KETEPIKAN SEGALA YANG NEGATIF 

Amat mudah untuk menjadi seorang yang positif apabila hari begitu cerah dan segala sesuatu berjalan seperti yang telah dirancangkan. Sukar untuk tidak menjadi seorang yang positif pada hari yang begitu sifatnya.. Keberkesanan untuk menjadi seorang yang positif teruji apabila hari muram dan apabila segala yang dirancang tidak berjalan dengan baik. Hari- hari yang begitu sifatnya sebenarnya penuh dengan peluang untuk mengubah diri, keluarga, masyarakat dan dunia keseluruhannya. Bagaimana untuk melakukannya? Apabila anda di dalam keadaan yang negatif dari segi pemikiran, perkataan , perasaan, dan perbuatan/tindakan, sukar untuk menjadi positif kerana anda cenderung untuk mengkritik segala sesuatu walaupun terhadap keinginan anda untuk menjadi positif. 

Cara keluar yang paling mudah ialah dengan menggunakan perasaan negatif itu sendiri untuk menghancurkan dirinya sendiri. Daripada bersusah payah mencari jalan untuk menjadi positif, cari jalan untuk mengkritik dan mempersoalkan perasaan negatif anda itu. Anda sememangnya sedang mengkritik segala sesuatu, jadi sudah pasti mudah untuk anda mencari kelemahan di dalam pandangan anda yang negatif itu. Katakan kepada diri anda:" Perasaan negatif ini tidak membawa sebarang faedah. Bagaimana boleh saya menghabiskan masa dan tenaga untuk kerja yang tidak berfaedah ini?." Jadilah seorang yang benar- benar negatif terhadap pandangan negatif anda itu sehingga anda tidak mempunyai peluang yang lain selain daripada menjadi seorang yang positif. Daripada menghabiskan masa untuk menawan perasan yang gundah-gulana , berikan ia kuasa untuk memusnahkan dirinya sendiri. Akhirnya anda tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menjadi seorang yang positif secara jujur dan ikhlas terhadap diri anda sendiri. 

- Oleh Ralph Marston

 - Terjemahan Azaman Muhammad ( Kaunselor PMUUM)

muka hadapan:   https://members.tripod.com/manmat/azamanindex.html

e-mail: azaman1310@hotmail.com

shsr.andaadalahanda.html           shsr.andaboleh.html  shsr.atasikeraguan.html               shsr.bangunsemula.html  shsr.bercita-citatinggi.html           shsr.bergembiralah.html  shsr.berikanbonus.html                shsr.beritabaik.html  shsr.bersediajaya.html                 shsr.bersemangant.html  shsr.bersemangat.html                 shsr.biarapapunkiranya.html   shsr.cabarandankritika.html         shsr.cabarandankritikan.html shsr.carapalingmudah.html          shsr.carayangpalingmudah.html   shsr.carilahjalan.html                  shsr.cariyangterbaik.html   shsr.dalamkeluar.html             shsr.duniaserbakemungkinan.html   shsr.gangguanbergarga.html        shsr.harapkaia.html   shsr.hormat.html                         shsr.iabolehdilakukan.html   shsr.intuisi.html                           shsr.jadikanlebihbaik.html   shsr.jadilahseorangyangkuat.html  shsr.kalaulah.html   shsr.katakanya.html                      shsr.kawalan.html  shsr.kebencian.html                      shsr.keinginan.html  shsr.kejayaantanpasyarat.html       shsr.kejutan.html shsr.kekecewaan.html                   shsr.kekuatanketakutan.html  shsr.kemahuan.html                       shsr.ketepikannegatif.html  shsr.keyakinan.html                      shsr.kitaranbalasreaks.html  shsr.kuasakibat.html                     shsr.kuasamemahami.html  shsr.lakukanjuga.html                   shsr.layandirianda.html   shsr.lebihkanbelajar.html              shsr.memenuhihari.html  shsr.mencarikesempurnaan.html  shsr.mencukupi.html  shsr.merdekadiri.html                 shsr.pandangkehadapan.html   shsr.pemilikan.html                     shsr.penzahiran.html   shsr.pergilebihtinggi.html             shsr.perubahan.html   shsr.petandakekuatan.html         shsr.pilihananda.html   shsr.realistikpositif.html              shsr.regangan.html   shsr.sekarang.html                     shsr.selamatdatang.html   shsr.seminitberlalu.html              shsr.senaraiidaman.html   shsr.syurga.html                        shsr.takutkankritikan.html   shsr.tanggungjawabserius.html   shsr.terapungkeatas.html  shsr.terimalahhakikat.html         shsr.terlebihmencuba.html  shsr.terlebihmencuba.html         shsr.terlibatsama.html  shsr.terlibatsama.html               shsr.tetapkanmatlamatkecil.html  shsr.tiadalasan.html                  shsr.tigalangkah.html  shsr.usahamampan.html           shsr.usahatambahan.html   shsr.yakinkandirianda.html       shsr.yakinkandirianda.html   shsr.yangterbaik.html