Pemuda Pas Bukit Bendera
BAGAIMANAKAH PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG DILAKUKAN?
Home
MELAYU TERPINGGIR PULAU PINANG 1
Majlis Ramah Mesra &Dailog bersama Pemangku Presiden PAS
FORUM PERDANA SAR
Kuliah Agama
BN Undur BA Masuk
MENANGANI ISU TANGKAPAN POLIS
Umno kebas dewan orang ramai
MASJID DI PULAU PINANG
Memorandum SAR kepada Raja-Raja Melayu
Jangan Percaya Apa Kata BN Tentang SAR
Debat - SAR
Penerangan isu SAR anjuran Umno tidak dapat sambutan
Pemuda PAS kesal polis tangkap macam penjenayah
KOMPLEK TERMINAL BAS TANJUNG BUNGAH RM 4.38 JUTA
Pemuda PAS Pulau Pinang tubuh BARA
Memorandum Merayu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja-Raja Melayu
web info Pilihan Raya
KEHAKIMAN ( 2 )
KEHAKIMAN ( 3 )
YANG DI-PERTUAN AGONG
BAGAIMANAKAH PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG DILAKUKAN?
KEHAKIMAN ( 1 )
EKSEKUTIF
KEM KECEMERLANGAN JATIDIRI PELAJAR
Prosuder beli hartanah / rumah
Prosedur Perhimpunan
MASJID LENGANG SELEPAS KETUA UMNO AMBIL ALIH
Hari Kelepasan Am
PAS Pulau Pinang tambah 14 cawangan baru
Penduduk bantah Umno bina bangunan atas kubur
MEMORANDUM MEMBANTAH SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Perutusan Tahun Baru 2003
TOLAK TOL ( PORR )
JEMPUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI
PORR ( PROJEK ZALIM BN 1 )
PROJEK ZALIM BN ( PORR &BORR)
MASALAH MELAYU P.PINANG BUKAN SALAH KETUA MENTERI
MANTAPKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ORGANINASI PAS
TEKANAN MENTAL DAN PEKERJAAN
PROGRAM BULAN RAMADHAN
KERAJAAN BN CUBA MATIKAN KEADILAN
KERAJAAN PUSAT ANTI ISLAM
TAKWIM 1423H/2002
JANGAN PERCAYA APA BN KATA
PENIAGA MELAYU TERPINGGIR
PAS gagal dekati remaja
Penduduk Air Itam TERSEKSA
Memorandum Bantahan Dan usul Parlimen
Tanah Wakaf Malaysia
PERGGAJIAN PEKERJA WANITA
SUARA RAKYAT
Pimpinan
RESOLUSI KONVENSYEN PENDIDIKAN RAKYAT
Masjid di P.Pinang

DEWAN PEMUDA PAS   
NEGERI PULAU PINANG

BAGAIMANAKAH PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG DILAKUKAN?

 

 

Sebelum berkuat kuasanya Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 (Akta 1), penyemakan undang-undang telah dijalankan pada jarak masa yang tidak menentu dan melingkungi beberapa tahun. Sesuatu penyemakan mungkin mengambil masa dua hingga lima tahun untuk diselesaikan.

Tujuan Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 adalah untuk menjadikan penyemakan undang-undang satu proses yang berterusan. Ia membenarkan undang-undang disemak dengan cara dan pada masa yang diingini, satu atau selebihnya pada suatu masa, atau dikumpulkan mengikut subjek perkara, dan dalam suatu aturan yang dianggap wajar oleh Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang. Ia membolehkan undang-undang yang perlu disemak dilakukan dengan lebih cepat atau undang-undang yang salinannya tidak boleh didapati diberi keutamaan.

Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 1969 memulakan amalan semasa yang memberikan nombor bersiri untuk setiap Akta. Ia merupakan satu siri nombor yang berterusan. Amalan tradisi yang memulakan satu siri nombor yang baru untuk Akta-Akta yang digubal setiap tahun telah tidak diteruskan.

Amalan semasa bagi merujuk sesuatu Akta adalah dengan merujuk tajuk ringkas bersama dengan tahun dan meletakkan nombor siri Akta itu di dalam kurungan. Bila suatu Akta pindaan dirujuk, nombor siri hendaklah didahului dengan huruf A.

Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang adalah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (Akta Penyemakan Undang-Undang 1968, seksyen 3). Kuasa-kuasa Pesuruhjaya adalah disenaraikan di dalam Akta Penyemakan Undang-Undang 1968, seksyen 6.

Suatu Jawatankuasa Penyemak Undang-Undang hendaklah dilantik, yang mengandungi tidak kurang daripada lima dan tidak lebih daripada tujuh orang ahli dari kalangan Hakim bagi maksud memeriksa naskah-naskah draf undang-undang yang disemak (Akta Penyemakan Undang-Undang 1968, seksyen 4(1)). Jawatankuasa itu hendaklah memeriksa naskah-naskah draf itu dan memperakui kepada Pesuruhjaya sama ada pada pendapat Jawatankuasa itu pindaan-pindaan yang dibuat oleh Pesuruhjaya adalah mengikut kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya oleh Akta Penyemakan Undang-Undang 1968. Jika Jawatankuasa itu tidak memperakui sedemikian dalam tempoh 30 hari dari tarikh naskah draf itu diterima oleh Setiausaha Jawatankuasa itu, maka pindaan-pindaan itu hendaklah disifatkan telah diperakui sebagai mengikut kuasa-kuasa Pesuruhjaya dan Pesuruhjaya bolehlah meneruskan penerbitan undang-undang yang disemak tersebut (Akta Penyemakan Undang-Undang 1968, seksyen 8(1)).

Jika Jawatankuasa memperakui bahawa sesuatu pindaan adalah tidak mengikut kuasa-kuasa Pesuruhjaya, maka Pesuruhjaya hendaklah, sebelum penerbitan undang-undang yang disemak, meminda draf undang-undang tersebut untuk mematuhi pendapat Jawatankuasa (Akta Penyemakan Undang-Undang 1968, seksyen 9).

Dibawah seksyen 7, Akta Penyemakan Undang-Undang 1968, suatu undang-undang yang disemak hendaklah mengandungi:

          i.            di muka hadapannya-

                                a.            ungkapan "Undang-Undang Malaysia"

                                b.            tajuk ringkas dan nombor undang-undang yang disemak itu;

                                c.            tarikh yang sehingganya undang-undang itu disemak; dan

                                d.            tarikh yang ditetapkan di bawah seksyen 6(1)(xxiii) bila undang-undang yang disemak itu akan mula berkuat kuasa;

 

         ii.            suatu senarai undang-undang yang telah meminda undang-undang itu sehingga tarikh penyemakannya dengan menunjukkan tarikh-tarikh bila pindaan-pindaan itu mula berkuat kuasa;

        iii.            suatu senarai undang-undang atau bahagian-bahagiannya yang digantikan atau dimansuhkan oleh undang-undang yang disemak itu.

Suatu undang-undang yang disemak yang mengandungi pindaan-pindaan yang telah diperakui atau yang disifatkan telah diperakui oleh Jawatankuasa sebagai mengikut kuasa-kuasa Pesuruhjaya hendaklah disiarkan dalam Warta (Akta Penyemakan Undang-Undang 1968, seksyen 10(1)).

Undang-undang yang disemak itu hendaklah disifatkan sebagai dan ianya hendaklah menjadi, dengan tidak dipersoalkan apa-apa jua pun dalam semua mahkamah dan bagi segala maksud, undang-undang yang tunggal dan yang sepatutnya bagi perkara-perkara yang termasuk di dalamnya (Akta Penyemakan Undang-Undang 1968, seksyen 10(2)).

Pencetak Kerajaan atau mana-mana Pencetak lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya dalam sesuatu hal yang tertentu bagi maksud itu boleh, dengan kuasa Pesuruhjaya, membuat cetakan semula bagi mana-mana undang-undang, sama ada yang telah disemak atau tidak, dan mana-mana naskah cetakan semula itu hendaklah disifatkan sebagai naskah yang sah bagi undang-undang itu sebagaimana berkuat kuasa (Akta Penyemakan Undang-Undang 1968, seksyen 14(1)).

 

 

 

 

                      DISEDIAKAN OLEH :
                      LAJNAH UNIT GUAMAN & UNDANG-UNDANG      
                      DEWAN PEMUDA PAS                                                                         
                      NEGERI  PULAU PINANG          

                       http://pemudapas_b.bendera.tripod.com   

                       pemudapas_bukitbendera@yahoo.com

Enter content here

Enter supporting content here