Pemuda Pas Bukit Bendera
Memorandum SAR kepada Raja-Raja Melayu
Home
MELAYU TERPINGGIR PULAU PINANG 1
Majlis Ramah Mesra &Dailog bersama Pemangku Presiden PAS
FORUM PERDANA SAR
Kuliah Agama
BN Undur BA Masuk
MENANGANI ISU TANGKAPAN POLIS
Umno kebas dewan orang ramai
MASJID DI PULAU PINANG
Memorandum SAR kepada Raja-Raja Melayu
Jangan Percaya Apa Kata BN Tentang SAR
Debat - SAR
Penerangan isu SAR anjuran Umno tidak dapat sambutan
Pemuda PAS kesal polis tangkap macam penjenayah
KOMPLEK TERMINAL BAS TANJUNG BUNGAH RM 4.38 JUTA
Pemuda PAS Pulau Pinang tubuh BARA
Memorandum Merayu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja-Raja Melayu
web info Pilihan Raya
KEHAKIMAN ( 2 )
KEHAKIMAN ( 3 )
YANG DI-PERTUAN AGONG
BAGAIMANAKAH PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG DILAKUKAN?
KEHAKIMAN ( 1 )
EKSEKUTIF
KEM KECEMERLANGAN JATIDIRI PELAJAR
Prosuder beli hartanah / rumah
Prosedur Perhimpunan
MASJID LENGANG SELEPAS KETUA UMNO AMBIL ALIH
Hari Kelepasan Am
PAS Pulau Pinang tambah 14 cawangan baru
Penduduk bantah Umno bina bangunan atas kubur
MEMORANDUM MEMBANTAH SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Perutusan Tahun Baru 2003
TOLAK TOL ( PORR )
JEMPUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI
PORR ( PROJEK ZALIM BN 1 )
PROJEK ZALIM BN ( PORR &BORR)
MASALAH MELAYU P.PINANG BUKAN SALAH KETUA MENTERI
MANTAPKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ORGANINASI PAS
TEKANAN MENTAL DAN PEKERJAAN
PROGRAM BULAN RAMADHAN
KERAJAAN BN CUBA MATIKAN KEADILAN
KERAJAAN PUSAT ANTI ISLAM
TAKWIM 1423H/2002
JANGAN PERCAYA APA BN KATA
PENIAGA MELAYU TERPINGGIR
PAS gagal dekati remaja
Penduduk Air Itam TERSEKSA
Memorandum Bantahan Dan usul Parlimen
Tanah Wakaf Malaysia
PERGGAJIAN PEKERJA WANITA
SUARA RAKYAT
Pimpinan
RESOLUSI KONVENSYEN PENDIDIKAN RAKYAT
Masjid di P.Pinang

Memorandum SAR kepada Raja-Raja Melayu

  Memorandum SAR kepada Raja-Raja Melayu
 

Memorandum Merayu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja-Raja Melayu
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan
Mahmud Al Muktafi Billah Shah,
Sultan Terengganu Darul Iman,
Merangkap Timbalan Yang DiPertuan Agong Malaysia,
Istana Badariah,
20500 Kuala Terengganu,
TERENGGANU DARUL IMAN 16 JANUARI 2003

Assalamualaikum wrt wbt;

Ampun Tuanku,

Duli Yang Maha Mulia Tuanku,

MEMORANDUM MERAYU KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU RAJA-RAJA MELAYU SUPAYA
MENITAHKAN KERAJAAN BN AGAR MENARIK

BALIK KEPUTUSAN MENGHENTIKAN BANTUAN PERKAPITA KEPADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT


Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius dasar terbaru Kerajaan
BN yang telah bertindak meminggirkan

sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) dengan cara menghentikan bantuan geran
perkapita kepada sekolah-sekolah tersebut.

Sekatan ekonomi ke atas SAR bukan sahaja akan memberikan kesan yang buruk
ke atas pendidikan agama Islam dan masa

depan umat Islam, tetapi turut memberikan kesan langsung ke atas Duli Yang
Maha Mulia Raja-raja Melayu selaku Ketua

Agama Islam.

