ORGANINASI PAS
TEKANAN MENTAL DAN PEKERJAAN
PROGRAM BULAN RAMADHAN
KERAJAAN BN CUBA MATIKAN KEADILAN
KERAJAAN PUSAT ANTI ISLAM
TAKWIM 1423H/2002
JANGAN PERCAYA APA BN KATA
PENIAGA MELAYU TERPINGGIR
PAS gagal dekati remaja
Penduduk Air Itam TERSEKSA
Memorandum Bantahan Dan usul Parlimen
Tanah Wakaf Malaysia
PERGGAJIAN PEKERJA WANITA
SUARA RAKYAT
Pimpinan
RESOLUSI KONVENSYEN PENDIDIKAN RAKYAT
Masjid di P.Pinang

PERGGAJIAN PEKERJA WANITA 

1. LARANGAN TERHADAP PENGGAJIAN PEKERJA WANITA

    1. Pekerja-pekerja wanita yang digaji dalam kegiatan perindustrian dan pertanian tidak dibenarkan bekerja di antara pukul sepuluh malam hingga pukul lima pagi melainkan dengan kebenaran Ketua Pengarah atas permohonan majikan masing-masing.
    2. "kegiatan pertanian" termasuk kerja-kerja di mana seseorang pekerja diambil bekerja di bawah kontrak perkhidmatan bagi tujuan pertanian, perkebunan atau perhutanan, pemeliharaan binatang-binatang ternakan atau pengumpulan hasil tanaman atau pokok-pokok.

1.3"kegiatan perindustrian" termasuklah kerja-kerja berikut:-

menganggu, mengubah, membuang, membawa, mencuci, memilih, melebu menapai,memecah atau usaha-usaha lain ke atas batu-batan, batukerikil,tanah liat, pasir, tanah-tanih atau hasil galian dengan sebarang kaedah atau cara apa pun;  

 

[AK: AKTA KERJA 1955] 

perusahaan-perusahaan untuk menceluarkan, meminda, mencuci, membaiki, memasang,menyiap, mengubahsuai bahan-bahan untuk jualan, dibungkus atau disediakan untuk serahantar,dipisah atau diroboh atau mengubah bentuk bahan-bahan atau mencerakin bahan-bahan galian,termasuklah perusahaan membina kapal dan penjanaan, pemindahan dan penyaluran arus elektrik atau kuasa bahan bakar dalam sebarang bentuk;  

kerja pembinaan; 

pengangkutan penumpang-penumpang atau barangan melalui jalanraya, landasan, air atau udara,termasuk pengendalian barangan limbungan, pengkalan, dermaga, gudang atau lapangan terbang.  

[S. 2(1) AK] 

1.2 Pekerja wanita tidak dibenar menjalankan kerja-kerja bawah tanah. Kerja bawah tanah ertinya sebarang kegiatan dilaksanakan bagi tujuan mengeluarkan apa-apa bahan daripada bawah permukaan bumi, samada menerusi lubang terowong atau gua batu semula jadi.

[S. 35 & S.2(1) AK] 

2. PERLINDUNGAN SEMASA BERSALIN

2.1 Kelayakan pekerja wanita terhadap cuti bersalin

Setiap pekerja wanita layak mendapat cuti bersalin bagi tempoh tidak kurang daripada 60 hari berturut-turut bagi setiap kali bersalin. Bersalin bermakna melahirkan anak yang hidup atau mati yang berlaku selepas sekurang-kurangnya 28 minggu hamil.

[S.37(1) (a) & S. 2(1) AK]

2.2 Bila cuti boleh diambil  

Setiap pekerja wanita layak mengambil cuti bersalin lebih awal iaitu dalam tempoh 30 hari sebelum bersalin atau sebaik sahaja ia bersalin.

[S. 37(1) (b) AK] 

Sekiranya seseorang pekerja wanita mengambil cuti lebih daripada 30 hari sebelum ia bersalin,maka cuti yang lebih itu adalah tidak boleh dianggap sebagai cuti bersalin mengikut Akta Kerja. 

 

2.3 Kelayakan pekerja wanita mendapat elaun bersalin  

Pekerja wanita tidak layak mendapat elaun bersalin jika pada ketika bersalin ia telah mempunyai 5 orang anak atau lebih yang masih hidup. Anak bermaksud anak-anak kandung.

S. 37(1)(c)(d) AK] 

Setiap pekerja wanita hanya layak mendapat elaun bersalin sekiranya pada ketika bersalin ia diambil bekerja oleh majikan pada bila-bila masa dalam tempoh 4 bulan sebelum bersalin dan telah bekerja dengan seseorang majikan tidak kurang daripada 90 hari dalam tempoh 9 bulan sebelum ia bersalin.

[S. 37(2) AK] 

 

2.4 Notis yang perlu diberi kepada majikan  

Setiap pekerja wanita yang akan meninggalkan pekerjaannnya dan mengetahui yang ia akan bersalin dalam masa 4 bulan lagi hendaklah memberitahu majikannya tentang kehamilannya sebelum meninggalkan pekerjaan itu. Sekiranya ia gagal memberitahu majikannya ia tidak berhak mendapat elaun bersalin.

[S. 40(1) AK] 

Bagi pekerja-pekerja wanita yang sedang bekerja, ia hendaklah memberitahu majikannya masa dan tarikh ia dijangka memulakan cuti bersalin dalam tempoh 60 hari sebelum ia dijangka bersalin. Sekiranya ia gagal memberitahu majikannya, pembayaran elaun bersalin kepadanya boleh ditahan sehingga ia memaklumkan majikan sewajarnya.

[S. 40(2) AK] 

Notis dari pekerja kepada majikan boleh diberi secara lisan atau bertulis dan notis tersebut boleh diberi kepada penyelia atau mana-mana orang yang dilantik oleh majikan bagi tujuan tersebut.

[S. 40(7) AK] 

Kegagalan memberitahu majikan akan tarikh jangkaan bersalin tidak menyekat kelayakannya untuk mendapat elaun bersalin sekiranya kegagalan itu disebabkan oleh kesilapan pekerja atau lain-lain sebab yang munasabah.

Malahan majikan diikehendaki membayar elaun bersalin walaupun tidak ada notis diberikan kepadanya sekiranya majikan tidak prejudis terhadap kegagalan pemberian notis tersebut.

[S. 40(5) & (6) AK] 



 

3. BAYARAN ELAUN BERSALIN  

Setiap pekerja wanita berhak mendapat elaun bersalin pada kadar upahnya yang biasa bagi sehari atau pada kadar tidak kurang daripada RM6/= sehari, yang mana lebih tinggi.

[S. 37(2) AK]

Seseorang pekerja wanita yang menerima gaji bulanan semasa ia dalam cuti bersalin tidak berhak mendapat apa-apa bayaran bagi tujuan cuti bersalinnya.

[S. 37(2) AK] 

 

4. PENAMATAN PERKHIDMATAN SEMASA CUTI BERSALIN  

Pekerja wanita tidak boleh dipecat daripada pekerjaannya semasa dalam cuti bersalin.

[S. 40(3) AK]

Seseorang pekerja wanita:-

(i) yang masih tidak hadir bekerja selepas berakhir tempoh kelayakan cuti bersalinnya

dengan sebab sakit yang disahkan oleh pegawai perubatan yang berdaftar; dan

(ii) yang sakit akibat kehamilan dan kerana bersalin, 

tidak boleh ditamatkan perkhidmatannya atau tidak boleh diberi notis penamatan

perkhidmatan sehingga ketidakhadirannya itu melebihi 90 hari.

[S. 42(1) AK]