Pemuda Pas Bukit Bendera
JANGAN PERCAYA APA BN KATA
Home
MELAYU TERPINGGIR PULAU PINANG 1
Majlis Ramah Mesra &Dailog bersama Pemangku Presiden PAS
FORUM PERDANA SAR
Kuliah Agama
BN Undur BA Masuk
MENANGANI ISU TANGKAPAN POLIS
Umno kebas dewan orang ramai
MASJID DI PULAU PINANG
Memorandum SAR kepada Raja-Raja Melayu
Jangan Percaya Apa Kata BN Tentang SAR
Debat - SAR
Penerangan isu SAR anjuran Umno tidak dapat sambutan
Pemuda PAS kesal polis tangkap macam penjenayah
KOMPLEK TERMINAL BAS TANJUNG BUNGAH RM 4.38 JUTA
Pemuda PAS Pulau Pinang tubuh BARA
Memorandum Merayu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja-Raja Melayu
web info Pilihan Raya
KEHAKIMAN ( 2 )
KEHAKIMAN ( 3 )
YANG DI-PERTUAN AGONG
BAGAIMANAKAH PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG DILAKUKAN?
KEHAKIMAN ( 1 )
EKSEKUTIF
KEM KECEMERLANGAN JATIDIRI PELAJAR
Prosuder beli hartanah / rumah
Prosedur Perhimpunan
MASJID LENGANG SELEPAS KETUA UMNO AMBIL ALIH
Hari Kelepasan Am
PAS Pulau Pinang tambah 14 cawangan baru
Penduduk bantah Umno bina bangunan atas kubur
MEMORANDUM MEMBANTAH SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Perutusan Tahun Baru 2003
TOLAK TOL ( PORR )
JEMPUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI
PORR ( PROJEK ZALIM BN 1 )
PROJEK ZALIM BN ( PORR &BORR)
MASALAH MELAYU P.PINANG BUKAN SALAH KETUA MENTERI
MANTAPKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ORGANINASI PAS
TEKANAN MENTAL DAN PEKERJAAN
PROGRAM BULAN RAMADHAN
KERAJAAN BN CUBA MATIKAN KEADILAN
KERAJAAN PUSAT ANTI ISLAM
TAKWIM 1423H/2002
JANGAN PERCAYA APA BN KATA
PENIAGA MELAYU TERPINGGIR
PAS gagal dekati remaja
Penduduk Air Itam TERSEKSA
Memorandum Bantahan Dan usul Parlimen
Tanah Wakaf Malaysia
PERGGAJIAN PEKERJA WANITA
SUARA RAKYAT
Pimpinan
RESOLUSI KONVENSYEN PENDIDIKAN RAKYAT
Masjid di P.Pinang

JANGAN PERCAYA APA BN KATA

DENGARLAH DARI MULUT PAS SENDIRI .

BN telah melakukan perbagai fitnah ,perbohongan dan putarbelit melalui media untuk memburukkan PAS.

Berikut isu yang dibangkitkan mereka.

1.BN KATA:PAS LARANG WANITA JADI CALON PILIHANRAYA.

SEBENARNYA:Ini suatu fitnah jahat.Sejak dahulu hingga sekarang PAS tidak pernah melarang wanita jadi calon.PAS pernah letakkan KHATIJAH SIDEK bertanding di TRENGGANU dan SALMAH SHEIKH HUSEIN di KEDAH pada pilihanraya umum 1969.Baru-baru ini PAS umumkan letak wanita jadi calon dalam pilihanraya umum 2003 .

2.BN KATA:PAS LARANG WANITA BEKERJA MALAM.

SEBENARNYA:Ini suatu fitnah jahat.Senator PAS mencadangkan di Dewan Negara supaya sektor yang melakukan kerja shift (giliran) wanita hendaklah diutamakan untuk tidak bekerja malam berbanding lelaki,jika ada peluang.Dengan itu wanita boleh beri tumpuan lebih kepada keluarga di waktu malam.

3.BN KATA:PAS LARANG WANITA CANTIK BEKERJA.

SEBENARNYA:Ini suatu fitnah jahat.Begitu ramai wanita cantik yang bekerja di Kelantan , Trengganu. dan P.Pinang. Sebenarnya Tuan Guru Nik AZIZ menegur sikap setengah majikan yang utamakan wanita cantik sahaja diambil bekerja sekalipun tiada kelayakan.Beliau cadangkan di kalangan calon-calon yang berkelayakan utamakan dulu wanita kurang cantik.Pandangan beliau pandangan peribadi dan bukan merupakan perintah dan peraturan am kerajan negeri.

4.BN KATA:AHLI DAN PENYOKONG PAS ANTI KERAJAAN.

SEBENARNYA:Jika PAS anti kerajaan maka PAS tidak akan sertai pilihanraya .Tujuan PAS sertai pilihanraya ialah untuk membolehkan PAS mendapatkan tampok pemerintahan kerajaan.Ertinya PAS mahukan kerajaan.

5.BN KATA:PAS SIANG MALAM KUTUK KERAJAAN.