Patik yang mewakili umat Islam di negara ini melahirkan rasa yang sangat
bimbang dan gundah terhadap masa depan

ribuan anak-anak umat Islam yang sedang menuntut di SAR. Sekatan ekonomi
ke atas SAR yang berjumlah ratusan juta

ringgit setahun telah menyebabkan masalah pengurusan dan pembayaran gaji
guru-guru menjadi kritikal. Jika keadaan

ini berterusan, semua SAR berkemungkinan akan terkubur. Turut terkubur sama
adalah aqidah umat Islam yang sebelum

ini dibina dan dipertahankan oleh institusi seperti SAR. Pengalaman kehancuran
aqidah umat Islam di Balkan dan Asia

Tengah akibat dasar Komunis yang menghalang pendidikan agama wajar dijadikan
pertimbangan. Hal yang sama juga

dialami oleh umat Islam Turki yang menganut sekularisme.

Pada hari ini, tindakan jahat untuk menghancurkan institusi pendidikan Islam
dengan tujuan melumpuhkan aqidah,

syakhsiyah dan jati diri umat Islam telah mulai merebak ke negara ini. Tindakan
secara terbuka yang ditaja sendiri

oleh Kerajaan BN amat berbahaya kepada masa depan umat Islam. Tuduhan-tuduhan
yang dikenakan terlalu berat walaupun

disedari ia merupakan fitnah semata-mata. Sedangkan SAR telah memberikan
sumbangan yang besar kepada negara dalam

menampung keperluan pendidikan terutama pendidikan agama Islam.

REALITI SEKOLAH AGAMA RAKYAT

Di bawah ini patik perturunkan hasil kajian yang dibuat oleh Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Pendidikan

bersama Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia pada 1992
ke atas sekolah agama negeri (SAN),

sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah agama swasta (SAS) untuk pertimbangan
Tuanku. Kajian tersebut telah

mendapati:

i. bahawa guru-guru di SAR terdiri daripada kalangan guru-guru yang berdedikasi,
berpegang teguh dengan agama dan

bersemangat tinggi untuk memajukan agama dan bangsanya;

ii. SAR telah memberikan penekanan yang tinggi terhadap usaha membenteras
masalah keruntuhan moral, mewujudkan

suasana kekeluargaan dan mengamalkan sifat persaudaraan yang tulen;

iii. Pengajaran-pembelajaran menekankan pembentukan sifat-sifat mulia, iman
dan hukum Allah. Para pelajar diberi

kebebasan memilih jurusan pengajian masing-masing terutama dalam pengajian
agama;

iv. Guru menjadi contoh teladan yang baik daripada para pelajar dan didapati
guru-guru sanggup berkhidmat walaupun

kelengkapan sekolah tidak mencukupi;

v. Kebanyakkan SAR mengusahakan sendiri pembangunan fizikal sekolahnya berbanding
SAN yang dibantu oleh kerajaan

negeri dan mempunyai kemudahan fizikal yang setaraf dengan sekolah kementerian;


vi. SAR didapati amat kurang kemudahan fizikal dan tiada bantuan kewangan;


vii. Pelajar lepasan SAR mempunyai peluang yang lebih luas berbanding lepasan
sekolah kebangsaan kerana mereka

mempunyai pengetahuan akademik dan agama, selain mengetahui bahasa Melayu,
Arab dan Inggeris; dan

viii. Kajian tersebut mencadangkan supaya kerajaan menambahkan peruntukan
kepada SAR supaya ia dapat dibangunkan

dengan lebih baik.

