Pemuda Pas Bukit Bendera
KEHAKIMAN ( 3 )
Home
MELAYU TERPINGGIR PULAU PINANG 1
Majlis Ramah Mesra &Dailog bersama Pemangku Presiden PAS
FORUM PERDANA SAR
Kuliah Agama
BN Undur BA Masuk
MENANGANI ISU TANGKAPAN POLIS
Umno kebas dewan orang ramai
MASJID DI PULAU PINANG
Memorandum SAR kepada Raja-Raja Melayu
Jangan Percaya Apa Kata BN Tentang SAR
Debat - SAR
Penerangan isu SAR anjuran Umno tidak dapat sambutan
Pemuda PAS kesal polis tangkap macam penjenayah
KOMPLEK TERMINAL BAS TANJUNG BUNGAH RM 4.38 JUTA
Pemuda PAS Pulau Pinang tubuh BARA
Memorandum Merayu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja-Raja Melayu
web info Pilihan Raya
KEHAKIMAN ( 2 )
KEHAKIMAN ( 3 )
YANG DI-PERTUAN AGONG
BAGAIMANAKAH PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG DILAKUKAN?
KEHAKIMAN ( 1 )
EKSEKUTIF
KEM KECEMERLANGAN JATIDIRI PELAJAR
Prosuder beli hartanah / rumah
Prosedur Perhimpunan
MASJID LENGANG SELEPAS KETUA UMNO AMBIL ALIH
Hari Kelepasan Am
PAS Pulau Pinang tambah 14 cawangan baru
Penduduk bantah Umno bina bangunan atas kubur
MEMORANDUM MEMBANTAH SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Perutusan Tahun Baru 2003
TOLAK TOL ( PORR )
JEMPUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI
PORR ( PROJEK ZALIM BN 1 )
PROJEK ZALIM BN ( PORR &BORR)
MASALAH MELAYU P.PINANG BUKAN SALAH KETUA MENTERI
MANTAPKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ORGANINASI PAS
TEKANAN MENTAL DAN PEKERJAAN
PROGRAM BULAN RAMADHAN
KERAJAAN BN CUBA MATIKAN KEADILAN
KERAJAAN PUSAT ANTI ISLAM
TAKWIM 1423H/2002
JANGAN PERCAYA APA BN KATA
PENIAGA MELAYU TERPINGGIR
PAS gagal dekati remaja
Penduduk Air Itam TERSEKSA
Memorandum Bantahan Dan usul Parlimen
Tanah Wakaf Malaysia
PERGGAJIAN PEKERJA WANITA
SUARA RAKYAT
Pimpinan
RESOLUSI KONVENSYEN PENDIDIKAN RAKYAT
Masjid di P.Pinang

DEWAN PEMUDA PAS     NEGERI PULAU PINANG

BADAN KEHAKIMAN (3)

 

MAHKAMAH BAWAHAN / RENDAH

 

Secara amnya, mahkamah-mahkamah bawahan di Malaysia adalah tidak terikat dengan keputusan mereka sendiri, tetapi walaubagaimanapun, ianya masih terikat dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah atasan (superior courts).

Di Malaysia terdapat beberapa mahkamah bawahan iaitu :

 

a.        Mahkamah Sesyen

Akta Mahkamah Rendah 1948[1] memperuntukkan bidangkuasa Mahkamah Sesyen yang inter alia adalah :

1)        membicarakan kes-kes kemalangan kenderaan bermotor, tuan rumah dan penyewa (landlord and tenant), distress; dan

2)        bidangkuasa sivil bagi amaun yang tidak melebihi RM250,000-00.

3)        bidangkuasa jenayah bagi membicarakan serta memutuskan           kesalahan-kesalahan yang lain daripada kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati[2].

4)        meminta rekod apa-apa prosiding yang dijalankan di hadapan Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu[3].

 

b.        Mahkamah Majistret

Akta Mahkamah Rendah 1948[4] juga menggariskan bidangkuasa yang diperuntukkan kepada Mahkamah Majistret dalam menjalankan kuasanya. Terdapat dua bahagian yang utama iaitu :

1)        Bidangkuasa Majistret Kelas Pertama

Antara tindakan guaman yang boleh dibicarakan serta diputuskan oleh Majistret Kelas Pertama adalah :

a)        segala tindakan guaman sivil yang amaun dalam pertikaiannya adalah tidak melebihi RM25,000-00.

b)        membicarakan serta memutuskan hukuman bagi kesalahan-kesalahan jenayah yang penghukumannya adalah tidak melebihi lima tahun penjara / denda sebanyak RM10,000-00 / sebat sehingga 12 kali[5] / gabungan mana-mana hukuman yang disebutkan tersebut / kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sahaja[6] / kesalahan-kesalahan di bawah seksyen-seksyen 392 dan 457 Kanun Keseksaan[7].

2)        Bidangkuasa Majistret Kelas Kedua

Ianya termaktub dalam Akta[8] yang sama antaranya :

a)        guaman asal tuntutan sivil yang tidak melebihi RM3,000-00 samada beserta faedah atau sebaliknya[9],

b)        kesalahan-kesalahan jenayah yang melibatkan penghukuman yang tempoh penjara maksimumnya tidak melebihi 12 bulan penjara atau denda sahaja[10],

c)        tempoh penjara tidak melebihi 6 bulan / denda tidak melebihi RM1,000-00 / gabungan kedua-dua hukuman tersebut[11].

c.        Mahkamah Penghulu (bagi Malaysia Barat sahaja)

Seksyen 94[12] memperuntukkan bahawa bagi tindakan guaman sivil tuntutan yang dibenarkan adalah tidak melebihi RM50-00 serta kesemua pihak yang terbabit adalah dari bangsa Asia yang bertutur serta memahami Bahasa Melayu. Mahkamah ini juga boleh menjatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM25-00[13]. Manakala bagi bidangkuasa jenayah[14] pula, ia hanya boleh mendengar serta membicarakan seterusnya menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan-kesalahan kecil sahaja yang mana awardnya adalah termaktub dalam seksyen 96.

DISEDIAKAN OLEH  :  LAJNAH  UNIT GUAMAN & UNDANG-UNDANG                      DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG

http:pemudapas_b.bendera.tripod.com

pemudapas_bukitbendera@yahoo.com



[1] Seksyen-seksyen 65 dan 69.

[2] Seksyen 63.

[3] Seksyen 54.

[4] Seksyen 90.

[5] Lee Heng Kooi v PP (1993) 1 MLJ 69.

[6] Seksyen 85.

[7] Kes-kes rompak dan pecah rumah.

[8] Akta Mahkamah Rendah 1948.

[9] Seksyen 92.

[10] Seksyen 88.

[11] Seksyen 89.

[12] Akta Mahkamah Rendah 1948.

[13] Seksyen 96.

[14] Seksyen 95.

Enter content here

Enter supporting content here