SEBENARNYA:PAS tidak kutuk tapi mengkritik.PAS juga tidak kritik seluruh struktur birokrasi kerajaan.Yang dikritik ialah penyelewengan,penyalahgunaan kuasa,rasuah dan kezaliman yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin BN yang sedang menerajui kerajaan.Dengan bahasa mudah,Pas sebenarnya anti kejahatan BN, bukan anti kerajaaan.

6.BN KATA:PAS SEMAI KEBENCIAN RAKYAT TERHADAP KERAJAAN

SEBENARNYA:BN berkata begitu supaya orang ramai membenci PAS.Dengan itu BN sebenarnya menghasut rakyat membenci pihak lain,bukannya PAS.

7.BN KATA:PAS AJAR KANAK-KANAK PASTI BENCI KERAJAAN

SEBENARNYA:Ini suatu lagi koleksi fitnah jahat BN.Para pemimpin BN diperlawa sertai mana-mana kelas PASTI tajaan PAS secara percuma untuk mengetahui apa yang diajar kepada kanak-kanak pra sekolah.

8.BN KATA:PAS MILITAN DAN SOKONG KEGANASAN

SEBENARNYA:Tuduhan ini bukan sekadar tidak berlaku tetapi tidak logik.Parti yang sertai pilihanraya perlu bersikap baik dan mesra dengan orang ramai.Jika PAS mengganas tidak ada siapa akan sokong..PAS tidak bodoh untuk bersikap ganas kerana tindakan begitu akan menjauhkan sokongan rakyat.

9. MEDIA MASA BN SIARKAN BERITA KEGANASAN PAS.

SEBENARNYA:BN sanggup buat apa saja apabila tersepit.Tidak ada hari yang mereka tidak fitnah PAS.Mereka mengada-gadakan berita yang tidak berlaku atau membesarkan berita yang bersifat eksklusif (terpencil) dan menganggapkan sebagai agenda PAS.Seorang anggota POLIS cedera parah dibelasah petugas BN dalam pilihanraya kecil Indera Kayangan,tetapi tidak dihebahkan oleh media massa mereka.Tetapi jika ada anggata POLIS yang cedera ringan dalam perhimpunan pembangkang mereka akan besar-besarkan berita dan menghebahkannya ke seluruh dunia.

10.BN KATA;PENYOKONG PAS BAKAR TRAK POLIS DI KUALA KETIL.

SEBENARNYA:Trak polis yang digunakan untuk menghalang ceramah PAS pada 10/02/2002 lalu terletak dalam kebun getah yang dikelilingi oleh beratus-ratus anggota polis beruniform,polis berpakaian preman,FRU dan pasukan Gerak Am (Polis Hutan).Jika benar ada seorang penunggang motosikal melontar bom api ke trak polis,mengapa beratus-ratus polis yang berada disekitarnya memerhatikan saja? POLIS MALAYSIA adalah tercekap di dunia sampai tilam pun boleh dibawa ke mahkamah.Takkan beratus-ratus polis tak mampu nak tangkap seseorang yang mengganas didepan mata mereka?.

11.BN KATA:JIKA BUKAN PENYOKONG PAS,TAKKANLAH POLIS NAK BAKAR SENDIRI .

SEBENARNYA:PAS tak buat begitu.Cuma sila renungkan peristiwa berikut.SHAH IRAN pernah arah polis rahsianya SAVAK bakar panggung wayang lalu mengambil tindakan terhadap penentang kerajaan dengan mendakwa mereka membakarnya . ADOLF HITLER pernah arah polis rahsianya bakar bangunan kerajaan lalu ambil tindakan terhadap musuh politiknya.Orang yang takut hilang kuasa sanggup lakukan apa saja yang tidak terlintas difikirkan kita.

12.BN KATA:RAMAI AHLI PAS SERTAI KMM TERMASUK ANAK NIK AZIZ

SEBENARNYA:KMM tidak wujud.ia rekaan BN semata-mata.Mula-mula mereka umum KMM sebagai kumpulan Mujahidin Malaysia ,lepas itu kumpulan Militan Malaysia pula.Mereka celaru.Penangkapan tanpa bicara (ISA) terhadap anak MB KELANTAN dan lain-lain dibuat bertujuan untuk memburukkan PAS disamping mahu mengambil hati tuan besar mereka Amerika Syarikat dan Yahudi.Jika benar mereka militan mengapa tidak dakwa di mahkamah?.

13.BN KATA:CERAMAH PAS PATUT DIHARAMKAN KERANA SERING CETUS RUSUHAN.

SEBENARNYA:Sejak merdeka belum pernah berlaku kekacuan dalam mana-mana ceramah PAS yang diberikan permit polis.

14.BN KATA:CERAMAH DIHARAMKAN KERANA SEKARANG BUKAN MUSIM PILIHANRAYA.

SEBENARNYA:BN guna media massa menyerang bertalu-talu.Tiap-tiap hari mereka memfitnah dan menyebarkan propaganda jahat memburukkan PAS,Seolah-olah sekarang ini pilihanraya.Apabila PAS mahu membela diri melalui ceramah,mereka guna polis untuk menyekat . Negara ini mengamalkan sistem demokrasi atau sistem komunis?. 

LAJNAH POLITIK & ORGANISASI (DEWAN PEMUDA PAS BUKIT BENDERA)  

Enter supporting content here