JASA SEKOLAH AGAMA RAKYAT KEPADA NEGARA

SAR telah wujud semenjak beratus tahun yang lalu dengan dikenali sebagai
pengajian pondok, adalah lebih awal

daripada sekolah-sekolah Inggeris dan sekolah kebangsaan. SAR telah memainkan
peranan mempertahankan aqidah umat

Islam ketika negara ini dijajah, dan SAR jugalah yang telah menyuburkan kesedaran
politik umat Islam sehingga mereka

bangkit untuk membebaskan negara ini daripada penjajah. Dan ketika Kerajaan
BN menghapuskan tulisan Jawi pada

penghujung 1960-an, SAR terus mempertahankan tulisan orang Melayu itu dan
mengekalkan bahasa Al-Quran. Maka, pada

pandangan patik, amatlah tidak wajar sekiranya pada hari ini SAR dikenakan
sekatan sehingga memberikan kesan yang

amat buruk kepada umat Islam terutama ketika umat Islam sedang menghadapi
pelbagai tekanan daripada Barat pada hari

ini.

-Untuk perhatian Tuanku, secara khusus SAR telah menaburkan jasanya untuk
:

i. Memberikan ilmu dan kefahaman agama Islam juga memimpin kehidupan beragama
dalam masyarakat;

ii. Melahirkan ulama dan cerdik pandai Melayu Islam yang mempunyai asas
kefahaman Islam yang mantap

iii. Melahirkan pemimpin-pemimpin politik yang memperjuangkan perlaksanaan
Islam yang syumul kepada masyarakat;

iv. Menjadi pelengkap kepada sistem pendidikan kebangsaan hari ini di mana
pendidikan Islam yang tidak diberi

tumpuan oleh sekolah kebangsaan diambil alih oleh SAR;

v. Mendidik pelajar memahami dan menghayati Islam dengan lebih sempurna serta
mengurangkan gejala sosial;

vi. Menampung dan melengkapkan sistem pendidikan di negara ini; dan

vii. Membuka peluang pekerjaan kepada umat Islam dan mengurangkan pengangguran.


MASALAH DAN TEKANAN KE ATAS SEKOLAH AGAMA RAKYAT

Tuanku,

SAR yang selama ini bergantung kepada sumbangan rakyat untuk pembangunan
fizikal dan pengurusannya, selain bantuan

geran perkapita kerajaan telah menerima tekanan yang hebat kebelakangan ini.
Walaupun SAR telah ditubuhkan sebelum

merdeka lagi, bahkan lebih awal daripada sekolah kebangsaan, tetapi guru-guru
SAR tidak diberikan latihan perguruan

oleh kerajaan. Bahkan SAR juga tidak diberikan peruntukan untuk membina makmal
komputer dan makmal sains. Kerana

perhatian yang amat kurang daripada kerajaan inilah, maka sehingga hari ini
sebahagian daripada SAR masih dilihat

ketinggalan berbanding dengan sekolah lain walaupun telah ditubuhkan berpuluh
tahun yang lalu.

Tidak cukup dengan layanan buruk tersebut, SAR telah difitnah sebagai menyelewengkan
ajaran Islam, mengajar politik

kepartian, menyemai sikap anti kerajaan, gagal melahirkan ilmuan Islam dan
sebagainya. Bermula dengan sekatan ke

atas Sijil Tinggi Ugama (STU) yang sebelum ini diiktiraf oleh Universiti
Al-Azhar dan digantikan dengan Sijil Tinggi

Agama Malaysia (STAM), kini geran perkapita, bantuan modal dan bantuan kemahiran
hidup bersepadu (KHB) telah ditarik

balik oleh kerajaan, kerajaan negeri yang dikuasai BN seperti diarah mengikut
langkah yang sama, ibu bapa diugut

untuk dikenakan tindakan jika menghantar anak-anak ke SAR dan mengarahkan
semua pelajar SAR diserapkan ke sekolah

kebangsaan. Tindakan ini dibuat atas alasan sempit iaitu pelajar SAR tidak
mempunyai masa depan. Walhal, jika semua

pelajar belajar di sekolah kebangsaan pun, tiada jaminan penggangguran tidak
akan wujud di negara ini. Sekarang

inipun lebih 40,000 siswazah telah menjadi penganggur. Hakikatnya, Kerajaan
BN sedang berusaha untuk menutup SAR

dengan menggunakan istilah diserapkan.

