Pemuda Pas Bukit Bendera
Penerangan isu SAR anjuran Umno tidak dapat sambutan
Home
MELAYU TERPINGGIR PULAU PINANG 1
Majlis Ramah Mesra &Dailog bersama Pemangku Presiden PAS
FORUM PERDANA SAR
Kuliah Agama
BN Undur BA Masuk
MENANGANI ISU TANGKAPAN POLIS
Umno kebas dewan orang ramai
MASJID DI PULAU PINANG
Memorandum SAR kepada Raja-Raja Melayu
Jangan Percaya Apa Kata BN Tentang SAR
Debat - SAR
Penerangan isu SAR anjuran Umno tidak dapat sambutan
Pemuda PAS kesal polis tangkap macam penjenayah
KOMPLEK TERMINAL BAS TANJUNG BUNGAH RM 4.38 JUTA
Pemuda PAS Pulau Pinang tubuh BARA
Memorandum Merayu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja-Raja Melayu
web info Pilihan Raya
KEHAKIMAN ( 2 )
KEHAKIMAN ( 3 )
YANG DI-PERTUAN AGONG
BAGAIMANAKAH PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG DILAKUKAN?
KEHAKIMAN ( 1 )
EKSEKUTIF
KEM KECEMERLANGAN JATIDIRI PELAJAR
Prosuder beli hartanah / rumah
Prosedur Perhimpunan
MASJID LENGANG SELEPAS KETUA UMNO AMBIL ALIH
Hari Kelepasan Am
PAS Pulau Pinang tambah 14 cawangan baru
Penduduk bantah Umno bina bangunan atas kubur
MEMORANDUM MEMBANTAH SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Perutusan Tahun Baru 2003
TOLAK TOL ( PORR )
JEMPUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI
PORR ( PROJEK ZALIM BN 1 )
PROJEK ZALIM BN ( PORR &BORR)
MASALAH MELAYU P.PINANG BUKAN SALAH KETUA MENTERI
MANTAPKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ORGANINASI PAS
TEKANAN MENTAL DAN PEKERJAAN
PROGRAM BULAN RAMADHAN
KERAJAAN BN CUBA MATIKAN KEADILAN
KERAJAAN PUSAT ANTI ISLAM
TAKWIM 1423H/2002
JANGAN PERCAYA APA BN KATA
PENIAGA MELAYU TERPINGGIR
PAS gagal dekati remaja
Penduduk Air Itam TERSEKSA
Memorandum Bantahan Dan usul Parlimen
Tanah Wakaf Malaysia
PERGGAJIAN PEKERJA WANITA
SUARA RAKYAT
Pimpinan
RESOLUSI KONVENSYEN PENDIDIKAN RAKYAT
Masjid di P.Pinang

Penerangan isu SAR anjuran Umno tidak dapat sambutan
 
Printer Friendly Page

Monday, February 17 @ 15:37:14 MYT


Oleh Mohd Sabri Said
PERMATANG PAUH, 17 Feb (Hrkh)- Tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) menerangkan isu Sekolah Agama Rakyat (SAR) melalui Forum Perdana Islam Hadhari ternyata gagal apabila kerusi kosong melebihi kehadiran penonton.

Program anjuran Jabatan Hal Helwal Khas Negeri Pulau Pinang, Kementerian Penerangan Malaysia dengan kerjasama Rukun Tertangga Pangsapuri Permata, Bandar Perda, Permatang Pauh suram apabila penduduk setempat sendiri tidak menunjukkan minat untuk menyertainya.

Barisan ahli panel yang digelar sebagai `ahli panel pemikir' itu terdiri daripada Dato' Mohd Ghazali Ahmad, Ustaz Dato' Mustaffa Taib (kedua-dua bekas ahli PAS) serta seorang bekas pemimpin Parti Melayu Semangat 46 (PMS 46), Ustaz Ibrahim Azmi Hasan.

Majlis tersebut dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Noor Deris.

Harakah yang hadir dalam majlis tersebut mendapati kerusi hanya penuh di beberapa baris bahagian hadapan sahaja dan hanya dipenuhi kepimpinan Umno.

Berdasarkan sumber tertentu, program tersebut tidak diadakan sesi soal jawab kerana alasan pihak penganjur kononnya gagal menyediakan microfon berhampiran penonton.

Dimaklumkan juga, JHEK akan terus menggunakan pentas forum seumpama itu bagi menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan pembangkang sebagaimana yang kerapkali disuarakan oleh Badan Bertindak Sekolah Agama Rakyat Pulau Pinang (Bara).

Wakil penonton, Asri Yusuf berkata, penduduk tidak mudah diperbodohkan oleh tiga ahli panel yang diundang khas sebaliknya program itu membuktikan Umno semakin terhakis penyokong sehingga memaksa mereka mengupah ulamak `pengampu'.

"Mereka hujah macamana sekalipun masyarakat tidak akan percaya bahkan berpendapat kerajaan BN memang zalim," katanya ketika ditemui pada forum itu.

Khatijah Osman, seorang surirumah pula terkejut melihat kehadiran peserta forum kerana kerusi yang disediakan melebihi 1,500 buah.

Ujar beliau, kemungkinan rakyat begitu marah dengan isu itu kerana tindakan kerajaan Umno memberhentikan bantuan perkapita yang diberikan setiap tahun.

"Kehadiran yang tidak sampai 400 orang begitu mengaibkan penganjur yang dijadikan batu loncatan untuk Umno bertapak semula di parlimen Permatang Pauh, " jelasnya.

Seorang lagi penonton yang enggan namanya disiar menyifatkan kegagalan penyediaan mikrofon hanyalah helah untuk menghindarkan banyak soalan dibangkitkan.

"Saya tidak percaya pihak penganjur terlupa menyediakan mikrofon di hadapan penonton kerana bukan baru satu dua program dilaksanakan seumpama ini, " katanya.

Enter supporting content here