Akibat daripada tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan BN, SAR kini menghadapi
masa depan yang semakin meruncing

setelah adanya guru-guru tidak dapat dibayar gaji semenjak tiga bulan sebelum
Aidil Fitri yang lalu yang akhirnya

memungkinkan SAR terpaksa ditutup. Dari aspek yang lain, umat Islam sekali
lagi akan mengalami pusingan kedua

selepas buta tulisan Jawi dan tidak dapat menguasai agama Islam dengan baik
sehingga memungkinkan tidak ada lagi

ulama yang akan dilahirkan pada masa 20 tahun akan datang. Sekolah yang didirikan
hasil daripada wakaf, zakat,

sedekah dan infak orang ramai juga tidak dapat dimakmurkan.

BENARKAH TUDUHAN KE ATAS SEKOLAH AGAMA RAKYAT

Semenjak isu SAR dibangkitkan oleh Kerajaan BN sekurang-kurangnya sembilan
tuduhan yang telah dilemparkan oleh

pemimpin BN termasuk Perdana Menteri, iaitu:

i. SAR tidak mengajar agama Islam yang sebenar;

ii. SAR menyemai sikap membenci kerajaan;

iii. Wang SAR digunakan untuk tujuan politik pembangkang;

iv. SAR tidak dapat melahirkan ilmuan dan bijak pandai masyarakat;

v. Pelajar SAR tidak ada masa depan;

vi. Guru-guru SAR tidak terlatih;

vii. SAR sarang biak pengganas;

viii. SAR melahirkan banyak masalah sosial, dan

ix. Pelajar SAR tidak ada pemikiran antarabangsa.

Tuduhan yang mengatakan SAR tidak mengajar Islam yang sebenar adalah amat
berniat jahat kerana SAR temasuk sekolah

pondok telah dikenali sebagai pusat melahirkan alim ulamak semenjak ratusan
tahun yang lalu. Bahkan sebahagian besar

mufti yang ada di Malaysia pada hari ini adalah lulusan SAR. Pemimpin kerajaan
seperti Abdullah Ahmad Badawi, Hamid

Zainal Abidin, Hamid Othman, Zainal Abidin Kadir, Zainuddin Maidin dan sebagainya
adalah lulusan SAR dan SAN yang

dahulunya mendapat bantuan kerajaan tetapi kini dihentikan. Apakah mereka
ini telah mengalami penyelewengan ilmu

ketika belajar. SAR mengajar ilmu bahasa Arab, Fekah, Tasauf, Ulum Quran,
Tafsir, Hadis, Ulum Hadis, Usul Fiqh,

Tauhid, Nahu, Saraf, Sirah dan lain-lain sebagai teras pendidikannya. Apakah
ilmu-ilmu ini dianggap sebagai ilmu

yang menyeleweng? Dan adakah para mufti yang dilantik oleh Sultan juga dari
kalangan mereka yang sesat dan

menyeleweng kerana belajar di SAR?

SAR juga dituduh sebagai menyemai perasaan anti kerajaan. Tuduhan ini dibuat
kerana sikap para guru dan pelajar yang

tidak menyokong kezaliman. Islam mengajar umatnya cintakan keadilan dan anti
kezaliman, maka penentangan terhadap

apa-apa bentuk kezaliman yang dilakukan oleh mana-mana pihak tidak ada kaitan
dengan penyemaian perasaan anti

kerajaan. Islam tidak mengizinkan kezaliman termasuk cenderung kepada kezaliman.
Begitu juga tuduhan SAR

diperalatkan oleh pembangkang. Isu yang berbangkit ialah persamaan perasaan
kebencian terhadap kezaliman. Adakah SAR

dan SAN yang diselia oleh kerajaan negeri seperti sekolah YIK di Kelantan,
sekolah YIT di Terengganu dan Maktab

Mahmud di Kedah ketika kerajaan negeri dikuasai BN turut menyemai perasaan
benci terhadap kerajaan. Sedangkan

guru-guru yang mengajar sekarang masih guru yang sama, bahkan di Maktab Mahmud,
sebahagian Jawatankuasa Pengelolanya

adalah tokoh-tokoh politik BN. SAR tidak dipengaruhi oleh pembangkang termasuk
PAS, sebaliknya perjuangan PAS

menentang kezaliman memenuhi hasrat dan cita rasa keIslaman mereka. Sebaliknya
Umno yang mempolitikan sekolah

kebangsaan dengan menggunakan sekolah tersebut untuk kepentingan politik
Umno seperti mengadakan mesyuarat agung

Umno dan memperalatkan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
untuk tujuan politik mereka. PAS tidak

pernah menggunakan wang SAR untuk tujuan politiknya. Bagaimana SAR boleh
menyalurkan wangnya untuk PAS, sedangkan

mereka sendiri tidak mampu untuk berdiri tanpa sokongan rakyat dan kerajaan,
sebaliknya patik percaya jika SAR boleh

diperalatkan oleh Umno, nescaya geran perkapita tidak akan ditarik balik.


Satu lagi tuduhan liar yang dibuat oleh Kerajaan BN ialah SAR tidak melahirkan
ilmuan dan cerdik pandai dalam

masyarakat. Hampir keseluruhan pelajar Malaysia yang belajar di universiti-universiti
Islam terkemuka samada di

Mesir, India, Iraq, Arab Saudi, Pakistan, Indonesia dan juga Barat termasuk
Fakulti-fakulti pengajian Islam di

Malaysia adalah lepasan SAR. Bagaimana sebuah universiti terkemuka di dunia
seperti al-Azhar menerima dan

mengiktiraf pelajar SAR sekiranya SAR tidak mampu melahirkan ilmuan Islam.
Apakah para mufti dan ahli akademik

pengajian Islam hari ini bukan ilmuan yang dilahirkan oleh SAR. Adakah Perdana
Menteri telah hilang keyakinan

terhadap Abdullah Ahmad Badawi dan Hamid Othman kerana mereka adalah lepasan
SAR. Hakikatnya cukup jelas, bahawa SAR

bukan sahaja melahirkan ulama, tetapi juga tokoh korporat, profesional, sainstis
dan juga ahli-ahli politik.

Kerana belajar agama, pelajar SAR dianggap tidak mempunyai masa depan. Adakah
ilmu agama akan membunuh masa depan

umatnya. Sejarah telah membuktikan kecemerlangan para ulama silam. Di SAR,
semua mata pelajaran sekolah kebangsaan

seperti Bahasa Melayu, Inggeris, Matematik, Sains, Kemahiran Hidup, Sejarah,
Geografi, Ekonomi, Sastera dan

sebagainya diajar. Bahkan pelajar SAR juga didedahkan dengan tiga bahasa
iaitu Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris.

Mereka juga mengambil perperiksaan kerajaan seperti Penilaian Menengah Rendah
(PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) selain Sijil Menengah Ugama (SMU)
dan Sijil Tinggi Ugama (STU). Bahkan

pelajar SAR mengambil STAM yang disyaratkan oleh kerajaan untuk membolehkan
pelajar melanjutkan pengajian di

peringkat tinggi termasuk ke Universiti Al-Azhar. Bukankah pelajar SAR lebih
terdedah kepada kepelbagaian ilmu

berbanding pelajar sekolah kebangsaan.

Pelajar SAR juga dituduh bermasalah sosial dan tidak mempunyai pemikiran
antarabangsa. Hal ini juga tidak benar

kerana pemimpin kerajaan sendiri telah menyebutkan bahawa kerajaan akan mencontohi
cara SAR dalam menangani masalah

sosial di sekolah kebangsaan. Sedangkan lebih 300,000 kes salah laku telah
dikesan dilakukan oleh pelajar sekolah

kebangsaan. Penasihat Agama Perdana Menteri pula mendakwa 24,000 pelajar
sekolah kebangsaan tidak tahu mengucap dua

kalimah syahadah. Sekolah kebangsaan juga turut mengalami kadar keciciran
yang tinggi di mana kajian oleh

Kementerian Pendidikan pada 1996 telah mendapati 7.97 peratus atau 87,410
pelajar sekolah kebangsaan telah tercicir

di antara 1992 dan 1993. Peratusan pelajar yang berjaya menamatkan pelajaran
hingga ke peringkat menengah

(sekurang-kurangnya SPM) di sekolah menengah kebangsaan di antara 1989 hingga
1993 hanya 68.01 peratus sahaja. Ini

menunjukkan hampir 38 peratus pelajar sekolah kebangsaan tidak menamatkan
pelajaran menengah walaupun didapati

sekolah kebangsaan serba lengkap. Tentang pemikiran antarabangsa, semenjak
zaman kebangkitan Islam pada awal abad

ke-20, pelajar SARlah yang mengembangkan idea Pan-Islamisme dan ketika kebangkitan
semula Islam pada dekad 1970-an

dan 1980-an, pelajar SAR dan pelajar pengajian Islam juga yang mempelopori
gerakan WAMY dan IIFSO di peringkat

antarabangsa. Sedangkan pemimpin Umno/BN lepasan sekolah kebangsaan sehingga
hari ini terus tebal dengan faham

kebangsaan yang sempit dan fanatik perkauman.

SAR juga telah dituduh sebagai sarang pembiakan pengganas di negara ini.
Tuduhan ini amat berat dan keterlaluan

kerana tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa para pengganas di negara ini
dilahirkan oleh SAR. Bahkan

kumpulan-kumpulan pengganas seperti Geng Mamak, Geng M16, Geng Botak Inasi,
Geng 21 dan sebagainya bukan lepasan

daripada SAR. Individu seperti Mat Komando, Botak Chin dan Betong Kali juga
bukan dilahirkan oleh SAR. Beberapa

pendukung ideologi komunis yang pernah melakukan keganasan di negara ini
seperti Sidek Ghaouse, bekas setiausaha

politik Dr Mahathir dan Abdullah Ahmad, Ketua Pengarang New Straits Times
juga bukan lepasan SAR. Individu-individu

yang ditahan ISA kerana dituduh terlibat dengan kegiatan ganas seperti KMM
dan Al-Maunah adalah terdiri daripada

para profesional termasuk pensyarah universiti yang pakar dalam bidang sains
dan teknologi. Ini menunjukkan bahawa

SAR bukanlah sarang pengganas.

KENAPA SEKOLAH AGAMA RAKYAT MESTI DIPERTAHANKAN

SAR mesti dipertahankan kerana sekolah kebangsaan sebenarnya tidak mampu
dan tidak boleh mengambil alih peranan SAR

dalam melahirkan ilmuan Islam disebabkan oleh sistem pendidikan di sekolah
kebangsaan yang tidak memberikan tumpuan

kepada pendidikan agama. Jumlah masa untuk belajar agama di sekolah kebangsaan
terlalu singkat dan para pelajar

tidak mempunyai ruang untuk menguasai ilmu agama dalam tempoh waktu yang
terlalu pendek. Contohnya, di sekolah

rendah agama, pendidikan agama diajar 15 jam (900 minit) seminggu sedangkan
di sekolah rendah kebangsaan hanya 3.33

jam (200 minit) seminggu. Di sekolah menengah rendah agama, 14 jam (840 minit)
seminggu berbanding sekolah menengah

rendah kebangsaan selama 4 jam (240 minit) seminggu dan di sekolah menengah
atas agama selama 17.66 jam (1060 minit)

seminggu berbanding sekolah menengah atas kebangsaan hanya 2.66 jam (160
minit) seminggu seperti mana yang

ditetapkan oleh Akta Pendidikan 1995. Ini menunjukkan bahawa sekolah kebangsaan
tidak berupaya untuk melahirkan

pakar-pakar dalam bidang keagamaan Islam. Bahkan daripada jumlah masa mengajar
ini secara langsung telah menjawab

tuduhan Perdana Menteri bahawa SAR tidak mengajar agama. Jumlah pelajar di
260 buah SAR hanya 74,000 orang sahaja,

sedangkan yang anti Umno/BN adalah berjumlah jutaan orang termasuk kakitangan
kerajaan, kakitangan swasta dan

pelajar universiti yang sebahagian besarnya adalah lulusan sekolah kebangsaan.
Apakah kerajaan bercadang untuk

menutup institusi-institusi pendidikan tinggi kerana adanya unsur anti kerajaan
(Umno/BN) seperti mana SAR.

SAR juga mesti dipertahankan kerana agenda meminggirkan SAR daripada umat
Islam ini merupakan satu tindakan yang

mempunyai rangkaian global dengan rancangan Amerika Syarikat untuk mengekang
kebangkitan umat Islam dengan menutup

semua institusi pendidikan Islam. Selepas tragedi 11 September 2001, Amerika
Syarikat telah mengenakan tekanan yang

kuat ke atas institusi-institusi pendidikan Islam di Pakistan kerana disyaki
menjadi penyokong utama Kumpulan

Taliban di Afghanistan. Tekanan yang serupa juga turut dikenakan ke atas
Universiti al-Azhar dan Kerajaan Arab

Saudi. Pada hujung 2002 pula, para bekas pelajar institusi pendidikan Islam
di Turki pula telah berjaya menguasai

politik negara sekular tersebut. Ini menyebabkan Setiausaha Pertahanan Amerika
Syarikat, Donald Rumsfeld seperti

yang dilaporkan oleh Al-Jazeera telah mengisytiharkan semua institusi pengajian
Islam di seluruh dunia sebagai musuh

Amerika Syarikat. Patik percaya usaha mengekang SAR ini mempunyai kaitan
yang rapat dengan agenda jahat Amerika

Syarikat. Tindakan ke atas SAR ini menunjukkan bahawa pengaruh asing sedang
menular dalam Kerajaan BN. Kerana itu,

umat Islam di negara ini mesti mempertahankan SAR daripada dimusnahkan oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mempertahankan SAR juga bermakna mempertahankan negara ini daripada ancaman
kuasa asing.

SAR juga mesti dipertahankan kerana SAR merupakan institusi pendidikan yang
telah memainkan peranan besar dalam

mempertahankan aqidah umat Islam selain melebarkan ilmu-ilmu Islam kepada
umat Islam. SAR bukan sahaja memberikan

dampak positif kepada pelajar-pelajarnya, tetapi juga kepada pelajar-pelajar
sekolah kebangsaan, rakyat, negara dan

institusi Raja-raja sendiri. Pelajar SAR telah berperanan mengisi tugas untuk
membangunkan institusi-institusi agama

seperti masjid, pejabat kadi, mahkamah syariah, jabatan agama, majlis agama,
pusat zakat, pusat Islam, Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), fakulti-fakulti pengajian Islam, institusi
latihan Islam, pusat dakwah dan

sebagainya yang secara langsung sebenarnya memberi sumbangan terhadap usaha
mempertahankan aqidah umat Islam,

meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan, membangunkan negara dan mengukuhkan
kedudukan Raja-raja Melayu sebagai

Ketua Agama. Bahkan para pelajar sekolah kebangsaan telah menikmati pelbagai
kemudahan hasil daripada sumbangan

pelajar-pelajar SAR dalam arus pembangunan negara ini.

HARAPAN KAMI

Setelah menghadapi pelbagai tuduhan dan fitnah, kini SAR dalam proses penutupan
secara tidak langsung melalui

sekatan-sekatan dikenakan dengan tujuan melumpuhkannya. Untuk menyelamatkan
institusi pendidikan umat Islam yang

didukungi oleh para ulama ini, patik bersama seluruh umat Islam telah berusaha
dengan pelbagai cara tetapi masih

belum mampu mengubah sikap dan pendirian Kerajaan BN. Sebagai langkah yang
lebih proaktif, patik semua berpandangan

bahawa Tuanku dan Raja-raja Melayu adalah salah satu benteng yang boleh menyelamatkan
SAR yang merupakan institusi

Islam yang berada di bawah bidang kuasa Tuanku. Tindakan Kerajaan BN mengenakan
sekatan ekonomi ini telah

menyebabkan SAR yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan
berada di bawah bidang kuasa Tuanku

hampir lumpuh. Ini secara tidak langsung telah mencabar kewibawaan Tuanku
sebagai Ketua Agama dan menghina kedudukan

Tuanku serta institusi Raja-raja Melayu sebagai benteng agama Islam di negara
ini.

Pendidikan Islam merupakan cabang kepada hal ehwal Islam yang Tuanku adalah
Ketua Agama Islam negeri. SAR selama ini

adalah bernaung di bawah Majlis Agama Islam negeri yang juga berada di bawah
bidang kuasa Tuanku. Hakikat Islam

sebagai agama Persekutuan sewajarnya meletakkan SAR di tempat yang istimewa
bukannya dipencilkan. Dan sekali lagi

kepada Tuanku patik menyerahkan harapan ini untuk mempertahankan kedudukan
Islam sebagai agama Persekutuan.

Kedudukan institusi pendidikan agama seperti SAR yang merupakan bidang kuasa
Tuanku yang dijamin oleh Perlembagaan

Persekutuan. Tetapi pada hari ini, intitusi Raja-raja Melayu telah tercabar
dengan usaha-usaha berterusan Kerajaan

BN untuk merobohkan Perlembagaan Persekutuan dengan mencabul kedudukan Bahasa
Melayu (Perkara 152) dan agama Islam

(Perkara 3) yang kedua-duanya berada dalam bidang kuasa Tuanku.

Di atas dasar inilah, patik semua berharap Tuanku sebagai salah seorang Sultan
yang memerintah dan ahli Majlis

Raja-raja supaya dapat memainkan peranan untuk menggerakkan usaha bagi mempertahankan
sebuah institusi Islam yang

telah diasas oleh para ulama dan Raja-raja Melayu semenjak ratusan tahun
yang lalu. Patik amat bimbang sekiranya

gejala mempersalahkan Islam sebagai punca kemunduran, mempertikaikan unsur-unsur
Islam di sekolah dan usaha

meruntuhkan SAR terus membarah, pada suatu hari nanti tidak ada lagi para
ulama yang akan menasihati rakyat dan

kerajaan Tuanku.

Bagi menangani masalah ini, patik perturunkan beberapa tindakan segera yang
perlu diambil oleh Tuanku;

i. Tuanku sebagai ahli Majlis Raja-raja hendaklah berusaha memastikan sidang
khas Majlis Raja-raja diadakan dengan

segera untuk membincangkan isu ini dan mengambil langkah menyelamatkan SAR;


ii. Majlis Raja-raja hendaklah mengeluarkan titah kepada kerajaan (kabinet)
supaya membatalkan tindakan menghentikan

geran perkapita dan bantuan modal kepada SAR;

iii. Majlis Raja-raja hendaklah mengeluarkan titah kepada kerajaan (kabinet)
untuk menambahkan bayaran geran

perkapita, bantuan modal dan bantuan kemahiran hidup bersepadu kepada SAR;


iv. Majlis Raja-raja hendaklah mengeluarkan titah supaya semua pihak termasuk
pemimpin kerajaan, pemimpin politik

dan media massa menghentikan fitnah dan laporan negatif terhadap SAR dan
warganya;

v. Majlis Raja-raja hendaklah mengeluarkan titah kepada kerajaan (kabinet)
supaya mengiktiraf lulusan SAR sebagai

sumber manusia yang berkualiti untuk pembangunan negara dan menyediakan latihan
kemahiran kepada mereka; dan

vi. Tuanku sebagai Sultan di negeri ini hendaklah bertitah kepada kerajaan
negeri supaya pertahankan SAR dan

meningkatkan bantuan kewangan untuk semua SAR.

Sekianlah pandangan patik semua. Harapan patik semoga ia mendapat perhatian
yang serius dari Tuanku sebagai Ketua

Agama Islam negeri dan ahli Majlis Raja-raja Melayu. Akhirnya patik menjunjung
kasih di atas segala perhatian

Tuanku.

Sekian, wassalam.

Ampun Tuanku.

Yang Menjalankan Amanah,

HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Ahli Parlimen Pokok Sena

Enter supporting content here